- (b) segala gerbang, terowong, pembetung, parit, alur air atau lorong lalu lain yang perlu di atas, di bawah atau di sisi kereta api itu daripada apa-apa dimensi yang, pada pendapat Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, adalah mencukupi pada setiap masa untuk membawa air dari atau ke tanah yang berdampingan dengan atau terletak berhampiran dengan atau di tepi kereta api itu dengan semudahnya sebelum pembinaan kereta api itu atau dengan sehampir mudah yang boleh.
(2) Tertakluk kepada Akta ini, kerja-kerja yang dinyatakan dalam perenggan (1)(a) dan (b) hendaklah dibuat semasa atau sebaik selepas pembentangan atau pembentukan kereta api di atas tanah yang dilaluinya, dan mengikut apa-apa cara yang akan menyebabkan seberapa sedikit kerosakan, kemudaratan atau kesusahan yang mungkin kepada orang yang berkepentingan dalam tanah itu atau yang terjejas oleh kerja-kerja itu, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan jika terdapat kerosakan atau kemudaratan pada tanah itu syarikat kereta api itu hendaklah membayar pampasan yang mencukupi kepada orang yang berkepentingan terhadap tanah itu.
(3) Sesuatu syarikat kereta api tidak dikehendaki—
- (a) untuk membuat apa-apa kerja kemudahan mengikut apa-apa cara yang akan menahan atau menghalang pengerjaan atau penggunaan suatu kereta api; atau
(b) untuk membuat apa-apa kerja kemudahan yang berkenaan dengannya tuan punya dan penduduk tanah itu telah bersetuju untuk menerima dan telah dibayar pampasan sebagai balasan kepada mereka kerana tidak menghendaki supaya kerja-kerja itu dibuat.
(4) Jika suatu syarikat kereta api telah mengadakan lintasan yang sesuai bagi sesuatu jalan atau anak sungai, dan jalan atau anak sungai itu kemudiannya dilencongkan oleh perbuatan atau pengabaian orang yang mempunyai kawalan ke atas jalan atau anak sungai itu, syarikat kereta api itu tidaklah dikehendaki untuk mengadakan apa-apa lintasan lain bagi jalan atau anak sungai itu.