“poin kutipan” ertinya poin yang ditentukan dalam suatu perintah di bawah seksyen ini sebagai poin di mana caj penentuan harga bagi kesesakan kawasan kena dibayar kepada dan dikutip oleh orang yang diberi kuasa dalam perintah itu untuk menuntut dan mengutip caj penentuan harga bagi kesesakan kawasan itu.
(7) (Dipotong oleh Akta A1574).
Larangan atau sekatan penggunaan jalan untuk memudahkan pergerakan kenderaan barangan
14. (1) Tanpa menjejaskan seksyen 13, Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, melarang atau menyekat penggunaan jalan yang dinyatakan oleh kenderaan yang ditetapkan dalam masa yang dinyatakan untuk memudahkan pergerakan kenderaan barangan, dengan syarat bahawa suatu perintah yang berkenaan dengan mana-mana jalan yang terletak dalam bidang kuasa suatu pihak berkuasa yang berkenaan hendaklah dibuat dengan persetujuan pihak berkuasa yang berkenaan itu.
(2) Seseorang yang melanggar suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya dan, dalam hal sabitan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi empat ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau kedua-duanya.
15. (Dipotong oleh Akta A1574).