Laman ini telah dibaca pruf
Pengangkutan Awam Darat
73
Bab 3
Pelesenan pengendali perkhidmatan kenderaan barangan
Kehendak bagi lesen pengendali
51. (1) Tertakluk kepada seksyen 194 dan 195, tiada seorang pun boleh mengendalikan atau mengadakan suatu perkhidmatan kenderaan barangan dengan menggunakan suatu kelas kenderaan barangan bagi membawa barangan—
- (a) bagi sewa atau upah; atau
- (b) bagi atau berkaitan dengan apa-apa perdagangan atau perniagaan, melainkan jika dia memegang suatu lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bab ini.
(2) Bagi maksud Bab ini, seseorang disifatkan mengendalikan atau mengadakan suatu perkhidmatan kenderaan barangan jika dia—
- (a) menggunakan atau memandu sesuatu kenderaan barangan daripada suatu kelas kenderaan barangan dengan sendiri; atau
- (b) mengambil kerja seorang atau lebih untuk menggunakan atau memandu sesuatu kenderaan barangan daripada suatu kelas kenderaan barangan,
untuk mengendalikan atau mengadakan suatu perkhidmatan kenderaan barangan, dan—
- (A) dia mempunyai kenderaan barangan itu; atau
- (B) dia bertanggungjawab, di bawah apa-apa bentuk perkiraan dengan pemunya atau pemberi pajak kenderaan barangan tersebut untuk menguruskan, menyenggarakan atau mengendalikan kenderaan barangan itu.