Pelita Brunei/1957/4/1
KERAJAAN BRUNEI
DUA KALI SABULAN
DYMM SULTAN SANGAT SUKACHITA MENYAKSIKAN KEMAJUAN2 YANG DI-PEROLEHI
DULI YANG MAHA MULIA SULTAN, Sir Omar Ali Saifuddin, sangatlah sukachita menyaksikan kemajuan2 yang di-perolehi dalam lawatan Bag- inda pada hari Thalatha 19 March, 1957 ka-Masjid Pekan Brunei yang baharu dan ka-lain2 tempat yang sedang di-bina di-bawah Ranchangan Perkembangan Negeri.
Baginda telah melawat ka-tempat2 tersebut dengan di-iringi ol- eh Pemangku Pesuroh Jaya Perkembangan Negeri, Mr. R.H. Morris; Juru Iring kapada Baginda, Inche' Abbas bin Haji Ibrahim.
Duli Yang Maha Mulia mulai berangkat ka-Masjid Pekan Brunei yang baharu itu pada pukol 10.00 pagi hari tersebut dan satelah berada di-sana selama kira2 satu jam, maka Baginda pun berangkat ka-Kilanas kerana menyaksikan kemajuan2 yang di-perolehi berkena'an dengan pembina'an Parit2 dan Tali Ayer di-kawasan Sawah Padi dikil- anas yang di-bina di-bawah Ranchangan Perkembangan Negeri, kemudian Baginda pun berangkat ká-Batu 14, Jalan Tutong melihat pembina 'an jalan raya dan balek ka-Istana Darul-Hana kira2 pada pukol 12.30 tengah hari.
KERAJAAN BRUNEI MEMINJAMKAN $20,000,000 KAPADA KERAJAAN NEGERI SARAWAK
Majlis Mashuarat Negeri, dalam Persidangan-nya di-Lapau sadik- it hari dahulu telah berkenan membuat persetujuan hendak pinjaman wang hingga sabanyak $20,000,000 kapada Keraja'an Negeri Sarawak, menurut sebagaimana sharat2 pinjaman yang telah diberi ka- pada Keraja'an Borneo Utara dan juga kapada Keraja'an Persekutuan Tanah Melayu.
Bayaran bunga mengenai pinjaman tersebut ada-lah menurut harga pasar pada masa di-lakukan pinjaman itu, dan yang mana akan di-te- tapkan oleh Crown Agents Investment Department.
UNDANG-UNDANG TANAH
Dalam Persidangan Majlis Mashuarat Negeri tersebut, Duli Yang Maha Mulia Sultan, telah menerangkan bahawa dua orang Pakar2 Hal Ehwal Tanah dari luar negeri; iaitu Professor Z. Cowen d an Mr. P. Brett telah merangkakan sabuah Undang2 Tanah Yang Baharu. itu apabila siap akan di-kemukakan kapada Majlis Mashuarat pada masa akan datang. Duli Yang Maha Mulia Sultan juga menguchapkan terima kaseh dan tahniah dari Keraja'an Brunei kapada kedua2 beliau tersebut atas perkhidmatan2 mereka yang berharga terhadap negeri ini sebagaimana tersebut.
KEMASOKAN PENANAM2 SAYOR DARI LUAR NEGERI KA-BRUNEI
Majlis Mashuarat Negeri, dalam Persidangan tersebut antara lain2 telah bersetuju membenarkan perminta'an dari Sharikat Chun Yap untok membewa masok ka-dalam Negeri ini 20 orang Pekebun2 Sayor.
Tukang2 Kebun itu hendak-lah mempunyai surat2 akuan masok semula ka Negeri mereka yang asal. Mereka itu ada-lah di-benarkan tinggal di-Negeri ini selama satahun, pada kali yang pertama. Tanah yang akan di-gunakan oleh mereka itu ada-lah menurut sebagaimana sharat2 yang terkandong di-bawah Lisen Pekerja'an Samentara.
