Pergi ke kandungan

Laman:Akta Racun Makhluk Perosak 1974 (Akta 149).pdf/15

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Racun Makhluk Perosak
15

supaya jenis atau kualiti asalnya akan berubah kemudiannya; atau

(h) ia mengandungi suatu bahan selain bahan atau bahan-bahan yang dikatakan ia mengandunginya.

Bahagian II

LEMBAGA RACUN MAKHLUK PEROSAK

Penubuhan Lembaga

3. Bagi maksud Akta ini, dengan ini ditubuhkan suatu Lembaga bernama Lembaga Racun Makhluk Perosak dan terdiri daripada ahli yang berikut:

(a) Ketua Pengarah Pertanian, yang hendaklah menjadi Pengerusi;
(b) seorang pegawai kanan Jabatan Pertanian, Semenanjung Malaysia, yang hendaklah dilantik oleh Menteri, dan dia hendaklah menjadi Setiausaha;
(c) Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam);
(d) Ketua Pengarah Kimia;
(e) Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia;
(f) Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia;
(g) Ketua Pengarah Jabatan Standard Malaysia;
(h) Ketua Pengarah Perkhidmatan Haiwan;
(i) Pengarah Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan;