Pergi ke kandungan

Laman:Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).pdf/199

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Pengangkutan Awam Darat
199

diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593], dan kuasa itu adalah sebagai tambahan kepada kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta ini dan bukan pengurangan baginya.

Kuasa menangkap

217. (1) Seseorang pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang—

(a) yang didapati melakukan atau cuba untuk melakukan atau bersubahat dalam pelakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini; atau
(b) yang dengan semunasabahnya disyaki oleh pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan sebagai terlibat dalam melakukan atau cuba untuk melakukan atau bersubahat melakukan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini.

(2) Seorang pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan yang membuat tangkapan di bawah subseksyen (1) hendaklah, tanpa kelengahan yang tidak perlu menyerahkan orang yang ditangkap sedemikian kepada pegawai polis yang paling hampir atau, jika tiada pegawai polis, membawa orang itu ke balai polis yang paling hampir, dan selepas itu orang itu hendaklah diperlakukan sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang yang berhubungan dengan tatacara jenayah yang sedang berkuat kuasa seolah-olah dia ditangkap oleh seorang pegawai polis.

Penggeledahan dan penyitaan dengan waran

218. (1) Jika ternyata pada seseorang Majistret, berdasarkan maklumat bertulis dengan bersumpah daripada pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan dan selepas apa-apa siasatan sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Majistret, bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini sedang atau telah dilakukan di mana-mana