Pergi ke kandungan

Pelita Brunei/1957/2/15

Daripada Wikisumber
4029Pelita Brunei, 1957, 2 — 1 July 1957
Tahun 2. No. 1
DITERBITKAN OLEH PEJABAT PENERANGAN
KERAJAAN BRUNEI
DUA KALI SABULAN
15 FEBRUARY, 1957.
Ranchangan Tali Ayer Mulaut:

PESUROH JAYA TINGGI BERASA BANGGA MELIHAT KEMAJUAN2 YANG DI-PEROLEHI

Tuan Yang Terutama Pesuroh Jaya Tinggi bagi Negeri Brunei, Sir Anthony Foster Abell, berasa bangga melihat kemajuan2 yang di-perolehi di-Pusat Penchuba'an Menanam Padi Basah dengan Jent- era di-Mulaut ketika beliau melawat ka-kawasan itu pada hari Ra- bu, 6 February, 1957, dengan di-iringkan oleh British Resident Brunei, Yang Berhormat Mr. J.O. Gilbert.

Di-antara orang2 yang turut bersama mengiringi Tuan roh Jaya Tinggi itu ia-lah Pesuroh Jaya Perkembangan Negeri, Mr. E.R. Bevington; Pegawai Kanan Jabatan Sukat Mr. M. Hurley; Mr.R. Inche' Ajamain H. Morris; Penolong Pegawai Penempatan Semula; bin Abdul Razak; Pegawai Pertanian Negeri, Inche' Hamidoon bin Awang Damit; Jurutera Tempatan Ranchangan Tali Ayer Mulaut, Mr. H. Venkatasubbhan; Ketua Kampong Mulaut, Dato' Setiawan Haji Tinggal dan lain2-nya.

Tuan Yang Terutama itu telah tiba di-Batu 7, Kilanas pada pukol 9.00 pagi dan satelah melihat peta2 kawasan2 yang di-jal- ankan Ranchangan Tali Ayer tersebut, beliau pun di-bawa parit2 yang sedang di-korek dengan jentera2 yang besar dan meli- hat buroh2 Melayu yang sedang sibok menjalankan pekerja'an mere- ka.

Dari Kilanas, Tuan Yang Terutama itu telah berangkat ka- Mulaut dengan Motor Car dan berada di-sana selama satu jam sate- ngah, dalam mana beliau telah berjalan di-kawasan bendang terse- but menyaksikan berbagai2 perkara, sambil bersoal jawab dengan Pegawai 2 Keraja'an yang bersangkut paut dalam Ranchangan Mulaut itu.

Ini-lah kali yang kedua Tuan Pesuroh Jaya Tinggi bagi Neg- eri Brunei melawat ka-kawasan Mulaut itu, manakala pada kali ya- dahulu ng pertama beliau telah melawat ka-kawasan itu satahun pada masa Ranchangan Mulaut itu baharu saha ja di-mulai.

Tuan Yang Terutama itu berasa bangga melihat kemajuan yang di-perolehi di-Mulaut, sambil menegaskan bahawa Ranchangan Mula- ut yang di-jalankan itu sa-umom-nya ada-lah satu pekerja'an yang berfaedah terhadap Negeri ini.

Beliau berharap bahawa pada masa akan datang lebeh ramai sawah padi yang luas itu.

Tuan Yang Terutama Pesuroh Jaya Tinggi Sir Anthony Foster Abell telah menghadziri satu majlis jamuan yang khas di-beri ol- eh D.Y.M.M. Sultan Brunei, Sir Omar Ali Saifuddin di-Istana Dar- ul-Hana pada malam hari Rabu, 6 February, dan berangkat balek ka Kuching dengan Kapal Terbang Malayan Airways pada pagi hari Kha- mis, 7 February, 1957.