==============================================================
[sunting]PEGAWAI PERTANIAN NEGERI MELAWAT MALAYA
Pegawai Pertanian Negeri, Brunei Inche' Hamidoon bin Awang Damity telah berangkat ka-Singapura pada 1 March yang lalu bersama2 3 orang Peawai2 Pertanian Negeri Sarawak dan dari Singapura mereka telah berangkat ka-beberapa tempat di-Persekutuan Tanah Melayu.
Semasa berada di-Malaya, ke-empat2 Pegawai2 Pertanian tersebut telah melawat ka-Pejabat2 Pertanian, Pusat2 Penchuba'an Menanam Pohon2 Ge-tah yang kechil dan sebagai-nya di-Negeri 2 Johore, Malacca, Negeri Sem-bilan dan Selangor.
Sabelom balek ka-Borneo pada akhir bulan yang lalu, Pegawai2 Per- tanian itu telah melawat ka-Maktab Pertanian di-Serdang, Selangor dan bertemu dengan Pengarah Jabatan Pertanian, Persekutuan Tanah Melayu.
==============================================================
[sunting]PRESIDENT PHILIPINA TERBUNOH DALAM KEMALANGAN KAPAL TERBANG
President Philipina, Ramon Magsaysay telah mati terbunoh dalam se tu kemalangan kapal terbang yang dahshat bersama2 25 orang lagi pada pag 17 March, 1957 ketika kapal terbang itu sedang menuju dari Bandar Raya Cebu ka-Manila.
Bangkai kapal terbang tersebut telah di-jumpai pada hari itu juga di-sabuah Kampong bernama Barrio Tap Awan, tidak jauh dari Bandar Raya Cebu. Hanya sa-orang sahaja yang hidup dalam kemalangan tersebut, iaitu Mr. Nestor Mata, sa-orang Wartawan dari Akhbar Philippines Herald.
Samentara itu ada-lah di-beritakan dari Manila bahawa Carlos P. Garcia telah di-lantek menjadi President yang ke-empat, Negeri Philipin.
==============================================================
[sunting]JAWATAN KUASA PERKHIDMATAN AWAM
Duli Yang Maha Mulia Sultan dalam Majlis Mashuarat dengan suka- chita telah melantek orang2 yang di-bawah ini menjadi Ahli2 Jawatan Kus Perkhidmatan Awam ("Public Service Committee"):
Yang Berhormat Pehin Dato' Perdana Menteri Haji Ibrahim bin Mohd Jahfar, D.K., P.0.A.S., D.P.M.B., O.B.E., (Pengurusi); Yang, Teramat Mul Seri Paduka Duli Pengiran Pemancha, D.K., D.P.M.B., O.B.E.; Yang Ber- hormat Mr. E.W. Cousens; Yang Berhormat Pengiran Haji Mohd. Salleh bin Pengiran Haji Muhammad, D. P.M. B.; P.M. Yusuf A.R.; dan Yang Berhormat R.E. Hales, C.B.E.
PEMANDANGAN2 AKHBAR2 TEMPATAN
Berhubong dengan siaran2 kita pada 1 March dan 15 March yang lalu, kita telah menyiarkan hal ehwal mengenai Perishtiharan Duli Yang Maha Mu- lia Sultan Brunei mengenai perkara Meluaskan Chara Majlis Mashuarat Neg- eri. Oleh kerana Renchana 2 Pengarang Akhbar2 "The Borneo Bulletin" dan "The Sarawak Tribune" berkena'an hal tersebut sangat-lah elok di-ketahui oleh orang ramai, maka pada keluaran ini kita peturunkan petekan2 dari Renchana2 Pengarang itu untok tatapan sidang pembacha.
"The Borneo Bulletin", sabuah Akhbar Mingguan bahasa Inggeris di- chitak di-Kuala Belait, Brunei menyatakan bahawa langkah yang telah di- ambil oleh Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan untok meluaskan chara Majlis Mashuarat Negeri ini, tidak-lah shak lagi akan mendapat persetujuan dari kalangan pendudok2 yang suka melihat perkembangan kemasharakatan.
