Keputusan Menteri
179. Tertakluk kepada Akta ini, Menteri boleh mengesahkan, mengakas atau mengubah keputusan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat selepas menimbangkan keputusan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dan keputusan Menteri adalah muktamad.
Keesahan lesen dilanjutkan bagi rayuan berjaya
180. Walau apa pun seksyen 19, 39 dan 54, jika Menteri membenarkan rayuan secara penuh terhadap suatu perintah yang membatalkan suatu lesen yang diberikan di bawah Akta ini, keesahan lesen itu hendaklah dilanjutkan oleh suatu tempoh yang bersamaan dengan tempoh yang lesen itu tidak berkuat kuasa dan tempoh lanjutan itu hendaklah dimasukkan dengan sewajarnya ke dalam lesen itu.
Larangan permohonan yang serupa apabila permohonan terdahulu menunggu rayuan
181. Jika apa-apa rayuan bagi permohonan yang ditolak di bawah Akta ini masih belum ditentukan atau diselesaikan oleh Menteri, seseorang tidak boleh membuat permohonan yang serupa di bawah Akta ini dan apa-apa lesen yang dikeluarkan dalam tempoh rayuan yang belum selesai itu hendaklah disifatkan tidak sah.
182–193. (Tiada seksyen 182–193).
Bahagian IX
PENGAMBILALIHAN KAWALAN
Tindakan oleh Menteri dalam hal keadaan tertentu
194. (1) Jika sesuatu lesen atau lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Akta ini telah dibatalkan atau digantung di bawah seksyen 9, 12D, 27, 45, 62 atau 104, dan Menteri berpuas hati bahawa adalah demi