Pergi ke kandungan

Wikisumber:Dasar keterhadan akses

Daripada Wikisumber
Dasar keterhadan akses

Jalan pintas:
WS:AP

Laman ini mengkanunkan akses terhad pada Wikisumber. Akses terhad merujuk kepada hak kumpulan pengguna yang tidak diberikan secara automatik oleh perisian (terutamanya akses kepada hak penyelia, birokrat, dan pemeriksa). Akses pemeriksa juga dikawal oleh dasar pemeriksa Yayasan Wikimedia.

Mendapat akses

[sunting]

Kesepakatan

[sunting]

Akses terhad ini boleh diberi selepas proses pengundian komuniti dilakukan untuk menentukan kesepakatan (konsensus). Penamaan calon yang diberi hak perlu juga menghurai mengapa calon tersebut memerlukan akses; sila lihat arkib pencalonan untuk pencalonan pada masa lalu.

Proses undian akan diadakan sekurang-kurangnya satu minggu. Walaupun mana-mana pengguna dialu-alukan untuk membincangkan mengenai pencalonan tersebut, undian daripada penyunting tegar mempunyai kepentingan yang jauh lebih tinggi berbanding penyunting biasa.

Birokrat pada akhir proses pengundian akan mengarkib perbincangan dan jika ada kesepakatan terhadap pemberian akses terhad tertentu maka akses tersebut akan diberikan kepada calon terlibat.

Penyelia sementara

[sunting]

Seorang pengguna boleh meminta untuk akses "penyelia" sementara untuk sebab-sebab tertentu (akses birokrat atau pemeriksa yang sementara tidak dibenarkan). Pencalonan untuk akses penyelia sementara ini juga melalui proses pengundian yang sama seperti yang diterangkan pada bahagian Kesepakatan sebelum ini. Jika dan hanya jika keadaan terdesak, birokrat wiki tempatan boleh memberikan akses penyelia serta-merta atas pertimbangan mereka. Pengguna yang diberikan akses tertentu tersebut kemudiannya boleh menjalankan hak dan tanggungjawab setakat akses apa yang diberi kepada mereka sahaja.

Pengelola

[sunting]

Pengelola boleh memberi mana-mana pengguna akses terhad sementara secara bebas. Walau bagaimanapun, mereka perlu juga melalui proses kesepakatan jika akses terhad tersebut perlu diberi secara kekal.

Kegunaan

[sunting]

Akses penyelia

[sunting]
  • Dasar sekatan.
  • Dasar penghapusan laman.
  • Dasar perlindungan laman.
  • Ciri rollback akan secara automatiknya membalikkan perubahan terkini seorang pengguna kepada suatu laman tertentu dengan ringkasan suntingan piawai "Suntingan oleh $2 (perbincangan) dikembalikan kepada semakan terdahulu oleh $1". Secara utamanya, alat ini wujud untuk memudahkan pembalikan suntingan berniat jahat. Walaupun secara teorinya ia boleh digunakan untuk membalikkan sebarang perubahan, ia mungkin akan lebih memburukkan keadaan pengguna yang terjejas, terutamanya apabila alat ini digunakan untuk membalikkan perubahan suntingan yang berasas walaupun penyelia terlibat tidak setuju dengan suntingan tersebut. Penyelia hendaklah mengelak daripada membalikkan suntingan yang berasas dalam apa jua keadaan, dan ciri rollback dilarang sama sekali untuk digunakan dalam perang sunting.

Akses pemeriksa

[sunting]

Akses pemeriksa mesti digunakan selaras dengan dasar pemeriksa Yayasan Wikimedia; maka pelanggaran dasar tersebut secara sengaja atau berulang kali akan menjadi alasan untuk akses pemeriksa tersebut dialih keluar dengan serta-merta. Semakan IP hanya boleh dilakukan jika terdapat bukti penyalahgunaan, atau menurut kehendak permohonan pengguna yang diperiksa. Pengelola boleh menggunakan akses pemeriksa di wiki ini sekiranya berlaku penyalahgunaan rentas wiki.

Pemeriksaan IP mestilah dilakukan sama ada:

  • dimohon (atau tertulis) secara terbuka pada papan kenyataan penyelia, atau
  • dilakukan secara peribadi untuk memastikan privasi, dengan sebuah catatan berserta justifikasi dihantar ke senarai checkuser-l untuk penyemakan justifikasi (perkara ini hanya perlu dilakukan apabila mesej awam akan memautkan penyumbang sah kepada alamat IP mereka atau kepada maklumat peribadi bukan awam yang lain).

Sebarang sekatan yang disebabkan oleh maklumat pemeriksa mesti memberikan justifikasi yang tepat sebanyak mungkin tanpa melanggar privasi (jika tiada justifikasi bermakna boleh didedahkan kepada umum, justifikasi hendaklah dihantar kepada senarai checkuser-l). Pengguna yang mempunyai kedudukan yang baik dalam kalangan komuniti harus dimaklumkan tentang sebarang permohonan pemeriksa awam dengan sebuah pesanan pada laman perbincangan mereka.

