adangan berdekatan atau berdampingan dengan sisi mana-mana jalan yang dibina sebelum kereta api itu dibuat bagi maksud mencegah bahaya kepada orang awam yang menggunakan jalan itu.
(2) Sesuatu syarikat kereta api yang tidak mematuhi mana-mana rekuisisi yang dibuat di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.
Lintasan rata bergred
95. Jika suatu syarikat kereta api telah membina suatu landasan kereta api yang merintangi jalan yang sedia ada yang sama ratanya, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, jika ternyata pada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat bahawa adalah perlu demi keselamatan dan kemudahan orang awam, pada bila-bila masa, menghendaki syarikat kereta api itu, dalam apa-apa masa yang difikirkannya patut—
- (a) supaya memindahkan jalan itu sama ada ke bawah atau ke atas landasan kereta api itu menerusi suatu jambatan atau gerbang dengan pendakian dan penurunan yang mudah serta jalan masuk lain yang mudah sebagai ganti melintasi jalan yang sama rata itu; atau
- (b) untuk melaksanakan apa-apa kerja lain yang dalam hal keadaan itu ternyata pada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat sebagai paling sesuai bagi menghapuskan atau mengurangkan bahaya yang berbangkit daripada lintasan rata itu dan bagi memenuhi kemudahan orang awam.
Lintasan rata jalan
96. (1) Apabila suatu syarikat kereta api telah membina suatu landasan kereta api yang merintangi suatu jalan sedia ada yang sama ratanya (lintasan sedemikian bukan suatu “lintasan rata kerja” dalam