Pergi ke kandungan

Laman:Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).pdf/21

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Kanak-Kanak
21


sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri bagi maksud pemeliharaan, pelindungan dan pemulihan kanak-kanak di bawah seksyen 53A;

“rumah pelacuran” ertinya mana-mana tempat yang dihuni atau digunakan oleh mana-mana dua atau lebih daripada dua orang sama ada pada masa yang sama atau pada masa yang berlainan bagi maksud pelacuran;

“saudara” ertinya seseorang yang mempunyai hubungan persaudaraan melalui pertalian darah seibu sebapa atau pertalian darah seibu atau sebapa, atau melalui perkahwinan atau pengangkatan, termasuk pengangkatan de facto;

“Sekolah Henry Gurney” ertinya sesuatu sekolah—

(a) yang ditubuhkan atau ditetapkan di bawah seksyen 73; dan
(b) di bawah arahan dan kawalan Komisioner Jeneral Penjara dan diluluskan oleh Menteri bagi pendidikan, latihan dan penahanan orang yang dihantar ke situ menurut Bahagian X;

“sekolah diluluskan” ertinya sesuatu sekolah yang ditubuhkan atau ditetapkan di bawah seksyen 65 dan termasuklah sesuatu pusat;

“tempat” termasuklah mana-mana bangunan, rumah, pejabat, kedai, rumah pangsa, bilik atau bilik kecil atau mana-mana bahagian bilik atau bilik kecil itu, mana-mana ruang terbuka atau tertutup, dan apa-apa pengangkutan;

“tempat berkira” ertinya mana-mana tempat di mana perhubungan diadakan dengan mana-mana kanak-kanak sama ada secara langsung atau melalui pengantara bagi maksud pelacuran;

“tempat perlindungan” ertinya mana-mana tempat perlindungan yang ditubuhkan atau ditetapkan di bawah seksyen 55;

“tempat selamat” ertinya mana-mana tempat selamat yang ditubuhkan atau ditetapkan di bawah seksyen 54;