Pergi ke kandungan

Wikisumber:Apa itu Wikisumber?

Daripada Wikisumber
Apa itu Wikisumber?

Jalan pintas:
WS:WIW

Laman ini menyediakan lakaran umum berkenaan apa itu Wikisumber, serta menerangkan dasar berkaitan dan lain-lain perkara. Laman ini bagus untuk rujukan pada peringkat permulaan tetapi tidak sepatutnya digunakan untuk mencari maklumat khusus. Jika ingin mencari akan maklumat selanjutnya, sila lihat Indeks.

WikisumberSebuah Perpustakaan Bebas – merupakan sebuah projek Yayasan Wikimedia yang bertujuan untuk mencipta sebuah pustaka kandungan bebas dalam talian yang sentiasa berkembang bilangan naskhah sumbernya, serta penterjemahan naskhah sumber dari mana-mana bahasa.

Laman ini cuba untuk mentakrifkan apa yang berkaitan dengan Wikisumber, apa yang bukan, dan apa yang membezakannya daripada projek-projek Wikimedia lain. Penerangan pada laman ini agak ringkas, tetapi mengandungi pautan ke laman dasar yang lebih terperinci. Perbincangan dasar-dasar tersebut hendaklah dilakukan pada laman perbincangan dasar yang berkaitan.

Sejarah[sunting]

Wikisumber (bahasa Inggeris: Wikisource) – pada asalnya dikenali sebagai Project Sourceberg merupakan nama projek berinspirasikan Project Gutenberg – bermula pada November 2003, berfungsi sebagai koleksi naskhah sokongan untuk rencana di Wikipedia. Projek ini berkembang dengan pesat sehingga mencapai sejumlah 20,000 unit naskhah dalam pelbagai bahasa menjelang 18 Mei 2005.

Pada sekitar Ogos dan September 2005, Wikisumber berpindah ke pelbagai subdomain untuk pelbagai bahasa yang berbeza.

Untuk maklumat lanjut berkenaan sejarah penubuhan dan perkembangan Wikisumber, sila lihat:

Apa yang boleh atau tidak boleh dimasukkan di Wikisumber?[sunting]

Jalan pintas:
WS:IO

Beberapa kandungan yang boleh dimasukkan di sini termasuklah:

  1. Naskhah sumber yang sebelum ini diterbitkan oleh mana-mana pengarang
  2. Terjemahan naskhah asal
  3. Dokumen bersejarah yang berkaitan dengan kepentingan nasional atau antarabangsa
  4. Bibliografi pengarang yang karyanya telah wujud di Wikisumber

Namun sudah tentulah sumbangan di wiki ini tidak terhad kepada senarai ini sahaja.

Beberapa kriteria asas untuk naskhah dikecualikan daripada Wikisumber adalah seperti berikut:

  1. Pencabulan hak cipta
  2. Penulisan asal oleh penyunting di wiki ini
  3. Data, formula dan rajah matematik
  4. Kod sumber (untuk komputer)
  5. Data sumber statistik (seperti keputusan pengundian)

Apa yang tersenarai di atas adalah kriteria yang paling asas dan jelas untuk kandungan naskhah dikecualikan daripada Wikisumber. Mungkin terdapat juga perkara lain yang dikecualikan bergantung pada dasar dan kelaziman Wikisumber.

Untuk maklumat lanjut, sila lihat:

Kandungan Wikisumber Bahasa Melayu[sunting]

Wikisumber merupakan sebuah projek berbilang bahasa. Naskhah dan terjemahan naskhah kesemua bahasa dialu-alukan pada subdomain yang sesuai dan secara amnya di laman wiki berbilang bahasa wikisource.org.

Namun, laman Wikisumber Bahasa Melayu ini mengutamakan:

  • Naskhah sumber yang sememangnya dalam bahasa Melayu (yang termasuklah naskhah bahasa Melayu Kuno, kesemua naskhah bahasa Melayu Klasik yang bertulisan Jawi, dan sebahagian naskhah bahasa Melayu Moden bertulisan Rumi)
  • Terjemahan naskhah sumber bahasa lain ke dalam bahasa Melayu.
  • Sumber selari dengan terjemahannya ke dalam bahasa Melayu.
  • Segala naskhah linguistik berbahasa asing yang secara khusus membincangkan tentang bahasa Melayu.

Pemautan dan pengklasifikasian naskhah serta terjemahannya merupakan tugasan penting di Wikisumber Bahasa Melayu ini supaya kandungannya mudah dicapai oleh semua orang.

