Pelantikan pegawai pengangkutan awam darat
215A. (1) Menteri boleh melantik apa-apa jumlah pegawai pengangkutan awam darat setakat yang perlu bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini.
(2) Pegawai pengangkutan awam darat yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah menjalankan kuasanya, melaksanakan fungsinya dan menunaikan kewajipannya dengan mematuhi arahan, perintah, kawalan dan pengawasan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat yang dinyatakan secara lisan atau bertulis oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.
(3) Suatu perakuan pelantikan dalam bentuk suatu kad pengenalan hendaklah dikeluarkan kepada setiap pegawai pengangkutan awam darat yang dilantik di bawah Akta ini dan kad itu hendaklah ditandatangani oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dan hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai pelantikan di bawah Akta ini.
Kuasa penyiasatan
216. (1) Seorang pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan boleh menyiasat aktiviti berhubung dengan pelakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini.
(2) Walau apa pun apa-apa jua pun dalam Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain, seorang pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan hendaklah mempunyai hak untuk hadir di tapak mana-mana kemalangan yang melibatkan suatu kereta api bagi maksud menyiasat kemalangan itu dan menyediakan suatu laporan penyiasatan dan syor untuk dikemukakan kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.
(3) Bagi mengelakkan keraguan, diisytiharkan bahawa bagi maksud Akta ini, pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan hendaklah mempunyai segala atau mana-mana kuasa seorang pegawai polis daripada apa-apa jua pangkat berhubung dengan penyiasatan polis dalam kes boleh tangkap seperti yang