                         *****************                                   -2-

5 ORANG JURURAWAT BRUNEI DI-PILEH UNTOK BERIATEH DI-SARAWAK DAN MALAYA

Kerajaan Negeri Brunei telah memileh 5 orang Jururawat2 dari Rumah Sakit Bandar Brunei untok memperolehi latehan khas di-Rumah2 Sakit di-Sarawak dan di-Persekutuan Tanah Melayu.

Empat orang di-antara Jururawat2 itu telah pun berangkat dari Bru- nei, manakala sa-orang lagi akan berangkat dari Negeri ini dalam masa per- tengahan bulan ini. Mereka itu ada-lah saperti berikut:-

Mr. Lim Poh Seng telah berangkat ka-Kuala Lumpur, Malaya pada 16 haribulan January, 1957 untok berlateh di-Institute of Medical Research di-sana sebagai sa-orang Laboratory Assistant selama 3 tahun.

Inche' Adinin bin Dato' Haji Ibrahim sa-orang Jururawat Gigi telah berangkat ka-Pulau Pinang pada 30 haribulan January, 1957 di-mana beliau akan berlateh di-Rumah Sakit Besar di-sana sebagai sa-orang Dental Techn- ician selama 2 tahun.

Inche' Sulaiman bin Ahmad telah berangkat ka-Kuching, Sarawak pada 31 haribulan January, 1957 untok berlateh sebagai Operating Theatre Assi stant di-Rumah Sakit Besar di-Kuching selama satahun.

Mr. E.V. Dharan telah berangkat juga ka-Kuching, Sarawak pada hari tersebut untok menerima latehan dalam Ilmu Jururawat selama satahun.

Sa-orang lagi Jururawat, Mr. Yong Hin Nan di-jangka akan berangkat ka-Kuala Lumpur, Malaya pada pertengahan bulan February ini untok berlate. sebagai sa-orang X'ray Assistant selama 18 bulan.

Ada-lah di-fahamkan daripada Pejabat Perubatan Negeri bahawa Mr.Stanley Cheong Fui Siong, sa-orang Inspector Kesihatan dalam la tehan, telahpun berangkat ka-Kuala Lumpur, Malaya pada 21 haribulan January, 1957 untok mendapat Tauliah dari Royal Institute of Health dan akan berada di-sana selama 9 bulan.


WAKIL2 PENGAKAP BRUNEI KA-PERKHEMAHAN PENGAKAP2 SA-DUNIA DI-UNITED KINGDOM

Satu persetujuan untok menghantarkan 2 orang Pengakap2 dari Bandar Brunei bagi menghadziri Perkhemahan Pengakap2 Sa-Dunia yang akan di-lang- songkan di-United Kingdom pada bulan August tahun ini telah di-luluskan dalam majlis Mashuarat Persekutuan Pengakap 2 Tempatan, Daerah Brunei bah- aru2 ini.

Ada-lah di-fahamkan bahawa Persekutuan Pengakap2 Daerah Kuala Bel- ait akan menghantarkan bebarapa orang Pengakap untok menghadziri Perkhem- ahan itu. Kedua2 Persekutuan itu akan mengadakan mashuarat mereka tidak berapa lama lagi untok menetapkan nama2 wakil2 dari Negeri ini ka-perkhe- nahan tersebut.

Perkhemahan itu akan di-adakan di-Daerah Sutton Coldfield, Englan kerana menyambut Ulang Tahun yang ka-100 tahun Persekutuan Pengakap2 Sutton Coldfield dan juga kerana menyambut hari jadi yang ka-100 Pengasa Pengakap2 Sa-Dunia Mendiang Lord Baden Powell.

Menurut satu puncha yang rasmi, Kabawah Duli Yang Maha Besar Bag- inda Queen Elizabeth II dan suami-nya Yang Teramat Mulia The Duke of Edinburgh ada-lah di-antara berpuloh2 ribu manusia yang akan melawat ka- temasha tersebut.

