Pergi ke kandungan

Laman:Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).pdf/225

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Pengangkutan Awam Darat
225

suatu notis bertulis kepada orang itu dengan menyatakan jenis pematuhan yang dikehendaki.

(3) Orang itu hendaklah diberi peluang untuk didengar atau boleh mengemukakan suatu penghujahan bertulis tentang sebab bagi tingkah laku atau aktivitinya dalam tempoh masa yang munasabah yang dinyatakan dalam notis itu.

(4) Selepas habis tempoh notis yang dinyatakan dalam subseksyen (3), Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah menimbangkan apa-apa sebab yang diberikan oleh orang itu sebelum membuat suatu keputusan berhubung dengan tingkah laku atau aktiviti yang berkenaan dengan orang itu.

(5) Selepas menimbangkan dengan sewajarnya apa-apa sebab yang telah diberikan oleh orang itu, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh mengeluarkan suatu arahan menurut subseksyen (1) yang menghendaki orang itu supaya mengambil suatu tindakan yang dinyatakan dengan tujuan untuk memastikan bahawa orang itu tidak melanggar atau tidak terus melanggar mana-mana syarat lesen atau lesen pengendali itu atau mana-mana peruntukan Akta ini.

(6) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah memberi orang itu suatu notis bertulis mengenai arahannya dengan secepat yang dapat dilaksanakan, dan arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat itu hendaklah dipatuhi.

(7) Suatu arahan yang dibuat oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat di bawah Bab ini hendaklah didaftarkan dengan secepat yang dapat dilaksanakan.

(8) Arahan itu hendaklah berkuat kuasa dari tarikh pendaftaran atau apa-apa tarikh terkemudian yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dalam arahan itu.

(9) Arahan itu hendaklah habis tempohnya pada apa-apa tarikh yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dalam notis bertulis itu atau jika tiada tarikh dinyatakan, arahan itu hendaklah terus berkuat kuasa sehingga arahan itu dibatalkan.