Akses kepada data komputer atau digital
45A. (1) Mana-mana Penolong Pengawal atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor hendaklah, dalam menjalankan kuasanya di bawah seksyen 44, jika perlu, diberi akses kepada data komputer atau digital sama ada distor dalam komputer atau apa-apa medium lain.
(2) Bagi maksud seksyen ini, "akses" termasuklah diberi kata laluan yang diperlukan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan dan apa-apa cara lain yang dikehendaki bagi membolehkan data komputer itu difahami.
Senarai barang-barang yang disita
46. (1) Penolong Pengawal atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor yang menyita apa-apa salinan langgaran, apa-apa salinan yang disyaki adalah suatu salinan langgaran, perekaan, artikel, kenderaan, buku atau dokumen di bawah Bahagian ini hendaklah menyediakan suatu senarai barang-barang yang telah disita dan dengan serta-merta menyerahkan salinan yang telah ditandatangani olehnya kepada penduduk atau ejennya atau orang gajinya yang berada di premis itu.
(2) Jika premis tersebut tidak diduduki, Penolong Pengawal atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor hendaklah, barang di mana mungkin, meletakkan suatu senarai barang-barang yang disita di premis itu.
Penyelakan barang-barang
47. Jika ternyata kepada seorang Penolong Pengawal atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor bahawa adalah tidak praktik untuk memindahkan dari tempat yang dijumpainya, apaapa barang atau dokumen yang disita olehnya dalam menjalankan kuasanya di bawah Akta ini, oleh sebab sifat, saiz atau amaunnya maka dia boleh dengan apa-apa cara jua mengelakkan barang-barang atau dokumen itu di dalam premis itu atau bekas dalam mana ia dijumpai dan adalah menjadi suatu kesalahan bagi seseorang yang tanpa kebenaran yang sah, memecah, mengganggu atau merosakkan