"Berlebeh2an lagi, chara2 yang baharu bagi meluaskan Perishtiharan Duli Yang Maha Mulia itu akan membawa Negeri Brunei ini arah kemajuan dalam Perlembaga 'an Negeri ini. Berbagai jenis tudohan telah pun di- tujukan terhadap Majlis Mashuarat Negeri ini atas alasan orang2 ramai idak-lah di-beri peluang untok memileh sabilangan daripada Ahli Majlis Mashuarat Negeri, sabaleknya, mulai dari sekarang ini, Ahli Majlis Mashuarat Luar Bandar dan Pedalaman Luar Bandar dapat-lah memileh bebe- rapa orang Wakil2 antara mereka pada julong2 kali dalam sejarah Negeri Brunei, daripada mana akan di-pileh orang2 yang akan di-lantek menjadi Ahli2 Majlis Mashuarat Negeri".
"Selanjutnya", tegas Akhbar itu, "Dengan ada-nya Majlis Mashuarat Negeri yang baharu itu, maka dapat-lah Ahli2 Majlis Mashuarat Negeri ini menyuarakan pada julong2 kali pengharapan2 dan kehendak2 orang ramai ya- ng tinggal di-sagenap Daerah mengenai hal ehwal Negeri Brunei, yang sa- kian lama telah di-jalankan dengan chara berlainan".
Mengenai chara2 lantekan baharu Ahli2 Majlis Mashuarat Negeri Bru- nei, Akhbar itu menyuarakan, bahawa Majlis Mashuarat Negeri ini, yang di- sifatkan sebagai "Kedai yang tertutop" sakian lama, akan menambahkan lagi 10 orang Ahli2 Yang Di-pileh. Ahli2 itu akan di-pileh oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan daripada sajumlah 22 orang chalon2 yang di-kemukakan oleh Majlis2 Mashuarat Daerah.
"Untok sabilangan orang", Demikian kata Akhbar itu, "Terutama sekali oleh "Puak Pembangkang" Negeri Brunei, iaitu Partai Rakyat - langkah yang akan dijalankan itu tidak-lah akan memadai. Partai itu berkehendak supaya kesemua Ahli2 Majlis Mashuarat Negeri ini di-pileh oleh orang ramai".
Dalam hal ini Akhbar Borneo Bulletin itu berpendapat, "Bahawa orang2 yang hendak mara dalam hal ehwal tersebut terlebeh dahulu daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan, tidak-lah boleh berhasil bagi menjalankan rancha- ngan mereka, kerana mengikut keada'an Negeri ini ada-lah lebeh baik lagi perkara tersebut di-jalankan selama 5 atau 6 tahun.
Dengan hal tersebut, dapat-lah Negeri ini mempunyai Ahli2 Majlis Mashuarat yang sudah terlateh dan juga yang akan dapat memberi perkhid- matan2 yang berharga terhadap sabuah Majlis Mashuarat Negeri "Yang Be- bas" pada masa akan datang kelak".
Saterusnya Akhbar Borneo Bulletin itu berkata, "Bahawa Partai Rakyat di-Negeri ini ada-lah sebagai "saorang kanak2 yang telah rosak dan nakal". Ia berkehendak menjalankan pentadbiran, kuasa, dan tempat dalam Majlis2 Mashuarat di-Negeri ini dengan tidak payah bekerja atau berlateh bagi menjalankan pekerja'an2 yang di-kehendaki itu; serta juga ia berkehendak memberi jawatan2 yang tinggi kapada orang2 yang tidak ber- kelayakan, atau tidak mempunyai persedia 'an bagi menjalankan tanggong jawab mereka". Akhbar itu mendapati, "Bahawa oleh kerana tidak ada o- rang2 yang berkelayakan bagi menjalankan jawatan2 tersebut dari kalangan
enai chara pentadbiran Majlis Mashuarat Negeri ini sudah-lah kena pada tempat-nya, dan Ranchangan itu akan juga membawa faedah yang besar ter- hadap Negeri ini pada masa hadapan".
"The Sarawak Tribune", Akhbar Harian bahasa Inggeris di-chitak di Kuching, Sarawak, ketika mengulas Perishtiharan Duli Yang Maha Mulia me- ngenai perkara tersebut, menegaskan bahawa Ranchangan Duli Yang Maha Mu- lia sebagaimana tersebut wajib-lah mendapat sambutan bukan sahaja oleh Warga Negara Brunei, bahkan oleh lain2 puak yang tinggal di-Negeri ini.
