Akses kepada rekod
210. (1) Seseorang pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan hendaklah, jika pada bila-bila masa diminta oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat melalui notis bertulis, membenarkan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau pegawai pengangkutan awam darat mendapat akses kepada rekodnya jika Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu—
- (a) mempunyai apa-apa maklumat atau dokumen yang berkaitan dengan pelaksanaan kuasa dan fungsi Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat di bawah undang-undang pengangkutan awam darat; atau
- (b) berupaya untuk memberikan apa-apa keterangan yang Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai adalah berkaitan dengan pelaksanaan kuasa dan fungsi Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat di bawah undang-undang pengangkutan awam darat.
(2) Seseorang pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan yang tidak mematuhi notis bertulis di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Rekod yang tidak betul
211. Seseorang tidak boleh, dengan maksud untuk mematuhi sesuatu kehendak yang dikenakan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 252(1)(tl) berhubungan dengan penyimpanan rekod, membuat suatu rekod tentang apa-apa perkara atau benda dengan cara