Untuk maklumat lanjut berkenaan bahasa serta terjemahan, sila lihat:

Wikisumber dan projek Wikimedia lain[sunting]

Wikisumber ke Wikibuku?[sunting]

Perbezaan antara kedua-dua projek ini agak mudah.

  • Wikisumber memberi tumpuan kepada bahan yang telah diterbitkan di tempat lain. Wikisumber boleh dianggap sebagai sebuah perpustakaan karya yang sama ada dalam domain awam atau dilesenkan secara bebas.
  • Wikibuku pula merupakan bahan pengajaran yang ditulis oleh penyumbang itu sendiri (contohnya: panduan pembelajaran, buku teks kelas, dan teks beranotasi untuk kegunaan kelas).

Sejauh mana anotasi naskhah sumber merupakan sesuatu yang samar, dengan terdapat pertindanan yang dibenarkan antara Wikisumber dan Wikibuku. Untuk garis panduan berkenaan hal ini, sila lihat laman maklumat berkenaan topik tersebut pada kedua-dua projek:

Wikisumber ke Wikipedia?[sunting]

Wikipedia ialah sebuah ensiklopedia, manakala Wikisumber merupakan sebuah perpustakaan. Wikipedia mengandungi rencana berkenaan sesebuah buku, manakala Wikisumber mengandungi kandungan buku itu sendiri. Sehingga ke tahap tertentu kedua-duanya mungkin termasuk bahan bibliografi yang berkenaan pengarang.

Melindungi laman[sunting]

Laman-laman wiki pada kebanyakan projek Wikimedia direka khas untuk berubah-ubah selama-lamanya. Contoh yang paling biasa ialah rencana-rencana di Wikipedia atau panduan-panduan pembelajaran di Wikibuku.

Namun berlainan dengan projek-projek Wikimedia lain, Wikisumber merupakan sebuah perpustakaan naskhah yang sudah diterbit dengan kandungan yang tidak berubah. Dalam kebanyakan kes, naskhah yang ada di Wikisumber ini tidak dimaksudkan untuk diubah atau dikembangkan, dan sebarang perubahan terhadap kandungannya akan merosakkan keutuhan kandungan naskhah asal! Makanya, Wikisumber telah menerapkan dasar untuk mengekalkan kualiti naskhah dan "melindungi" laman tersebut daripada sebarang suntingan lanjutan apabila laman naskhah tersebut dianggap telah diformat dengan betul dan bebas daripada ralat. Sebarang komen tentang perubahan mahupun pembetulan kandungan yang diperlukan sentiasa boleh dilakukan pada laman perbincangan naskhah tersebut, dan jika perlu laman naskhah yang telah dibincangkan itu boleh dinyahlindungkan.

Dari aspek ini, Wikisumber adalah seakan dengan Wikiberita yang "melindungi" laman-laman berita dalam arkib berita untuk keutuhan kandungan bersejarah.

Untuk maklumat lanjut, sila lihat:

Pandangan berkecuali[sunting]

Pandangan berkecuali merupakan sebuah dasar utama yang diikuti oleh kebanyakan tetapi bukan semua projek Wikimedia. Pandangan berkecuali di Wikisumber bermaksud penghasilan semula kandungan naskhah asal dengan setepat mungkin pada masa yang sama naskhah asal diberi penghargaan, tanpa penyunting meletakkan penekanan mereka pada sesetengah bahagian naskhah atau menghasil semula sesetengah bahagian naskhah tersebut

Tidak ada keperluan untuk naskhah asal untuk mempunyai pandangan berkecuali, malah hakikatnya kesemua naskhah asli yang ada di sini mempunyai pandangan berat sebelah dalam pelbagai bentuk penulisan secara tersurat mahupun secara tersirat. Dalam hal ini, penyunting seharusnya mengekalkan kandungan asal naskhah tersebut walaupun naskhah itu mengandungi kenyataan yang salah atau meragukan. Sebarang bentuk pembetulan kenyataan yang sudah sedia ada terkandung dalam naskhah tersebut oleh mana-mana penyunting sebenarnya sudah bertentangan dengan takrifan "pandangan berkecuali" Wikisumber.

Namun, sebarang bahan pengenalan atau keterangan terhadap naskhah karya (contoh di bahagian "Catatan" sewaktu menyunting ruang nama "Indeks:") perlulah sentiasa ditulis dengan pandangan berkecuali oleh para penyunting di sini.

Hak cipta[sunting]

Undang-undang hak cipta terpakai pada Wikisumber sebagaimana pada projek Wikimedia lain, maka hal ini mesti sentiasa diingati.

Untuk mengetahui tentang dasar hak cipta di Wikisumber secara lanjut, sila lihat:

Lihat juga[sunting]