Pergi ke kandungan

Laman:Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).pdf/228

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
228
Undang-Undang Malaysia
Akta 715

kenderaan yang berkaitan atau kereta api atau kelas kenderaan yang berkaitan atau kereta api, atau penggunaan kenderaan yang berkaitan atau kereta api atau kelas kenderaan yang berkaitan atau kereta api, daripada mematuhi mana-mana atau segala kehendak Akta ini, termasuk tatacara mengenai permohonannya, maklumat lazim, dan fi yang dikenakan berkaitan dengannya dan cara pembayaran fi itu;

(c) (Dipotong oleh Akta A1574);
(d) memperuntukkan mengenai bentuk perintah yang hendak dibuat di bawah Akta ini oleh Menteri;
(e) memperuntukkan bagi kesalahan yang boleh dikompaun dan borang yang hendak digunakan dan kaedah dan tatacara bagi pengkompaunan kesalahan;
(f) memperuntukkan bagi tatacara dan cara permohonan bagi pengecualian atau pengurangan tambang atau tambang muatan boleh dibuat;
(g) memperuntukkan mengenai pengeluaran lesen vokasional kepada pemandu kenderaan yang berkaitan dan tren kereta api, dan konduktor bagi kenderaan perkhidmatan awam, kriteria atau ujian yang perlu dipenuhi atau terpakai berhubung dengan pengeluaran lesen itu, tatacara untuk memohon bagi lesen itu, termasuk maklumat lazim yang dikehendaki, bentuk lesen itu, syarat yang hendak dikenakan kepadanya, fi yang hendak dikenakan dan cara pembayaran fi itu;
(h) memperuntukkan mengenai pengenaan, tuntutan, pengutipan dan pemegang simpanan caj penentuan harga bagi kesesakan kawasan dan hasil daripadanya, dan semua perkara lain yang berkaitan dengannya;
(i) mengawal selia terminal melalui pelesenan pengendali atau pemunya terminal itu;