Kira2 34,000 Pengakap2 dari lebeh daripada 80 Negeri2 telah pun bersetuju menerima jemputan menghadziri perkhemahan tersebut; manakala di-antara Negeri2 dari Benua Asia dan di-Lautan Pacific yang akan meng- hantarkan wakil2 Pengakap mereka ia-lah Brunei; Sarawak; Borneo Utara; Malaya; Thailand; Burma; India;B Pakistan; Ceylon; Fiji; Philippines; Hongkong dan Jepan.

------------------

D.Y.M.M. SEMBAHYANG JUMA AT BERSAMA RAKYAT JELATA

Di-antara sap2 yang di-bawah ma'amum di-masjid Serasa, Jajahan ara, tawaduk menyembah Allah Subhanahu Wata'ala, di-imami oleh Imam A. hman, pada hari Juma'at 1 haribulan February, 1957 kelihatan diri Duli Yang Maha Mulia Sultan, sembahyang Juma'at menjadi ma'amum di-sana.

Satiap Juma'at Duli Yang Maha Mulia ada-lah kelihatan bersama2 rakyat-nya menjadi ma'amum di-salah sabuah masjid di-Bandar Brunei, sem- bahyang tiang Ugama, ada-lah surohan Allah Ta'ala yang ta'pernah di-lupa- kan baginda. Amalan ta'at pada surohan Allah Ta'ala itu bukan hanya di- lakukan baginda sendiri tetapi putera2 baginda juga ada-lah di-lateh menunaikan kewajipan menuntut ajaran Islam.


PENGAWAS PANCHARAGAM POLICE BRUNEI

Mr. R.E. House A.R.C.M., telah tiba di-Brunei dengan Kapal Terbang Malayan Airways dari Singapura pada hari Thalatha 29 haribulan January, 1957 untok berkhidmat sebagai Pengawas Pancharagam Police Brunei yang akan di-tubohkan sadikit hari lagi.

Beliau itu telah berkhidmat sebagai Ketua Pancharagam Pasokan Police Singapura dari tahun 1950 hingga ka-tahun 1956 dan sabelom dari tahun 1950 Mr. House telah berkhidmat sebagai Ketua Pancharagam Tentera di-Gold Coast, Afrika Barat; di-Eropah dan di-United Kingdom.

((Rule)) Persidangan Pemuda 2 Di-Hongkong:}}

4 ORANG DARI BRUNEI AKAN DI-PILEH MENGHADZIRI PERSIDANGAN ITU

{{inden teks|2em|Negeri Brunei akan menghantarkan 4 orang wakil2 untok menghadziri Persidangan Pemuda 2 yang akan di-langsongkan di-Hongkong pada penghujong-

an bulan November dan awal December tahun ini.}

}

Keputusan menghantarkan wakil2 dari Negeri ini ka-persidangan ter- sebut telah di-luluskan dalam satu mashuarat wakil2 Pergerakan Pemuda Se- luroh Brunei yang telah di-adakan di-Dewan Pejabat Penerangan di-Bandar Brunei baharu2 ini, yang di-hadziri oleh: Sister Eggleston (dari British Red Cross Society, Brunei Branch); Inche Ghani; Mrs. Fishenden (wakil da- ri Brunei District (Local) Boy Scout Association); Che'gu Abdullah bin Haji A. Bakar (dari Brunei Malay Teachers Association);B dan Mr. Wally Skinner (dari Brunei District (Local) Boy Scout Association) di-Pengurus- ikan oleh Pegawai Penerangan Negeri, P.M. Yusuf A.R.

Pengurusi majlis itu, yang juga telah menghadziri Persidangan Pemuda 2 Commonwealth di-Missendan Abbey, England sebagai wakil Tunggal dari Negeri Brunei pada bulan July tahun yang lalu, telah menerangkan dengan kemas tentang shur2 dan berbagai2 perkara mengenai persidangan itu dalam mana beliau tegaskan bahawa salepas di-adakan Persidangan Pemuda di-England itu, wajib-lah Daerah2 dalam lengkongan Commonwealth mengada- kan Persidangan di-antara Pergerakan2 Pemuda dalam tiap2 buah Daerah unt- ok merapatkan perpaduan mereka.

