Pergi ke kandungan

Titah Hari Raya Aidilfitri Yang di-Pertuan Agong 2016

Daripada Wikisumber
Titah Hari Raya Aidilfitri Yang di-Pertuan Agong 2016  (2016) 
oleh Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
Dititahkan pada 5 Julai 2016

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Wa Lillahil Hamd.

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah Rabbil 'Alamin, Wabihi Nasta'in.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Beta mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyambutnya.

Ambillah kesempatan ini untuk kita ziarah-menziarahi antara satu sama lain. Eratkan hubungan silaturahim antara pelbagai kaum yang ada di Malaysia. Semoga negara kita akan terus aman dan makmur.

Salam Aidilfitri.

Sumber[sunting]