Laman ini telah dibaca pruf
Pengangkutan Awam Darat
227
Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan
252. (1) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:
- (a) memperuntukkan bagi semua perkara yang berhubungan dengan pengeluaran lesen, lesen pengendali dan kelulusan di bawah Akta ini dan pengeluaran salinan lesen, lesen pengendali dan kelulusan dalam hal lesen, lesen pengendali dan kelulusan yang hilang atau musnah, termasuklah—
- (i) kelayakan orang yang memohon untuk mendapatkan lesen, lesen pengendali atau kelulusan;
- (ii) tatacara mengenai permohonan, termasuk maklumat lazim dan penentuan soalan yang berkaitan dengan pengeluaran, pengubahan, pembaharuan, penyerahan balik, pengembalian, pembatalan dan penggantungan lesen dan lesen pengendali dan syarat yang dikenakan padanya;
- (iii) tatacara mengenai permohonan, termasuk maklumat lazim dan penentuan soalan yang berkaitan dengan pengeluaran, pengubahan, pembatalan dan penggantungan kelulusan dan syarat yang dikenakan padanya;
- (iv) bentuk lesen, lesen pengendali dan kelulusan;
- (v) fi yang dikenakan berkaitan dengan apa-apa perkara yang diperihalkan di atas dan cara pembayarannya;
- (vi) apa-apa perkara yang berhubungan dengan hal keadaan yang dalamnya lesen, lesen pengendali dan kelulusan boleh dibatalkan atau digantung di bawah Akta ini;
- (b) memperuntukkan bagi semua perkara yang berhubungan dengan pengecualian, separa atau selainnya, dengan atau tanpa syarat, bagi mana-mana orang atau kelas orang, atau