Pergi ke kandungan

Laman:Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).pdf/186

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
186
Undang-Undang Malaysia
Akta 715

yang membuat perjalanan atau yang berada di atas kereta api, kenderaan perkhidmatan awam atau kenderaan barangan dibahayakan, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.

Perbuatan cuai

202. Seseorang yang dengan gopoh atau cuai, dan tanpa alasan yang sah, melakukan apa-apa perbuatan yang berkemungkinan akan membahayakan keselamatannya sendiri atau keselamatan mana-mana orang yang membuat perjalanan atau yang berada di atas suatu kereta api, kenderaan perkhidmatan awam atau kenderaan pelancongan, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Larangan merokok

203. (1) Tiada seorang pun boleh menghisap apa-apa rokok atau keluaran tembakau di dalam atau di atas mana-mana kereta api atau premis kereta api, kenderaan perkhidmatan awam atau kenderaan pelancongan.

(2) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Membuat pernyataan palsu, dsb.

204. (1) Jika mana-mana orang—

(a) bagi maksud mendapatkan di bawah peruntukan Akta ini pengeluaran apa-apa jenis atau perihalan lesen atau lesen pengendali bagi dirinya atau bagi mana-mana orang lain atau pengubahan mana-mana lesen atau lesen pengendali