Pergi ke kandungan

Laman:Akta Hak Cipta 1987.pdf/96

Daripada Wikisumber
Laman ini telah disahkan
96
Undang-Undang Malaysia
AKTA 332


lak tersebut atau memindah barang-barang atau dokumen tersebut atau cuba berbuat demikian.


Galangan terhadap carian, dsb.


48. Mana-mana orang yang—

(a) tidak membenarkan mana-mana Penolong Pengawal atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor akses kepada mana-mana tempat;
(b) menyerang, menggalang, menghalang atau melengahkan mana-mana Penolong Pengawal atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor, dalam melangsungkan apa-apa kemasukan yang dia berhak untuk melangsungkan di bawah Akta ini, atau dalam pelaksanaan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini;
(c) enggan memberi kepada mana-mana Penolong Pengawal atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor apa-apa maklumat berkaitan dengan suatu kesalahan atau kesalahan yang disyaki di bawah Akta ini atau apa-apa maklumat lain yang dengan munasabah mungkin dikehendaki darinya, yang ada dalam pengetahuannya atau dia mempunyai kuasa untuk memberi;
(d) dengan tujuan untuk memperdaya mana-mana pegawai awam dalam melaksanakan peruntukan Akta ini, atau dengan tujuan untuk mendapatkan atau mempengaruhi perlakuan atau ketinggalan apa-apa jua yang berhubungan dengan Akta ini, dengan sengaja memberi apa-apa maklumat palsu atau membuat apa-apa pernyataan yang palsu dan yang dia sama ada mengetahui atau mempercayai sebagai palsu atau tidak mempercayai sebagai benar; atau
(e) dalam afidavit atau akuan berkanun yang disebut dalam subseksyen 42(1), membuat apa-apa pernyataan yang palsu, dan yang dia sama ada mengetahui atau mempercayai sebagai palsu atau tidak mempercayai sebagai benar, menyentuh apa-apa perkara material kepada tujuan yang baginya afidavit atau akuan itu dibuat atau digunakan di bawah subseksyen 42(1),