Salanjut-nya P.M. Yusuf menyatakan bahawa beliau telah menerima sapuchok surat dari Pengurusi Jawatan Kuasa Tadbir Persidangan Pemuda2, di-Hongkong menjemput Negeri ini menghantarkan 4 orang wakil2, mengando- ngi 3 orang wakil2 dari Pergerakan Pemuda dan sa-orang wakil Keraja'an ka-Persidangan di-Hongkong itu.

Keraja'an Hongkong, kata-nya, telah bersedia hendak memberi tem- pat tinggal dan makan dengan perchuma kapada wakil2 dari Negeri ini pada masa mereka menghadziri Persidangan tersebut.

/Mashuarat itu telah ...

Mashuarat itu telah bersetuju bahawa Pemuda2 yang akan di-pileh mewakili Negeri ini ka-Persidangan itu hendak-lah bijak dalam bahasa Inggeris. Mereka hendak-lah berumor lebeh daripada 17 tahun dan memp- unyai pengalaman yang luas mengenai hal ehwal Pergerakan Pemuda dalam Negeri ini.

Wakil2 tersebut telah mengemukakan bebarapa banyak nama chalon2 dan daripada bilangan itu hanya 4 orang sahaja akan di-pileh oleh Yang Berhormat Tuan British Resident.


Meninjau Ka-Tasek Merimbun:

{{garis bawah|

RANCHANGAN BAHARU PERSEKUTUAN PENGEMBARA 2 SOAS COLLEGE BERHASIL

Persekutuan Pengembara 2 Sultan Omar Ali Saifuddin College, Bandar Brunei telah menjalankan ranchangan-nya yang baharu pada awal bulan January tahun ini, iaitu mengembara ka-Tasek Merimbun, letak-nya di-kaw- asan Sungai Tutong dengan beroleh hasil yang baik sa telah menjalankan penyedia an2 samenjak bebarapa bulan yang lalu dengan mendapat kerjasa dari pehak Jabatan2 Pelajaran dan Sukat serta dengan bantuan oleh Ketua Merimbun bersama2 anak2 buah kampong-nya.

Ini-lah kali yang kedua Persekutuan itu menjalankan pengembara'an- nya di-kawasan2 jauh dari Bandar Brunei. Pada kali yang pertama Persek- utuan itu telah mengembara di-kawasan2 Sungai Temburong pada awal tahun yang lalu.

Di-antara perkara2 yang di-jalankan oleh ahli2 Persekutuan ter- sebut dalam ranchangan-nya yang baharu itu ia-lah menyediakan peta2 dari Tasek Merimbun ka-Sungai Tutong; mengutip benda2 yang mustahak di-lihat oleh orang2 ramai dan sebagai-nya.

Rombongan yang pertama dari Persekutuan itu telah berangkat dari Sultan Omar Ali Saifuddin College pada pagi hari Thalatha 1 January, 1957 ka-Tutong melalui jalan raya. Dari Tutong mereka berangkat ka-tempat yang di-tuju dengan menggunakan bebarapa buah Perahu2 Motor Sangkut yang di-perbuat oleh mereka sendiri, dan tiba di-tempat itu pada lewat petang tersebut.

Satelah tiba, ahli2 rombongan yang pertama menyediakan khemah ser- ta lain2-nya;B dan bersama2 rombongan yang kedua yang tiba pada ke-esokan hari mereka terus mara kahadapan menjalankan ranchangan mereka dan tiba di-Bandar Brunei pada masa yang telah di-jadualkan.

"Pengembara 2" tersebut ada-lah mengandongi: Mr. L.A. Bradshaw (Pengetua Sultan Omar Ali Saifuddin College); Mr. R. Fishenden; Mr. M. McInnes; Mr. P. Adamson%; Mr. Poh Soo Jin; Mr. Max Chen; Md. Ali Daud; Abdul Aziz Umar; Awangku Sharifuddin; Sarbini M. Taha; Jalil Marsal; Hus- ain Daud; Awangku Hassan bin Pengiran Mohd. Yassin; Awangku Ahmad bin Pengiran Metali; Awangku Kamaluddin bin Pengiran Haji Abdul Rahim; Awang- ku Hamzad; dan Ja'afar Nordin.

