itu, atau bagi maksud menahan pengeluaran atau pengubahan mana-mana lesen atau lesen pengendali sedemikian atau bagi mendapatkan apa-apa syarat atau batasan dikenakan berhubung dengan mana-mana lesen atau lesen pengendali itu, membuat apa-apa pernyataan atau akuan yang diketahuinya adalah palsu atau tidak betul, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya, atau mengelirukan dalam apa-apa hal material;
- (b) memberikan apa-apa butir berhubungan dengan suatu permohonan bagi pengeluaran suatu lesen atau lesen pengendali di bawah Akta ini yang pada pengetahuannya adalah palsu atau mengelirukan dalam apa-apa hal material;
- (c) memberikan apa-apa maklumat kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat sebagai maklum balas kepada permintaan yang dibuat oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat di bawah atau bagi maksud Akta ini yang pada pengetahuannya adalah palsu atau tidak betul, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya, atau mengelirukan dalam apa-apa hal material; atau
- (d) membuat apa-apa entri dalam suatu rekod, daftar atau dokumen lain yang dikehendaki supaya dikeluarkan, disimpan, disenggarakan atau diberikan di bawah Akta ini yang adalah palsu atau mengelirukan dalam apa-apa hal material,
dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
(2) Dalam apa-apa pendakwaan di bawah seksyen ini, apabila terbukti bahawa mana-mana permohonan, pernyataaan, akuan, butir, maklumat, entri, rekod, daftar atau dokumen lain adalah palsu atau tidak betul pada keseluruhannya atau sebahagiannya atau mengelirukan dalam apa-apa hal material, maka hendaklah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya, bahawa permohonan, pernyataan, akuan, butir, maklumat, entri, rekod, daftar atau dokumen lain itu