Pergi ke kandungan

Laman:Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).pdf/34

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
34
Undang-Undang Malaysia
Akta 611


(2) Mahkamah Bagi Kanak-Kanak hendaklah terdiri daripada seorang Majistrest yang, pada menjalankan fungsi-fungsinya sebagai suatu Mahkamah Bagi Kanak-Kanak kecuali apabila membuat sesuatu perintah di bawah subseksyen 39(4), 42(4), 84(3) atau 86(1), mengikut kehendak keadaan, hendaklah dibantu oleh dua orang penasihat yang hendaklah dilantik oleh Menteri daripada suatu panel orang yang bermastautin di Negeri itu.

(3) Seorang daripada dua orang penasihat yang disebut dalam subseksyen (2) hendaklah seorang wanita.

(4) Fungsi-fungsi penasihat ialah—

(a) untuk memaklumkan dan menasihati Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengenai apa-apa pertimbangan yang menyentuh perintah yang dibuat berdasarkan suatu dapatan bersalah atau pelakuan lain yang berkaitan terhadap mana-mana kanak-kanak yang dibawa ke hadapan Mahkamah itu; dan
(b) jika perlu, untuk menasihati ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu.

(5) Mahkamah Bagi Kanak-Kanak hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan semua kesalahan kecuali kesalahan-kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman mati.

(6) Kecuali sebagaimana yang diubahsuaikan atau diperluas oleh Bahagian ini, Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] hendaklah terpakai bagi Mahkamah Bagi Kanak-Kanak seolah-olah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak ialah Mahkamah Majistret.

Tempat bersidang dan orang yang boleh hadir di Mahkamah Bagi Kanak-Kanak

12. (1) Mahkamah Bagi Kanak-Kanak hendaklah, jika dapat dilaksanakan, bersidang—

(a) sama ada di dalam suatu bangunan atau bilik yang berlainan daripada bangunan atau bilik di mana persidangan Mahkamah-Mahkamah selain Mahkamah Bagi Kanak-Kanak diadakan; atau