Laman ini telah dibaca pruf
Pengangkutan Awam Darat
177
kepentingan awam bagi apa-apa perkhidmatan atau kemudahan yang disediakan oleh pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu diteruskan—
- (a) Menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta memperuntukkan bagi Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat untuk mengambil alih kawalan ke atas keseluruhan harta, perniagaan dan hal ehwal pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu dan menjalankan keseluruhan perniagaan dan hal ehwalnya, atau untuk mengambil alih kawalan ke atas apa-apa bahagian harta, perniagaan dan hal ehwalnya dan menjalankan apa-apa bahagian perniagaan dan hal ehwalnya, sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu, atau bagi Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat untuk melantik mana-mana orang untuk berbuat demikian bagi pihak Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dan bagi kos dan perbelanjaan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau saraan orang yang dilantik sedemikian, mengikut mana-mana yang berkenaan, dibayar daripada kumpulan wang dan harta pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu sebagai cagaran pertama ke atasnya;
- (b) Menteri boleh, sama ada atau tidak suatu perintah telah dibuat di bawah perenggan (a), membenarkan suatu permohonan dibuat oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat kepada Mahkamah Tinggi untuk melantik seorang penerima atau pengurus untuk menguruskan keseluruhan harta, perniagaan dan hal-ehwal pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu atau mana-mana bahagiannya sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu, jika ada, dan bagi semua perintah atau arahan Mahkamah Tinggi yang berdampingan, bersampingan atau berbangkit berhubung dengan pelantikan sedemikian yang, pada pendapat Ketua