Akhbar itu mengingatkan bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan, dalam Majlis Mashuarat Negeri pada bulan February, 1956 telah bersetuju melu- luskan Undang2 Majlis 2 Mashuarat Tempatan Negeri Brunei, Tahun 1956 yang berdasar untok menubohkan Majlis2 Mashuarat Luar Bandar dan Pedalaman Lu- ar Bandar supaya dapat-lah di-jalankan kuasa2 Keraja'an Tempatan dengan sapenoh-nya, tetapi chadangan itu telah di-tolak oleh pendudok2 Negeri ini menerusi Wakil2 mereka.
Ketika membandingkan keada'an Majlis Mashuarat Negeri Brunei dan Sa- rawak, Akhbar itu berkata bahawa ranchangan baharu pentadbiran Majlis Mashuarat Negeri ini ada-lah berlainan chorak-nya daripada keada'an pen- tadbiran Majlis Mashuarat Negeri di-Sarawak.
Bagaimana pun, oleh kerana Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei suda pun mendapat kepujian sebagai sa-orang Yang Di-Pertuan yang bijak, maka tidak-lah sesiapa pun akan menafikan bahawa ranchangan Duli Yang Maha Mu- lia itu ada-lah untok memberi faedah dengan chara2 yang saberapa boleh mengenai peridaran Perlembaga 'an pentadbiran dalam Negeri ini. Meskipun begitu, ada-lah lebeh baik sakira-nya ranchangan yang baharu itu di-ja- lankan dengan perlahan2 pada masa orang ramai, terutama sekali pendudok2 tempatan belum-lah sanggup hendak menerima-nya.
Saterus-nya, Akhbar itu menyatakan bahawa berbagai2 perkara boleh berlaku dalam masa satahun, dan dalam masa itu juga pendudok2 di-Negeri ini telah enggan hendak mengambil bahagian dalam hal ehwal pentadbiran Kerajaan Tempatan. Maka harus-lah dalam masa itu, dengan mempunyai pengalaman2 mengenai keada'an kemasharakatan, pelajaran dan siasah, da- patlah mereka mengubah fikiran semula - perkara itu-lah yang sangat2 di-harapkan oleh orang2 yang mempunyai pengalaman2 yang luas.
Akhbar Sarawak Tribune, selanjutnya menyeru kapada pendudok2 di- Negeri Brunei supaya mereka buka-lah "Jubbah Kelalaian dan Kelengahan" mereka dan fikirkan-lah tanggong jawab mereka, bukan sahaja mengenai per- ubahan dalam hal ehwal diri sendiri, tetapi juga mengenai rakyat jelata pada masa hadapan.
Maka dengan mempunyai hal ehwal tanggong jawab sademikian, dapatlah mereka mengambil bahagian dalam hal ehwal Pentadbiran Negeri, dan dengan menjalankan pekerja'an mereka dengan sasunggoh-nya, dapat-lah ranchangan tersebut di-jalankan dengan sempurna.
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
PERADUAN MEMBACHA SAJAK DAPAT SAMBUTAN YANG HANGAT
Satu peristewa yang baharu telah di-chatitkan dalam upachara sambu tan Hari Ibu Bapa Sekolah2 Melayu Pekan Brunei samenjak beberapa tahun yang lalu, manakala pada julong2 kali dalam riwayat Sekolah2 tersebut satu Peraduan Membacha Sajak telah di-langsongkan di-halaman Sekolah Me- layu Sultan Mohammed Jamalul-Alam, Pekan Brunei pada malam 3 March yang lalu.
Oleh kerana ramai bilangan pemuda2 yang telah mengambil bahagian, maka Peraduan Pemilehan telah di-adakan beberapa malam terlebeh dahulu di-Dewan Pejabat Penerangan Keraja'an Brunei.
Delapan orang telah masok bertanding dalam Peraduan Akhir. 4 orang
gan bacha'an "Bunga Pupi"; sa-orang telah membawa peringatan para penunt- n menuju "Ka-Makam Bonda"; dan sa-orang lagi telah membacha Sajak yang bersemangat "Wanita Sedar".
