(7) Tiap-tiap orang yang membuat perjalanan dengan kereta api hendaklah, apabila dikehendaki untuk berbuat demikian, menunjukkan bukti pembayaran tambang kepada seorang pengendali berlesen atau pegawai kereta api yang diberi kuasa dengan sewajarnya untuk memeriksa pembayaran tambang.
(8) Bagi maksud seksyen ini, “bukti pembayaran tambang” hendaklah termasuk tiket dan kad elektronik yang dikeluarkan bagi maksud pembayaran tambang atau apa-apa keterangan memuaskan yang lain mengenai pembayaran tambang sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 252(1)(ty).
(9) Jika seseorang pengendali berlesen atau pegawai kereta api yang diberi kuasa dengan sewajarnya untuk memeriksa pembayaran tambang berpuas hati bahawa mana-mana orang telah menggunakan kereta api tanpa membayar tambang yang sepatutnya bagi jarak yang dilaluinya atau jika mana-mana orang tidak mengemukakan atau menghantarserahkan bukti pembayaran tambang berlanggaran dengan subseksyen (7), dia boleh menghendaki orang itu supaya membayar—
- (a) tambang bagi jarak yang dilaluinya; dan
- (b) suatu caj khas, yang tidak melebihi apa-apa jumlah yang ditetapkan.
(10) Tambang dan caj khas itu hendaklah dibayar apabila dituntut kepada pegawai kereta api yang diberi kuasa dengan sewajarnya untuk memeriksa pembayaran tambang atau mengutip tiket, dan jika tidak dibayar sedemikian, pembayaran itu boleh didapatkan kembali oleh pengendali berlesen itu melalui tindakan undang-undang.
(11) Jika apa-apa pertikaian berbangkit mengenai tambang yang dikira mengikut jarak, pertikaian itu boleh dirujukkan—
- (a) pada mula-mulanya, kepada pegawai kereta api yang diberi kuasa dengan sewajarnya untuk memutuskan pertikaian itu;
- (b) atas rayuan terhadap keputusan pegawai kereta api itu, kepada pegawai pengangkutan awam darat untuk