Laman ini telah dibaca pruf
192
Undang-Undang Malaysia
Akta 715
- (a) mempunyai apa-apa maklumat atau dokumen yang berkaitan dengan pelaksanaan kuasa dan fungsi Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat di bawah undang-undang pengangkutan awam darat; atau
- (b) berupaya untuk memberikan apa-apa keterangan yang Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai adalah berkaitan dengan pelaksanaan kuasa dan fungsi Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat di bawah undang-undang pengangkutan awam darat,
ia boleh, melalui notis bertulis, mengarahkan orang itu—
- (A) supaya memberi seorang pegawai pengangkutan awam darat, dalam tempoh dan mengikut cara dan dalam bentuk yang dinyatakan dalam notis itu, apa-apa maklumat sedemikian;
- (B) supaya mengemukakan kepada seorang pegawai pengangkutan awam darat, dalam tempoh dan mengikut cara yang dinyatakan dalam notis itu, apa-apa dokumen sedemikian, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam media elektronik;
- (C) supaya membuat salinan mana-mana dokumen sedemikian dan mengemukakan salinan itu kepada seorang pegawai pengangkutan awam darat dalam tempoh dan mengikut cara yang dinyatakan dalam notis itu;
- (D) jika orang itu ialah seorang individu, supaya hadir, pada suatu pendengaran tertutup, di hadapan seorang pegawai pengangkutan awam darat pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan apa-apa dokumen sedemikian, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam media elektronik;
- (E) jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan atau badan awam, supaya menyebabkan seorang pegawai berwibawa