Pergi ke kandungan

Laman:Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).pdf/15

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Kanak-Kanak
15


“Daftar” ertinya Daftar yang disimpan dan disenggarakan di bawah seksyen 118;

“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 128;

“hospital” ertinya mana-mana hospital Kerajaan atau mana-mana hospital pelatih perubatan sesuatu institusi pengajian tinggi awam, tetapi tidak termasuk mana-mana bahagian hospital Kerajaan atau hospital pelatih perubatan sesuatu institusi pengajian tinggi awam, yang diswastakan atau diperbadankan;

“ibu atau bapa peliharaan” ertinya seseorang, yang bukan ibu atau bapa atau saudara seseorang kanak-kanak—

(a) yang kepadanya pemeliharaan, jagaan dan kawalan seseorang kanak-kanak telah diberikan oleh perintah Mahkamah di bawah subperenggan 30(1)(c)(i); atau
(b) yang dibenarkan oleh Pelindung di bawah seksyen 35 atau 37, mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk menerima seseorang kanak-kanak ke dalam pemeliharaan, jagaan dan kawalannya;

“jenayah berat” termasuk —

(a) pematian salah tidak terjumlah membunuh atau percubaan membunuh;
(b) semua kesalahan di bawah Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971] [Akta 37];
(c) semua kesalahan di bawah [1]Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 [Akta 82] yang boleh dihukum dengan hukuman pemenjaraan seumur hidup atau dengan hukuman mati;
(d) semua kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] yang boleh dihukum dengan hukuman pemenjaraan selama lebih daripada lima tahun atau dengan hukuman mati; dan
  1. CATATAN—Akta ini telah dimansuhkan oleh Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 [Akta 747] yang mula berkuat kuasa pada 31 Julai 2012—lihat subseksyen 32(1) Akta 747 dan P.U. (B) 256/2012.