Dengan syarat bahawa tempoh itu, tertakluk kepada subperenggan (1) dan (2), hendaklah diambil kira untuk menghitung pencen yang kena dibayar apabila dia sekali lagi berhenti menjadi Ahli atau Anggota.
(4) Dalam hal seseorang yang telah menjadi Ahli atau Anggota pada bila-bila masa pada atau selepas 31 Ogos 1957 dan masih hidup lagi, dia boleh diberi pencen di bawah subperenggan (1) dan (2) dari tarikh mula berkuatkuasanya Akta ini berasaskan gajinya yang diselaraskan dengan gaji Ahli atau Anggota sebagaimana sesuai dan mengikut peruntukan Jadual ini.
Peruntukan khas bagi Menteri, dsb., yang menjadi “back bencher”, dsb.
3. (1) Walau apa pun peruntukan subperenggan 2(3), seseorang Ahli atau Anggota yang tidak memegang jawatan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara atau Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, boleh dibayar pencen di bawah perenggan 2 jika dahulunya dia pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, atau Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat selama apa jua tempoh:
Dengan syarat bahawa jika dia terhenti menjadi Ahli atau Anggota dan pencen yang diterimanya kurang daripada pencen maksimum yang kena dibayar di bawah subperenggan 2(2), maka pencen itu bolehlah dihitung semula atas asas gaji yang diterimanya sebagai Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, atau Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan atas perkhidmatan yang boleh dimasuk kira yang hendaklah termasuk sekian lama tempoh dia berkhidmat sebagai Ahli atau Anggota, selain sebagai Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, supaya dia boleh menerima pencen sehabis maksimum yang mungkin kena dibayar di bawah subperenggan 2(2).
(2) Walau apa pun peruntukan subperenggan 2(2) −
- (a) dalam hal seseorang yang telah memegang jawatan Perdana Menteri dan jika tempoh perkhidmatannya yang boleh dimasuk kira ialah tiga puluh enam bulan atau kurang, pencen bulanan yang kena dibayar di bawah subperenggan 2(2) adalah suatu jumlah wang yang dikira berdasarkan tiga puluh enam bulan perkhidmatan yang boleh dimasuk kira atau tiga ribu ringgit, mengikut mana yang lebih besar; dan
- (b) dalam hal seseorang yang telah memegang jawatan Perdana Menteri dan jika tempoh perkhidmatannya yang boleh dimasuk kira lebih