perkhidmatan yang boleh dimasuk kira bagi seseorang Ahli atau Anggota, semua tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira hendaklah diagregatkan.
Pencen bagi Ahli atau Anggota
2. (1) Seseorang yang berhenti menjadi Ahli atau Anggota boleh diberi pencen jika dia telah menyempurnakan tiga puluh enam bulan perkhidmatan yang boleh dimasuk kira:
Dengan syarat bahawa jika seseorang yang menjadi Ahli atau Anggota untuk pertama kalinya pada atau selepas 1 Julai 1990 berhenti menjadi Ahli atau Anggota apabila menyempurnakan tiga puluh enam bulan perkhidmatan yang boleh dimasuk kira tetapi masih belum mencapai umur lima puluh tahun pada tarikh dia berhenti menjadi Ahli atau Anggota, dia boleh diberi pencen hanya apabila dia kemudiannya mencapai umur lima puluh tahun.
(2) Pencen bulanan yang kena dibayar di bawah subperenggan (1) hendaklah dihitung mengikut formula yang berikut:
1/144 x tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira x gaji, tertakluk kepada maksimum sebanyak tiga per lima daripada gaji:
Dengan syarat bahawa pencen yang kena dibayar di bawah perenggan ini hendaklah atas asas gaji sehabis tinggi yang diterima oleh Ahli atau Anggota dalam apa jua tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira.
Dengan syarat selanjutnya bahawa apa-apa perkhidmatan yang boleh dimasuk kira dalam hal seseorang yang berhenti menjadi Ahli atau Anggota sama ada disebabkan kematian atau terbubarnya Parlimen atau disebabkan hilang kelayakan di bawah perenggan (a) Fasal (1) Perkara 48 Perlembagaan hendaklah, jika ia kurang daripada tiga puluh enam bulan, disifatkan sebagai tiga puluh enam bulan perkhidmatan yang boleh dimasuk kira.
(2A) Dalam hal seseorang yang menjadi Ahli atau Anggota untuk pertama kalinya pada atau selepas 1 Julai 1990 tetapi masih belum mencapai umur lima puluh tahun pada tarikh dia berhenti menjadi seorang Ahli atau Anggota, gaji yang pencen akan diberi di bawah subperenggan (2) hendaklah gaji akhir yang telah disemak sebelum pencen itu diberi kepadanya.
(3) Pencen yang diberi di bawah perenggan ini hendaklah diteruskan selama hayat orang yang kepadanya pencen itu kena dibayar tetapi tidaklah boleh dibayar bagi apa-apa tempoh dia menjadi Ahli atau Anggota lagi dan menerima gaji bagi jawatan itu: