telah disita di bawah Akta ini, pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan yang membuat penyitaan itu boleh, selepas merujuk kepada Pendakwa Raya, melepaskan buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan itu kepada orang yang ditentukan olehnya sebagai berhak secara sah kepadanya, jika buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan itu tidak boleh dilucuthakkan di bawah Akta ini, dan tidak dikehendaki selainnya bagi maksud apa-apa prosiding di bawah Akta ini atau bagi maksud apa-apa pendakwaan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dan sekiranya sedemikian pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan yang membuat penyitaan itu, atau Kerajaan Persekutuan, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Kerajaan Persekutuan atau Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat tidak boleh dikenakan apa-apa prosiding oleh mana-mana orang jika penyitaan dan pelepasan buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan itu telah dibuat dengan suci hati.
(2) Suatu rekod bertulis hendaklah dibuat oleh pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan yang membuat pelepasan buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan di bawah subseksyen (1) yang menyatakan secara terperinci hal keadaan dan sebab bagi pelepasan itu, dan dia hendaklah menghantarkan suatu salinan rekod itu kepada Pendakwa Raya dalam tempoh tujuh hari dari pelepasan itu.
Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mempunyai pengetahuan tentang kes
224. (1) Seorang pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan yang menjalankan suatu penyiasatan di bawah Akta ini boleh melalui perintah bertulis menghendaki kehadiran di hadapannya mana-mana orang yang pada pendapat pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan itu