Fi
4. Seseorang yang membuat apa-apa akuan menurut kuasa Akta ini hendaklah membayar kepada pegawai atau Pesuruhjaya yang mengambil akuan itu apa-apa fi yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Sebutan dalam undang-undang persekutuan Sabah dan Sarawak mengenai undang-undang yang dimansuhkan
5. Apa-apa sebutan dalam mana-mana undang-undang persekutuan yang berkuat kuasa di Sabah mengenai Ordinan Akuan Berkanun Sabah [Bab 138] dan apa-apa sebutan dalam mana-mana undang-undang persekutuan yang berkuat kuasa di Sarawak mengenai Ordinan Akuan Berkanun Sarawak [Bab 52] atau mengenai Akta Akuan Berkanun 1835 [5 dan 6 Wm. IV, C. 62], United Kingdom, hendaklah disifatkan sebagai sebutan mengenai Akta ini.
Jadual
[Seksyen 2]
Dalam bahasa Melayu
BORANG AKUAN
Saya, dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengaku bahawa dan saya membuat akuan ini dengan kepercayaan bahawa akuan ini adalah benar, dan menurut kuasa peruntukan Akta Akuan Berkanun 1960.
Diperbuat dan dengan sesungguhnya diakui oleh yang tersebut namanya di atas di di dalam Negeri pada , 20. |
|
Di hadapan saya, (Tandatangan Hakim |