Ada-lah di-fahamkan bahawa Persekutuan Pengembara 2 Sultan Omar Ali Saifuddin College itu akan menjalankan ranchangan-nya yang ketiga dengan mengembara ka-kawasan Batu Apoi, Temburong pada awal tahun hadapan kelak.


PENDAFTAR PERTUBOHAN2

Tuan British Resident telah melantek Mr. Denis Brian McGilligan, sa-orang Peguam, menjadi Pendaftar Pertubohan2 di-Brunei mulai dari 22 January, 1957.

                         *********************** Pancharagam Police Brunei:

BANYAK JAWATAN2 YANG KOSONG UNTOK PEMUDA 2 YANG BERKELAYAKAN

Pasokan Police Negeri Brunei sedang membuka peluang kapada para pemuda untok berkhidmat dalam Pancharagam Police Negeri ini yang akan di-tubohkan sadikit hari lagi.

Kita mengambil kesampatan menyeru ka pada para pemuda yang chend- erong dalam hal ehwal bunyizan supaya jangan-lah mereka lepaskan peluang yang sedang terbuka, jikalau mereka di-pileh untok berkhidmat dalam Pan- charagam Police Brunei itu.

Menurut sharat2 yang di-kehendaki, orang2 yang hendak meminta jawatan2 yang kusong itu hendak-lah berumor di-antara 18 dan 25 tahun, dan tingginya tidak kurang dari 5 kaki 2 inchi.

Mengenai pelajaran pula, orang2 yang membuat permint- a'an itu hendek-lah lulus sekurang2-nya Darjah IV di- Sekolah Melayu.

Segala permintaan hendak-lah di-alamatkan dengan saberapa segera kapada Director of Music, Brunei Police Band, Police Headquarters, Brunei Town, Brunei.


LAWATAN PEGAWAI PENERANGAN KERAJA'AN AUSTRALIA KA-BRUNEI

Mr. Ian Hamilton, Pegawai Penerangan Kera ja'an Australia untok Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu telah melawat ka-Negeri Brunei se dikit hari dahulu dari Singapura.

Dari sini beliau telah berangkat ka-Borneo Utara dan kemudian ka- Kuching sabelom balek ka-Singapura.

Tujuan lawatan-nya ka-Negeri ini ia-lah untok menemui Pegawai2 Keraja'an, ahli2 puak2 dalam Negeri ini. Salain daripada itu Mr.Hamilt juga telah dapat bertemu dengan kebanyakan daripada 47 orang2 Australia yang sedang berkhidmat di-Padang2 Minyak.

Beliau juga telah menghadziri Temasha menyambut Hari Kebangsaan Australia yang telah di-langs ongkan di-rumah Mr. J. Cliff, Chief Roads Engineer pada malam 26 January, 1957.


LAWATAN PENGHULU2 DAN KETUA2 KAMPONG DARI BRUNEI KA-BORNEO UTARA

Seramai 11 orang Penghulu2, Ketua 2 Kampong dan Penanam2 Padi dari bebarapa buah Kampong di-Daerah Brunei telah di-pileh oleh Keraja'an Brunei untok melawat ka-kawasan2 Penanaman Padi di-Papar, Borneo Utara baharu2 ini.

Rombongan itu, dengan di-Ketuai oleh Penolong2 Pegawai2 Pertania Che Hussain bin Abdul Hamid, dari Kuala Belait dan Che Ahmad bin Bayan, dari Bandar Brunei telah berangkat ka-Jesselton dengan Kapal Kerajaan Brunei M.V. Sultan pada 28 January, 1957 dan balek ka-Brunei pada 2 Feb ruary, 1957.

