kawasan sampingannya atau di sekitar tempat itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
(2) Walau apa pun mana-mana peruntukan lain dalam Akta ini, seorang pegawai polis, pegawai pengangkutan jalan atau pegawai pengangkutan awam darat boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang telah melakukan atau disyaki telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini dan hendaklah tanpa kelengahan yang tidak perlu, membawa orang yang ditangkap itu ke balai polis yang paling hampir, dan selepas itu orang itu akan diperlakukan mengikut undang-undang yang berhubungan dengan tatacara jenayah yang sedang berkuat kuasa.
(3) Bagi maksud seksyen ini, “tempat awam” termasuk semua bahagian dalam suatu lapangan terbang yang boleh dimasuki secara bebas oleh orang awam, mana-mana jalan, mana-mana terminal, atau mana-mana tempat yang telah diwartakan sebagai suatu perhentian bagi kenderaan perkhidmatan awam.
Penalti bagi fraud
206. Mana-mana orang yang—
- (a) memfraud atau cuba untuk memfraud seorang pengendali berlesen perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam atau perkhidmatan kereta api, yang menghendaki supaya tambang dibayar dahulu sebelum perkhidmatan sedemikian disediakan—
- (i) dengan membuat perjalanan atau cuba untuk membuat perjalanan di atas suatu kenderaan perkhidmatan awam atau kereta api tanpa membayar tambangnya terlebih dahulu;
- (ii) dengan menaiki dalam atau pada suatu pengangkut kereta api daripada kelas yang lebih tinggi daripada yang baginya dia telah membayar tambangnya; atau