Pergi ke kandungan

Triti Persahabatan Dan Kerjasama Di Asia Tenggara

Daripada Wikisumber
Triti Persahabatan Dan Kerjasama Di Asia Tenggara (1976)
dikarang oleh ASEAN
2831Triti Persahabatan Dan Kerjasama Di Asia Tenggara1976ASEAN

TRITI PERSAHABATAN DAN KERJASAMA DI ASIA TENGGARA
______________

PENDAHULUAN

Pihak-pihak Berjanji Tertinggi:

Sedar tentang pertalian sejarah, ilmu alam dan kebudayaan yang sedia ada dan yang telah mengeratkan hubungan antara rakyat-rakyat mereka;

Ingin memajukan keamanan dan kestabilan wilayah dengan tetap menghormati keadilan dan kaedah-kaedah undang-undang dan mengukuhkan lagi perpaduan wilayah dalam perhubungan mereka;

Berhasrat menghukuhkan keamanan, mengeratkan lagi persahabatan dan menambahkan lagi kerjasama mengenai perkara-perkara yang menyentuh Asia Tenggara selaras dengan semangat dan prinsip Piagam Bangsa-bangsa Bersatu, Sepuluh Prinsip yang diterima oleh Persidangan Asia-Afrika di Bandung pada 25hb April 1955, Perisytiharan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara yang ditandatangani di Bangkok pada 8hb Ogos 1967,dan Perisytiharan yang ditandatangani di Kuala Lumpur pada 27hb November 1971;

Yakin bahawa penyelesaian perselisihan atau pertikaian antara negara-negara mereka hendaklah diperaturkan oleh acara-acara yang waras, berkesan dan longgar secukupnya, dengan mengelak sikap négatif yang mungkin membahayakan atau menghalangi kerjasama;

Percaya kepada perlunya bekerjasama dengan semua negara-negara yang mencintai damai, di dalam dan di luar Asia Tenggara, pada mengembangkan keamanan, kestabilan dan kesentosaan dunia;

Sesunggohnya bersetuju membuat suatu Triti Persahabatan dan Kerjasama seperti berikut:

BAB I. MAKSUD DAN PRINSIP

Perkara 1. Tujuan Triti ini ialah untuk memajukan keamanan abadi, persahabatan dan kerjasama yang berkekalan di kalangan rakyat-rakyat mereka dan yang akan menambahkan lagi kekuatan, perpaduan dan eratnya perhubungan mereka.

Perkara 2. Dalam perhubungan mereka antara satu dengan yang lain, Pihak-pihak Berjanji Tertinggi hendaklah dipadukan oleh prinsip-prinsip asas berikut:

a. Saling menghormati kemerdekaan, kedaulatan, persamaan, kesatuan wilayah dan keperibadian bangsa semua negara;

b. Hak tiap-tiap Negara untuk memimpin kehidupan bangsanya bebas daripada campurtangan, tindakan subversif atau paksaan dari luar;

c. Tidak campurtangan dalam hal-ehwal dalam negeri di antara mereka;

d. Penyelesaian perselisihan atau pertikaian dengan cara aman damai;

e. Menjauhkan diri dari mengancam atau menggunakan kekerasan;

f . Bekerjasama secara berkesan di antara mereka.

BAB II. PERSAHABATAN

Perkara 3. Pada menurut maksud Triti ini Pihak-pihak Berjanji Tertingg hendaklah berusaha memaju dan mengukuhkan lagi hubungan persahabatan turun temurun, kebudayaan dan sejarah, perasaan berbaik-baik antara tetangga dan kerjasama yang mengeratkan hubungan antara mereka dan hendaklah dengan penuh kepercayaan menunaikan tanggungan yang diterima di bawah Triti ini. Bagi memajukan persefahaman yang lebih rapat antara mereka, Pihak-pihak Berjanji Tertinggi hendaklah menggalakan dan memudahkan kontak dan perhubungan antara rakyat-rakyat mereka.

BAB III. KERJASAMA

Perkara 4. Pihak-pihak Berjanji Tertinggi hendaklah memajukan kerjasama yang aktib dalam bidang-bidang ekonomi, sosial, kebudayaan, teknik, sains dan pentadbiran serta juga dalam perkara-perkara ideal dan cita-cita bersama tentang keamanan dan kestabilan antarabangsa dalam kawasan ini dan dalam lain-lain perkara kepentingan bersama.

Perkara 5. Menurut Perkara 4 Pihak-pihak Berjanji Tertinggi hendaklah berusaha sedaya upaya secara beramai-ramai serta juga secara dua pihak dengan berasaskan persamaan, tidak memperbeda-bedakan dan faedah bersama.