Menurut keterangan dari Pegawai Pertanian Negeri Brunei, Inche' Homidoon bin Awang Damit, ada pun tujuan Kerajaan Brunei menghantarkan Peladang2 tersebut melawat ka-kawasan Penanaman Padi di-Papar itu ialah untok menambahkan pengatahuan mereka dalam hal ehwal menanam padi se- chara berjentera sobagai mana yang sedang di-jalankan oleh Kerajaan di kawasan Mulaut.

/Peladang2 tersebut.....

Peladang2 tersebut ada-lah mengandongi:- Haji Saman bin Haji Tamin (Penghulu Sengkurong)%;B Haji Metussin bin Omar (Penanam Padi di-Sengkurong);B Dato' Setiawan Haji Tinggal (Ketua Kampong Mulaut); Mohamed bin Mail (Ketua Kampong, Kampong Mata2, Gadong); Tupok bin Ahad (Penana Padi Beribi); Haji Sidek bin Abdullah (Penghulu Kuala Lurah);B Dato' Seri Paduka Tuan Haji Mangol. (Penghulu Kilanas); Sharbini Mohamed Said (Penolong Field Officer, Brunei); Orang Kaya Kesuma Haji Tahir (Penghulu Lumapas); dan Haji Kahar bin Haji Sabtu (Penanam Padi dari Sengkurong).


LANTEKAN2 PEGAWAI2 YANG BAHARU

Mr. G.V.C. Young Assistant Attorney General Sarawak, telah dilantek memangku Jawatan sebagai Penasihat Undang2 Negeri Brunei mulai dari 22 January, 1957.

Mulai dari tarikh tersebut juga, Kerajaan telah malantek Mr.Denis Brian McGilligan, sa-orang Peguam menjadi Pendaftar Sharikat2 Negeri Brunei.

Inche' Ali bin Awang Besar, Pegawai Pertadbiran Negeri Brunei,telah di-lantek menjadi Timbalan Penolong Pemungut Hasil2 Tanah Negeri Brunei baharu2 ini.


PEMBAHAGIAN ELECTRIC DI-TEMBURONG

Jurutera Electric Negeri Brunei, Mr. E. Rajaratnam telah berang- kat ka-Bangar, Temburong pada hari Ithnin, 11 February, 1957 untok meny- ampurnakan pachara pembuka 'an rasmi pembahagian electric bagi kawasan itu.

Mulai daripada tarikh tersebut pendudok2 di-Bandar Bangar dapat- lah menggunakan electric dari pukol 5 petang hingga pukol 11.00 malam pada tiap2 hari.

Pada masa ini Pejabat Electric ada-lah menyediakan dua, 22 Kilo- watt Generating Sets; satu daripada-nya di-gunakan sekarang ini dan satu lagi akan di-gunakan pada masa kehadapan kelak.

Pembina 'an Power Station di-Bangar telah di-mulai pada tahun yang lalu dan alat2 pemasang-nya telah siap pada bulan January tahun ini.

Pada masa ini sa jumlah kira2 50 buah rumah2 kedai dan Pejabat2 Keraja'an sedang menggunakan electric di-Bandar Bangar itu.

Sayugia di-sebutkan bahawa dengan ada-nya pembahagian electric di-Bandar Bangar, Temburong, maka segala Bandar2 dalam Negeri ini, kec- uali Muara, sudahpun dapat menggunakan pembahagian electric di-tiap2 buah Bandar itu.


GERAKAN MENCHEGAH DEMAM MALARIA

Pejabat Perubatan Brunei telah mulai menjalankan pekerjaan meny- embor Ubat menchegah Malaria di-kawasan perumahan di-Daerah luar Bandar mulai daripada bulan January yang lalu.

{{inden teks|2em|Saterus-nya, pekerja'an itu akan di-jalankan di-serata Daerah Luar Bandar di-seluroh Brunei dan akan di-jangka akan dapat di-selesaikan dalam masa 7 atau 8 bulan.]]