Empat orang ahli2 Kesusastera'an yang terkenal di-Negeri ini telah menghakimkan Peraduan Akhir Membacha Sajak itu.
A. W. Mohammad dengan bacha'an Sajak "Bonda yang telah pergi", telah di-hakimkan sebagai Johan Peraduan itu. Gelaran Naib Johan di-menangi oleh Md. Husain Razak; bacha'an Sajak Bonda yang telah pergi juga dan di- turut oleh Pengiran Damit bin Pengiran Sunggoh yang telah membacha Sajak "Bunga Pupi".
========================================================================
JAWATAN KUASA KEWANGAN
Duli Yang Maha Mulia Sultan dalam Majlis Mashuarat dengan sukachita telah melantek orang2 yang berikut menjadi Ahli Jawatan Kuasa Kewangan Negeri ini bagi tahun 1957:-
Penyimpan Khazanah Negeri (Pengurusi ahli rasmi); Yang Teramat Mu. lia Seri Paduka Duli Pengiran Pemancha; P.M. Yusuf A.R.; dan Pehin Dato' Perdana Menteri Haji Ibrahim bin Mohd. Jahfar.
=============================================================
[sunting]JAWATAN KUASA PENSION NEGERI
Duli Yang Maha Mulia Sultan dalam Majlis Mashuarat dengan sukachita telah melantek orang2 yang berikut menjadi Ahli2 Jawatan Kuasa Pension Negeri:-
Yang Teramat Mulia Seri Paduka Duli Pengiran Pemancha (Pengurusi); Yang Teramat Mulia Seri Paduka Duli Pengiran Bendahara; Pengiran Haji Mohd. Salleh; dan Pehin Laksamana Awang Haji Mohd. Taha.
=============================================================
[sunting]AHLI 2 BAHARU M.T.L.A. BRUNEI
Yang Berhormat Tuan British Resident, dengan menggunakan kuatkuasa yang di-beri kapada-nya oleh bab 47 (1) (C) dari Undang2 Lalu Lintas Di- Jalan Raya, 1954 telah melantek beliau2 di-bawah ini untok menjadi Ahli: baharu, "Motor Transport Licensing Authority, Brunei".
Ahli Yang Rasmi: Penolong Resident, Kuala Belait.
Ahli2 Yang Bukan Rasmi: Mr. J.L. Winter, Admin: Manager, Brunei Shell Petroleum Company Limited, Seria; Pehin Orang Kaya Di-Gadong, Bru nei; Mr. George Newn Ah Foott, Brunei dan Orang Kaya Abang Bujang, Belai.
Tuan British Resident juga telah melantek Miss P. McLean sebagai Setia Usaha kapada Lembaga M. T.L.A. Brunei tersebut.
=============================================================
[sunting]PELAWAT UNTOK RUMAH SAKIT BELAIT
Che' Musnah binte Mohamed Yusuf telah di-lantek sebagai pelawat untok Rumah Sakit Keraja'an Kuala Belait menggantikan tempat Mrs. R. Ker-Lindsay.
LANTEKAN 2 BAHARU
Mr. R.H. Morris, Pegawai buat samentara menjalankan pekerja'an2 Po suroh Jaya Perkembangan, Brunei telah di-lantek menjadi Pengawas Penerb- angan Awam, Brunei mulai dari 25 February, 1957.
Mr. John Duclos telah di-lantek menjadi Station Manager, Brunei Broadcasting Service (Radio Brunei), mulai dari 1 March, 1957.
Mr. S. Gruiks telah di-lantek menjadi Pemereksa Kira2 Negeri, Brunei, mulai dari 6 March, 1957; dan mulai dari tarikh itu juga Mr. M. Glegg telah berhenti memegang jawatan Pemangku Pemereksa Kira2 Negeri.
