Laman ini telah dibaca pruf
Pengangkutan Awam Darat
179
- (b) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat mengambil alih kawalan ke atas apa-apa bahagian harta, perniagaan dan hal ehwal seseorang pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri dan menjalankan mana-mana bahagian daripada perniagaan dan hal ehwal pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu; atau
- (c) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat melantik mana-mana orang untuk menjalankan mana-mana tindakan yang diarahkan dalam perenggan (a) atau (b) bagi pihak Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat; dan
- (d) perbelanjaan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, atau saraan orang yang dilantik sedemikian di bawah perenggan (c), mengikut mana-mana yang berkenaan, dibayar daripada aset pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu dengan diberi keutamaan daripada semua tuntutan lain sama ada bercagar atau tidak bercagar.
(2) Penentuan mengenai apa yang terjumlah kepada kepentingan negara hendaklah dibuat oleh Menteri dan penentuan sedemikian adalah muktamad dan mengikat semua orang.
(3) Kuasa Menteri di bawah seksyen ini hendaklah dijalankan hanya dengan kelulusan terdahulu Kerajaan Persekutuan.
(4) Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan orang yang dilantik oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat menurut subseksyen (1) daripada peruntukan Bab 2 dan 2A Bahagian II, Bab 1, 2, 3 dan 4 Bahagian III dan Bab 4 dan 5 Bahagian IV.