- (a) dalam hal apabila kelulusan diberikan, hakikat pemberian kelulusan itu dan kehendak atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (7); dan
- (b) dalam hal keengganan untuk memberikan kelulusan, hakikat keengganan itu dan sebab-sebab bagi keengganan itu.
(10) Seseorang yang melanggar apa-apa kehendak atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (7) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Bab 3
Pembinaan dan kerja-kerja
Kereta api akan dibina mengikut pelan yang diluluskan
87. (1) Mana-mana kereta api yang dibina di bawah Akta ini hendaklah dibuat dan disenggarakan mengikut jalan dan aras yang ditunjukkan pada pelan yang didepositkan dengan semua jambatan, jejambat, stesen, sisian, jalan masuk, simpang, jalan, bangunan, limbung, kerja-kerja dan kemudahan yang berkaitan dan bersampingan dengannya yang patut.
(2) Sesuatu laluan kereta api boleh menyimpang daripada jalan kereta api yang ditunjukkan pada pelan yang didepositkan, tetapi tiada penyimpangan sedemikian boleh melampaui had penyimpangan yang ditunjukkan pada pelan itu.
Tanah persendirian boleh diambil bagi kereta api
88. (1) Mana-mana tanah yang dikehendaki bagi maksud membina suatu kereta api dan yang ditunjukkan pada pelan dan keratan dan disebut dalam buku rujukan yang didepositkan di bawah perenggan 84(2)(b) dan jika berkenaan, seksyen 86, hendaklah