Pekerja'an itu akan di-ulangi pada tiap2 tahun sahingga Malaria dapat di-hapuskan dari Negeri ini sebagaimana di-jalankan di-Negeri2 Sarawak dan Borneo Utara.

*************** Laman:Pelita Brunei-15 Februari 1957.pdf/7

BANTUAN PELAJARAN DARI SHELL COMPANY UNTOK ANAK2 BRUNEI

Pehak Shell Company telah bermurah hati dapat memberi dua puloh, dermasiswa satahun bagi murid2 yang sudah lulus ujian Sarawak Junior, untok membolehkan mereka belajar sahingga masok ujian Senior Cambridge (jumlah perbelanja'an satahun: sahingga $10,000).

Dua dermasiswa satahun menurut di-Loughborough College, di-U.K., atau sekolah teknikal saperti-nya di-tempat lain, untok belajar memper oleh sijil2 dalam mechanical atau civil engineering atau lain2 chabang latehan teknik (jumlah perbelanja'an satahun: sahingga $11,200).

Dermasiswa bagi university akan di-berikan pada tahun 2 terkemudian apabila chalon2 yang berkelayakan di-dapati.


Ruangan Soal Jawab:

JAWAPAN KELUARAN PELITA BRUNEI BILANGAN 24 MUKA 7

1. Puteri itu di-dzahirkan di-Istana Darul-Hana Brunei dan nama ayah Sir Omar Ali Saifuddin, Kabawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei. 2. Tiap2 £1 wang British, nilain wang kita di-Brunei ia-lah $8.57 3. Pekan Brunei, ia-lah nama Ibu Kota Negeri ini. 4. (a) Luas-nya: Negeri Brunei = 2,226 batu persegi; Sarawak = 47,071 batu persegi; dan Borneo Utara = 29,388 batu persegi. (b) Jumlah Pendudok2: Negeri Brunei = kira2 70,000 orang; Negeri Sarawak = ki-, ra2 581,000 orang; dan Borneo Utara = kira2 388,000 orang. 5. Ahli Sejarah Bangsa Italy yang mashor itu yang telah melawat Negeri Brunei pada zaman Sultan Bulkiah ia-lah PIGAFETTA. 6. Tentera2 Jepun mulai mendarat di-Brunei pada masa berlaku Peperangan Asia Raya ia-lah pada 16 December, 1941, iaitu di-Kuala Belait. (b) Tentera2 Pehak Bersekutu mulai mendarat di-Brunei salepas tamat Peperangan Asia Raya ia-lah pada 10 June, 1945, iaitu di-Muara.

SO AL2AN YANG BAHARU

1. Bila-kah tarikh-nya dan di-mana-kah tempat-nya Kabawah Duli Yang Mah Mulia Maulana Sultan Brunei, Sir Omar Ali Saifuddin di-puterakan ? 2. Bila-kah D.Y.M.M. Sultan Brunei di-tabalkan menjadi Yang Di-Pertuan Negeri Brunei ? 3. Berapa-kah bilangan-nya putera-puteri D.Y.M.M. Sultan dan D.Y.M.M. Raja Isteri Negeri Brunei ? (a) Apa-kah nama-nya putera-puteri Baginda2 ke-semua-nya itu ? 4. Berapa-kah jumlah-nya ahli2 Majlis Mashuarat Negeri ? (a) Siapa-kah Ahli2 Majlis Mashuarat itu ? (b) Siapa-kah Pengurusi nya ? 5. Siapa-kah British Resident, Brunei yang pertama sekali ? (a) Siapa-kah nama-nya yang pertama kali menjadi Penolong British Resident Negeri ini ? 6. Siapa-kah dia Setia Usaha Jajahan Ta'alok British yang telah melaw ka-Negeri Brunei bersama 2 isteri-nya pada tahun 1955 ?

(JAWAPAN2-NYA AKAN DI-SIARKAN DALAM PELITA BRUNEI KELUARAN AKAN DATANG

/M: Yus