Pergi ke kandungan

Laman:Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).pdf/33

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Kanak-Kanak
33


(3) Ketua Pendaftar hendaklah mempunyai pengawasan dan kawalan am ke atas—

(a) Pendaftar-Pendaftar yang dilantik di bawah subseksyen (2); dan
(b) pendaftaran kanak-kanak yang memerlukan perlindungan di bawah Akta ini.

Pelantikan pegawai akhlak

10. (1) Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, melantik apa-apa bilangan Pegawai Kebajikan Masyarakat sebagaimana yang difikirkannya perlu untuk menjadi pegawai akhlak di seluruh Malaysia atau mana-mana bahagian di Malaysia.

(2) Seseorang pegawai akhlak apabila bertindak di bawah suatu perintah percubaan hendaklah tertakluk pada kawalan Mahkamah Pengawas.

(3) Dalam seksyen ini, “Pegawai Kebajikan Masyarakat” termasuklah Pembantu Kebajikan Masyarakat.

Bahagian IV
MAHKAMAH BAGI KANAK-KANAK

Penubuhan dan bidang kuasa Mahkamah Bagi Kanak-Kanak

11. (1) Mahkamah yang ditubuhkan mengikut Akta ini dan bersidang bagi maksud—

(a) mendengar, memutuskan atau membereskan apa-apa pertuduhan terhadap seseorang kanak-kanak; atau
(b) menjalankan apa-apa bidang kuasa lain yang diberikan atau yang akan diberikan kepada Mahkamah Bagi Kanak-Kanak oleh atau di bawah Akta ini atau oleh mana-mana undang-undang yang bertulis lain, hendaklah dikenali sebagai “Mahkamah Bagi Kanak-Kanak”.