Pergi ke kandungan

Syair Sultan Maulana

Daripada Wikisumber
  1. Dengarkan tuan suatu madah

kisah baginda sultan di Kedah
negerinya ramai terlalu indah
isi negeri semuanya mudah.

  1. Ismu baginda Sultan Maulana

Ahmad Tajuldin gelar rancana
ibni Sultan Abdullah yang ghana
bangsa di atas takhta kencana.

  1. Akal baginda sangat sempurna

adil dan murah terlalu bermakna
masyur lempah anta permana
dikasih oleh mulia dan hina.

  1. Bangsawan muda sultan pestari

baik paras sukar dicahari
di dalam luruh seisi negeri
dengan baginda tiada seperi.

  1. Adinda baginda Sultan Muda

di bandar Perlis semayam baginda
di sana pun tempat paduka nenda
hulubalang pegawai semuanya ada.

  1. Masa kerajaan makota indera

kerjanya sehingga membaiki negara
diaturnya pula pekan pesara
ramai kembali seperti duara

  1. Baginda semyam di Kota Kuala

di kota nenda marhum yang 'ala
kota tanah diperbuatnya pula
lapis di luar mengadangkan bala.

  1. Baginda sangat bijak bistari

melayani segala kelengkapan negeri
lengkap dengan pegawai menteri
cukup seperti perintah bahari.

  1. Datuk Bendahara Panglima Negeri

letakan baginda marhum pestari
tetapi berida sangat pegari
tiada kuasa memerintahkah negeri.

  1. Kapitnya itu Datuk Maharaja

sahaja keturunan orang bekerja
Jabatan Bendahari ia mengerja
lagi dikasih sultan remaja.

  1. Karunia baginda nyata pegari

sebab hendak memelahara negeri
anaknya diambil dijadikan isteri
barang kehendak sekalian diberi.

  1. Segala pegawai hulubalang dan menteri

sekaliannya diserah sultan pestari
kepada Maharaja Menteri bestari
memerintah ganti Panglima Negeri.