===================================================
[sunting]BRUNEI SHELL PETROLEUM COMPANY LIMITED
MENGGANTIKAN
BRITISH MALAYAN PETROLEUM COMPANY LIMITED
Brunei Shell Petroleum Company Limited, iaitu sabuah Sharikat Gab- ungan Shell yang di-tubohkan dalam Negeri Brunei baharu2 ini telah menj- alankan perniaga'an-nya sendiri mulai pada 15 March, 1957 menggantikan The British Malayan Petroleum Company Limited.
Meskipun pemindahan kira2 perniaga'an dari B.M.P. Company Limited kapada B.S.P. Company Limited telah di-tetapkan pada awal January tahun ini, tetapi samenjak masa itu B.M.P. Company Limited telah menjalankan perniaga'an-nya sebagai Wakil bagi B.S.P. Company Limited samentara me- nunggu sharat2 dan peratoran2 yang bersangkut paut dengan Undang2 dapat di-selesaikan.
Pengarah2 B.S.P. Company Limited itu ada-lah sama saperti Pengarah2 B.M.P. Company Limited, iaitu Mr. R.E. Hales, C.B.E., (Managing Director), Mr. J.L. Winter, Mr. C.E. Thieband, Mr. C.N. Chater dan Mr. F.G. West.
Sharikat yang baharu ini ia-lah sabuah Sharikat yang di-daftarkan di-dalam Negeri Brunei di-bawah Undang2 Sharikat2 Brunei; manakala Shar- ikat B.M.P. pula telah di-daftarkan di-United Kingdom. Pada masa Undang2 yang baharu itu berjalan kuat kuasa-nya pada awal tahun ini, pehak yang berkena'an telah menetapkan untok menubohkan sabuah Sharikat yang di- daftarkan di-Negeri ini.
Saterus-nya pekerja'an2, tanggong jawab dan sebagai-nya yang dijal- ankan dahulu oleh Sharikat B.M. P. Company Limited yang pada masa ini telah di-jalankan oleh B.S.P. Company Limited ada-lah tetap tidak berubah.
Untok pengetahun awam huruf2 rengkas Brunei Shell Petroleum Company Limited, Seria yang telah di-tetapkan oleh pehak yang berkuasa Sharikat itu bagi di-gunakan untok mengirim surat dan menulis "Cheque" ia-lah "B.S.P. Co. Ltd.,"%; manakala alamat kawat kapada Sharikat itu ia-lah "Brunshell".
===================================================
[sunting]UNDANG2 PERJANJIAN DAN PERTOLONGAN KHAS
Penasehat Undang2, dengan persetujuan dari Duli Yang Maha Mulia Sultan, mengusulkan Undang2 Perjanjian (Tanah Melayu) Tahun 1950, dan Undang2 Pertolongan Khas (Tanah Melayu) Tahun 1950 dari Persekutuan Tanah Melayu yang telah di-gunakan dalam Negeri ini untok mensesuaikan Undang2 Kutipan Malaya yang akan di-chap dan di-siarkan dalam Undang2 Perjanjian 1957 dan Undang2 Pertolongan Khas, 1957.
JAWAPAN SO'ALAN2 PELITA BRUNEI KELUARAN TAHUN 2: NO. 3 DIMUKA 6
1. Al-Marhom Sultan Bulkiah di-kenali juga dengan satu nama yang lain, iaitu sebagai "NAKHODA RAGAM".
2. Makam Sultan Bulkiah letak-nya di-KOTA BATU, Brunei.
3. SIR ROBERT SCOTT ia-lah Pesuroh Jaya Agong Tenggara Asia sekarang.
4. Perdana Menteri Keraja'an Inggeris pada masa ini ia-lah MR. HAROLD MACMILLAN. Beliau di-lantek menyandang gelaran itu pada 14 JANU- ARY, 1957.
5. Sabuah Kapal Perang Tentera Laut Di-Raja British yang telah menj- alankan pekerja'an mengukor dalam-nya perayaran2 di-perlabohan2 dan di-kawasan Pantai Brunei pada tahun 1956. Nama Kapal Perang itu ia-lah H. M.S. DAMPIER.
(a) COMMANDANT DUBOC, sabuah Kapal Perang Peranchis, di-ketuai oleh Captain Dopler telah melawat ka-Negeri ini pada tahun yang lalu.