Akses pengawal

[sunting]

Penggunaan hak pengawal telah dikanunkan pada dasar pengawal.

Kehilangan akses

[sunting]

Pengguna aktif biasanya akan mengekalkan akses terhad tanpa sebarang halangan lanjutan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kes dengan pengguna terlibat mungkin kehilangan akses. Dalam semua kes di bawah, hanya pengguna tegar sahaja boleh mengundi. Namun, sesiapa pun bebas berbincang.

Undi percaya

[sunting]

Akses terhad bergantung pada sokongan berterusan daripada komuniti. Hal ini boleh ditentukan dengan mengadakan undi percaya yang melibatkan sokongan majoriti mudah (50%+1) terhadap pengekalan akses berterusan pada seseorang pengguna itu. Mana-mana pengguna boleh mencadangkan undi percaya, tetapi sekurang-kurangnya tiga pengguna tegar mesti menyokong keperluan adanya undi percaya tersebut sebelum sesi undi percaya dilakukan. Usulan undi percaya dibuat secara automatik satu tahun selepas usulan cadangan berjadual lalu (berkenaan semua akses terhad). Jadual penuh usulan mengundi tersedia pada laman penyelia.

Sekiranya terdapat kes usulan undi percaya yang dilakukan secara tidak berjadual, pengguna tersebut tidak boleh menggunakan akses terhad untuk sebarang tindakan bukan remeh pada bila-bila masa sehingga undian ditutup. Seorang birokrat akhirnya akan mengarkibkan perbincangan dan, jika keputusan telah dibuat, birokrat tersebut boleh meminta pengalihan keluar akses terhad melalui pengelola.

Ketidakgiatan

[sunting]

Penciptaan akaun lalu menjadi aktif untuk tempoh masa tertentu lalu menjadi tidak aktif merupakan pola yang biasa berlaku pada sesebuah wiki. Walaupun hal ini dijangkakan kerana sifat tapak ini, akaun dengan akses terhad tidak boleh dibiarkan tanpa pengawasan untuk jangka masa yang panjang. Pengguna yang kembali selepas rehat dalam jangka masa yang lama mungkin sudah tidak mengetahui perkembangan dasar atau amalan lazim pada sesebuah komuniti wiki, dan hal ini sudah tentu tidak boleh berlaku pada seseorang penyelia. Akaun tidak aktif juga lebih terdedah dengan rampasan akaun, dan keterjejasan akaun ini mungkin sukar untuk dikesan jika pengguna asal tidak lagi melog masuk untuk melihat suntingan yang tidak dilakukan oleh mereka sendiri. Tambahan pula, senarai pengguna yang mempunyai akses terhad hendaklah hanya mengandungi mereka yang mampu menjawab pertanyaan dalam tempoh masa yang munasabah.

Di Wikisumber, seorang penyelia yang tidak aktif biasanya akan dilucutkan haknya. "Penyelia tidak aktif" merujuk kepada seseorang yang tidak menyunting sepanjang enam bulan lalu dan tidak membuat lebih daripada 50 suntingan sepanjang tahun lepas. Pengguna tidak aktif secara automatik kehilangan akses terhad mereka pada sesi pengesahan pengundian berjadual akan datang melainkan terdapat komuniti yang menyokong akses berterusan itu. Mana-mana pengguna yang telah kehilangan akses kerana tidak aktif boleh memohon semula melalui proses biasa.

Kecemasan

[sunting]

Dalam keadaan yang genting, seorang birokrat boleh dengan segeranya mengalih keluar akses terhad seseorang pengguna melalui permohonan kepada pengelola. Pengelola mungkin menganggap hal ini sementara sehingga keputusan komuniti dibuat. Hal ini hanya boleh dilakukan jika birokrat tersebut menilai bahawa pengguna yang mempunyai akses terhad itu bertindak jahat atau sangat tidak mampu untuk meneruskan penggunaan haknya dengan betul. Undian untuk akses berterusan oleh pengguna tersebut perlu dimulakan secara automatik untuk mengesahkan atau membatalkan keputusan birokrat.

Birokrat tidak sepatutnya menghukum dalam apa cara sekalipun untuk tindakan ini, melainkan mereka dibuktikan bertindak dengan niat jahat.

Kes khusus

[sunting]
  • Permohonan: Mana-mana pengguna boleh meminta untuk mengalih keluar akses terhad yang mereka sendiri ada. Sekiranya mereka ingin mendapatkan semula akses itu pada masa akan datang, mereka harus melalui proses kesepakatan biasa yang telah diterangkan pada bahagian "Mendapat akses" sebelum ini.
  • Kepenyeliaan sementara: Seorang pengguna yang diberi akses penyelia sementara harus mengalih keluar hak aksesnya apabila dia telah menyelesaikan tugas yang dinyatakan. Pengguna tersebut kemudiannya boleh meminta akses kekal melalui proses biasa. Walau bagaimanapun, mereka tidak boleh meminta akses kekal semasa mereka masih mempunyai akses sementara.