Pergi ke kandungan

Laman:Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).pdf/20

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
20
Undang-Undang Malaysia
Akta 611


“penghuni”—

(a) ertinya seseorang yang menghuni atau mengawal mana-mana tempat; dan
(b) berhubung dengan tempat-tempat yang bahagian-bahagiannya yang berlainan dihuni oleh orang yang berlainan, ertinya masing-masing orang yang menghuni atau mengawal setiap bahagian;

“penjaga”, berhubung dengan seseorang kanak-kanak, termasuklah mana-mana orang yang, pada pendapat Mahkamah Bagi Kanak-Kanak yang mengambil perhatian tentang apa-apa kes yang berhubungan dengan kanak-kanak itu atau yang melibatkan kanak-kanak itu, sedang mempunyai penjagaan atau kawalan ke atas kanak-kanak itu;

“perintah khidmat masyarakat” ertinya suatu perintah yang menghendaki seseorang kanak-kanak untuk melaksanakan khidmat masyarakat di bawah seksyen 97A;

“perintah percubaan” ertinya perintah percubaan yang dibuat di bawah seksyen 98;

“perintah Sekolah Henry Gurney” ertinya perintah yang dibuat oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak menghantar seseorang kanak-kanak yang berumur empat belas tahun ke atas ke Sekolah Henry Gurney;

“perintah sekolah diluluskan” ertinya perintah yang dibuat oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak menghantar seseorang kanak-kanak ke sekolah diluluskan;

“perintah sumbangan” ertinya perintah sumbangan yang dibuat di bawah seksyen 108;

“pusat” ertinya sesuatu tempat berlindung yang ditubuhkan atau dikendalikan oleh mana-mana orang termasuk Kerajaan Negeri, sama ada—

(a) secara perseorangan; atau
(b) melalui kerjasama atau usaha sama dengan Kerajaan Persekutuan,