6. Guru2, Murid2 Sekolah, dan Pegawai2 Keraja'an Brunei yang sedang belajar di-England dan di-Australia berjumlah seramai 16 orang sa- perti berikut:-
England: Inche' Md. Jamil bin Omar, Pengiran Hidup bin Pengiran Hashim, Inche' Isa bin Haji Ibrahim, Inche' Kifli bin Bujang, Inche' Nawah bin Haniffah, Inche Abdul Rahim bin Latif, Awangku Ismail bin Pengiran Mahmood, Inche' Talib bin Darwish, Inche' Johar bin Noordin, Inche' Sunni bin Idris, Mr. Andrew Fong dan Dr. J.K. Fozdar.
Australia: Awangku Idris bin Pengiran Kerma Indera, Inche' Abdul Hamid bin Ja'afar, Mr. Michael Chong, dan Mr. Anthony Chin.
SO'ALAN2 YANG BAHARU
1. Siapa-kah Penasehat Pelajaran kapada Setia Usaha Jajahan Ta'lok British yang telah melawat ka-Negeri Brunei sadikit hari dahulu ?
2. Sa-orang Menteri Pelajaran dari luar negeri telah tiba di-Brunei pada tahun 1956 sebagai tetamu kapada DYMM Sultan pada masa di-langsongkan upachara2 sambutan Hari Jadi Baginda. Siapa-kah Menteri Pelajaran itu ?
3. Apa-kah nama Gunong yang tinggi sekali di-kawasan Borneo British ? Di-mana-kah letak-nya gunong itu, dan berapa-kah tinggi-nya ?
4. Apa-kah nama dan di-mana-kah letak-nya Maktab Perguruan Perempuan2 Melayu di-Borneo Utara ?
5. Kerajaan Brunei telah menghantarkan Guru2 dari Brunei untok ber- lateh di-Persekutuan Tanah Melayu samenjak beberapa tahun yang lalu. Sebutkan nama 2 Maktab2 Perguruan Lelaki dan Perempuan sademikian.
6. Yang mana benar? Ibu Kota Borneo Utara pada masa sabelom berlaku Peperangan Asia Raya ia-lah: (a) Labuan (b) Kudat (c) Jesselton (a) Sandakan (e) Tawau.
(Segala Jawapan2 tersebut akan di-siarkan dalam Pelita Brunei pada keluaran akan datang).
========================== PANCHARAN RADIO BRUNEI
Radio Brunei akan mulai memancharkan pemancharan-nya pada malam hari Ithnin 15 April, 1957 mengikut sebagaimana ranchangan yang telah di-ator melalui gelombang sederhana 242.1 metre band, atau 1240 Kilo- cycle.
Ranchangan ini ada-lah sebagai penchuba'an sahaja, dan untok meng- etahui sajauh mana dan sebaik mana pancharan Radio Brunei itu akan dapat di-terima oleh pendengar2-nya di-keliling kawasan 5 batu dari luar dan dari dalam kawasan Bandar Brunei ini. Pendengar2 ada-lah di-minta beker. jasama supaya memberi tahu pendapat2 mereka berhubong dengan pancharan Radio Brunei ini, sama ada yang di-dalam kawasan 5 batu atau yang di- luar-nya.
Ada-lah di-peringatkan kapada orang ramai bahawa pancharan Radio Brunei pada malam hari Ithnin 15 April akan datang bukan-lah sechara pembuka'an rasmi. Upachara pembuka'an rasmi itu akan di-langsongkan oleh Kabawah Duli Yang Maha Mulia Maulana Sultan pada satu masa yang akan di-beri tahu nanti.
