sepatutnya berada pada kenderaan yang berkaitan atau tren kereta api itu;
- (f) menyediakan atau menyenggarakan atau membenarkan penyediaan atau penyenggaraan rekod palsu yang dikehendaki supaya disenggarakan di bawah Akta ini; atau
- (g) memalsukan atau membenarkan pemalsuan rekod yang dikehendaki supaya dikemukakan di bawah Akta ini,
dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daipada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi atau tahun atau kedua-duanya:
Dengan syarat bahawa dalam hal perenggan (d), dia tidak melakukan suatu kesalahan jika dia membuktikan bahawa dia bertindak dengan suci hati dan tidak mempunyai alasan yang munasabah untuk menjangkakan bahawa lesen, lesen pengendali, isyarat, tanda pengenalan, plat atau dokumen itu telah diubah, diganggu, dirosakkan, dicacatkan atau ditambahkan kepadanya, atau bahawa lesen, lesen pengendali, isyarat, tanda pengenalan, plat atau dokumen itu adalah tiruan.
(4) Perenggan (3)(a) dan (b) hendaklah, dengan ubah suaian yang perlu, terpakai berhubungan dengan suatu dokumen yang menjadi keterangan tentang pelantikan seorang pegawai pengangkutan awam darat sebagaimana ia terpakai berhubungan dengan suatu lesen atau lesen pengendali.
(5) Bagi maksud seksyen ini, “dokumen” termasuk suatu lencana.
Memujuk atau mendesak
205. (1) Mana-mana orang yang, tanpa kuasa yang sah, memujuk atau mendesak bagi maksud menawarkan perkhidmatan yang berkaitan dengan menerima untuk sewa atau upah untuk membawa penumpang atau berulang-alik untuk sewa atau upah, sama ada dilakukan oleh orang itu atau tidak, di mana-mana tempat awam atau