daripada pertubuhan atau badan itu untuk hadir, pada suatu pendengaran tertutup, di hadapan seorang pegawai pengangkutan awam darat pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan sedemikian, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan apa-apa dokumen sedemikian, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam bentuk media elektronik; atau
- (F) jika orang itu ialah suatu perkongsian, supaya menyebabkan seorang individu yang merupakan seorang rakan kongsi dalam perkongsian itu atau seorang pekerja dalam perkongsian itu untuk hadir, pada suatu pendengaran tertutup, di hadapan seorang pegawai pengangkutan awam darat pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan sedemikian, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan apa-apa dokumen sedemikian, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam media elektronik.
(2) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah membenarkan orang yang diarahkan sedemikian di bawah subseksyen (1) tempoh masa yang munasabah untuk memberikan apa-apa maklumat atau dokumen yang dinyatakan dalam notis itu.
(3) Mana-mana orang yang dikehendaki supaya memberikan maklumat atau dokumen di bawah subseksyen (1) hendaklah memastikan bahawa maklumat atau dokumen yang diberikan itu adalah benar, tepat dan lengkap dan orang itu patut memberikan suatu representasi bagi maksud itu, termasuk suatu representasi bahawa dia tidak tahu tentang apa-apa maklumat atau dokumen lain yang mungkin menjadikan maklumat atau dokumen yang diberikan itu tidak benar atau mengelirukan.
Bukti pematuhan
208. Seseorang hendaklah, jika pada bila-bila masa dipanggil secara bertulis oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat untuk berbuat demikian, memberi Ketua Pengarah Pengangkutan Awam