Sahingga Radio Brunei mendapat perkakas 2 yang lengkap dan Pegawai2 nya yang chukop terlateh, di-antara-nya termasok-lah Pegawai2 yang ada sekarang ini, maka Radio Brunei akan meneruskan Perkhidmatan ini mengi sebagaimana ranchangan yang di-sebutkan di-bawah ini:
Malam hari Ahad: 7.30 - 8.30 Lagu2 Perminta'an. 8.30 - 8.45 Shar- ahan Kebudaya'an, 8.45 - 9.00 Warta Berita dalam Bahasa Melayu. 9.00 - 9.45 Siaran dalam Bahasa Inggeris. Malam hari Ithnin: 7.30-8.00 Had- rah Brunei. 8.00 - 8.30 Irama Baru. 8.30 - 8.45 (belom di-tetapkan). 8.45-9.00 Warta Berita dalam Bahasa Melayu. 9.00 - 9.45 Siaran dalam Bahasa Inggeris. Malam hari Thalatha: 7.30 - 8.00 Ranchangan Khas. 8.00 8.45 - 9.00 - 8.30 Lagu2 Keronchong. 8.30 - 8.45 (belom di-tetapkan). Warta Berita dalam Bahasa Melayu. 9.00-9.45 Siaran dalam Bahasa Ingg- eris. Malam hari Rabu: 7.30-8.00 Lagu2 Perminta'an. 8.00 - 8.30 Per- mainan dari Studio Radio Brunei. 8.30-8.45 Ranchangan Kaum Ibu. 8.45- 9.00 Warta Berita dalam Bahasa Melayu. 9.00 - 9.45 Siaran dalam Bahasa Inggeris. Malam hari Khamis: 7.30 - 8.00 Bacha'an Koran di-ikuti oleh Sharahan Ugama. 8.00 - 8.30 Lagu2 Asli. 8.30 - 8.45 Lagu2 Melayu Jati. 8.45-9.00 Warta Berita dalam Bahasa Melayu. 9.00 - 9.45 Siaran dalam Bahasa Inggeris. Malam hari Juma'at: 7.30 - 8.00 Ranchangan Kanak2 dan Hal Ehwal Dunia. 8.00-8.30 Lagu2 Perminta'an. 8.30 -8.45 Ranchangan Lawak. 8.45 - 9.00 Warta Berita dalam Bahasa Melayu. 9.00 - 9.45 Siaran dalam Bahasa Inggeris. Malam hari Sabtu: 7.30 - 8.00 Permainan dari Studio Radio Brunei. 8.00 - 8.30 Sandiwara Radio. 8.30 - 8.45 Sharahan 'Am. 8.45 - 9.00 Warta Berita dalam Bahasa Melayu, 9.00 - 9.45 Siaran de lam Bahasa Inggeris.
Untok pengetahuan orang ramai, mulai daripada malam hari Ithnin 1 April, 1957 Radio Brunei akan memperdengarkan berbagai2 jenis lagu seba- gai penchuba'an sahaja, mulai pada pukol 6.15 petang hingga pukol 8.00 malam, iaitu pada tiap2 malam hingga ka-malam hari Ahad 14 April. pada malam 15 April baharu-lah Radio Brunei akan mengikuti ranchangan sebagaimana tersebut di atas ini. Bagaimana pun, buat samentara, tidak- lah dapat pehak Radio Brunei menjamin yang ranchangan2 itu akan dapat di-ikuti menurut sebagaimana yang samesti-nya.
Samentara itu menurut satu kenyata'an yang terakhir sekali dari Pegawai 'Adat Istiadat, Ugama dan Kebajikan Negeri, Duli Yang Maha Mulia Sultan telah dengan sukachita melantek orang2 yang di-bawah ini menjadi Pemereksa2 Sharahan2 Ugama dan Bacha'an Koran Al-Karim bagi Radio Brunei Pengiran Haji Mohd. Salleh (Kathi Besar Negeri Brunei), Tuan Haji Othman bin Mohd. Sa'id, Pehin Tuan Imam Haji Md. Sa'at, Pehin Khatib Metali bin Awang Md. Yassin, dan Inche' Marzuki bin Haji Serat.
Barang siapa yang suka hendak bersharah mengenai Hal Ehwal Ugama, atau membacha Koran melalui Radio Brunei, sila-lah berutus dengan beliau tersebut melalui Kathi Besar Negeri Brunei. Keraja'an akan membayar kapada orang2 yang di-terima mengambil bahagian saperti berikut: Bachaan sekali menghebahkan $10.00 dalam 7 minit; manakala Sharahan Ugama sekal menghebahkan $20.00 dalam 21 minit.
/M. Yusta