Perkara 6. Pihak-pihak Berjanji Tertinggi hendaklah bantu-membantu bagi mencepatkan lagi perkembangan ekonomi dalam kawasan ini supaya dapat dikukuhkan asas bagi suatu masyarakat yang makmor dan aman di Asia Tenggara. Bagi maksud ini, mereka hendaklah memajukan penggunaan yang lebih banyak lagi pertanian dan perusahaan mereka, pengembangan perdagangan mereka dan mengelokkan lagi infra-struktur ekonomi bagi faedah bersama rakyat-rakyat mereka. Berkenaan dengan hal ini, mereka hendaklah berterusan mencari jalan bagi kerjasama yang rapat dan berfaedah dengan Negara-negara lain serta juga dengan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa dan kawasan di luar kawasan ini.

Perkara 7. Pihak-pihak Berjanji Tertinggi, untuk mencapai keadilan sosial dan meninggikan darjah hidup rakyat-rakyat dalam kawasan ini’ hendaklah menggiatkan lagi kerjasama ekonomi. Bagi maksud ini, mereka hendaklah menggunakan strateji kawasan yang sesuai bagi membangunkan ekonomi dan saling bantu-membantu

Perkara 8, Pihak-pihak Berjanji Tertinggi hendaklah berusaha untuk mencapai kerjasama serapat-rapatnya dalam bidang yang seluas-luasnya dan hendaklah berikhtiar untuk mengadakan bantuan kepada sesama mereka dalam bentuk kemudahan latihan dan penyelidikan dalam bidang-bidang sosial, kebudayaan, teknik, sains dan pentadbiran.

Perkara 9. Pihak-pihak Berjanji Tertinggi hendaklah berusaha untuk memupuk kerjasama pada memajukan keamanan, ketenteraman dan kestabilan dalam kawasan ini. Bagi maksud ini, Pihak-pihak Berjanji Tertinggi hendaklah senantiasa mengadakan hubungan dan rundingan antara mereka mengenai perkara-perkara antarabangsa dan kawasan dengan tujuan untuk menyatukan pendapat, tindakan dan polisi mereka. Laman:UN Treaty Series - vol 1025.pdf/320 Laman:UN Treaty Series - vol 1025.pdf/321

Karya ini berada dalam domain awam di Amerika Syarikat kerana merupakan edik pemerintah, sama ada tempatan atau luar negeri. Sila lihat § 313.6(C)(2) Ikhtisar II: Amalan Pejabat Hak Cipta. Dokumen-dokumen tersebut termasuklah "enakmen perundangan, keputusan kehakiman, peraturan pentadbiran, ordinan awam, atau jenis bahan undang-undang rasmi yang serupa" serta "mana-mana terjemahan yang disediakan oleh seorang kakitangan pemerintah yang bertindak dalam menjalankan tugas-tugas rasminya."

Ini tidak termasuk karya-karya Pertubuhan Negara-Negara Amerika, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, atau mana-mana agensi khusus PBB. Lihat Ikhtisar III § 313.6(C)(2) dan 17 U.S.C. 104(b)(5).


Suatu edik pemerintah Amerika mungkin masih mempunyai hak cipta di luar A.S. Amalan Pejabat Hak Cipta A.S. di atas tidak menghalang negeri atau kawasan A.S. daripada memegang hak cipta di luar negara, bergantung pada undang-undang dan peraturan hak cipta asing.

Public domainPublic domainfalsefalse

Karya ini adalah dalam domain awam di Malaysia kerana:

karya sastera tidak termasuk teks badan berkanun yang bersifat perundangan atau kawal selia secara alami, keputusan kehakiman, ucapan atau perbahasan politik, ucapan dalam prosiding undang-undang, dan terjemahan bahan-bahan yang disebutkan ini.

atau tempoh hak cipta 50 tahun tersebut telah luput untuk:

karya sastera, muzik atau seni dengan pengarang meninggal dunia sebelum tarikh 6 September 1974; atau jika tidak diterbitkan sebelum pengarang meninggal dunia, pertama kali diterbitkan sebelum tahun 1974; atau jika diterbitkan tanpa sebarang nama sebenar mahupun nama samaran, pertama kali diterbitkan atau pertama kali disediakan untuk paparan umum (yang terkini antara keduanya), sebelum tahun 1974.
rakaman suara yang mula diterbitkan sebelum tahun 1974; atau jika ia belum diterbitkan maka penetapan sebelum atau pada tahun 1974.
siaran yang mula dilakukan sebelum tahun 1974.
filem yang mula diterbitkan sebelum tahun 1974.

Public domainPublic domainfalsefalse