disifatkan sebagai tanah yang dikehendaki bagi maksud awam mengikut pengertian Akta Pengambilan Tanah 1960 [Akta 486].
(2) Prosiding di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 hendaklah diambil secara berasingan berkenaan dengan setiap tanah yang ditunjukkan pada pelan dan keratan dan disebut dalam buku rujukan itu.
(3) Tiada apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang pengambilan tanah bagi maksud membina sesuatu kereta api melalui persetujuan antara syarikat kereta api dengan tuan punya tanah itu.
Kuasa syarikat kereta api untuk melaksanakan segala kerja yang perlu
89. (1) Tertakluk kepada Akta ini, apabila perlu untuk berbuat demikian, suatu syarikat kereta api boleh, bagi maksud membina suatu kereta api atau kemudahan atau kerja-kerja lain yang berkaitan dengannya—
- (a) membuat atau membina di, pada, merintangi, di bawah atau di atas mana-mana tanah atau sungai, apa-apa kerja atau struktur sementara, termasuk jalan, jambatan, rel, jalan lalu, konduit dan parit, sebagaimana yang difikirkan patut oleh syarikat kereta api itu; dan
- (b) mengubah secara sementara haluan mana-mana jalan, lebuh atau jalan lalu sebagaimana yang difikirkan patut oleh syarikat kereta api itu.
(2) Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1), syarikat kereta api itu adalah tertakluk kepada apa-apa arahan yang diberikan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.
(3) Suatu syarikat kereta api hendaklah, sebelum menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1), memberikan notis kepada tuan punya atau penduduk tanah itu, dan pada masa yang sama memberi Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat suatu salinan notis itu, mengenai niatnya untuk memasuki tanah itu.