yang menyebabkan perkara atau benda itu direkodkan dengan tidak betul.
Rekod maklumat
212. (1) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah menyenggarakan suatu rekod mengenai semua maklumat atau dokumen yang diterima menurut suatu notis bertulis yang diberikan di bawah subseksyen 207(1).
(2) Suatu rekod yang disenggarakan di bawah subseksyen (1) boleh dijadikan tersedia kepada orang awam.
Penyiaran maklumat
213. (1) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh menyiarkan apa-apa maklumat yang diterimanya semasa menjalankan kuasa dan fungsinya di bawah Bab ini.
(2) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah menimbangkan kepentingan komersial pihak-pihak yang dengannya maklumat itu adalah berhubungan sebelum menyiarkan maklumat itu.
(3) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat tidak boleh menyiarkan apa-apa maklumat atau apa-apa bahagian mana-mana maklumat yang dizahirkan kepadanya jika penyiaran itu—
- (a) berkemungkinan akan menjejaskan perbicaraan adil seseorang; atau
- (b) akan melibatkan penzahiran yang tidak munasabah akan maklumat peribadi mengenai mana-mana individu, termasuklah orang yang telah mati,
tetapi Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh menyiarkan suatu cabutan yang berhubungan dengan maklumat sedemikian dengan syarat bahawa butir-butir dalam cabutan itu tidak digubah