Pergi ke kandungan

Pelita Brunei/1957/10/15

Daripada Wikisumber

November

3461Pelita Brunei, 1957, 10 — 15 October 1957
Tahun 2. No. 17
DITERBITKAN OLEH PEJABAT PENERANGAN
KERAJAAN BRUNEI
DUA KALI SABULAN
15 OCTOBER, 1957.

SAMBUTAN MAULUDUN NABI DI-BRUNEI D.P.B. BERHARAP PERAYA'AN2 DI-ADAKAN PADA TIAP2 TAHUN KADZI BESAR NASEHATKAN "TUNTUT-LAH ILMU WALAU KA-NEGERI CHINA

UMAT ISLAM di-seluroh negeri Brunei telah menyambut Hari Ulangan Tahun Keputera'an Nabi kita Mohammad SAW dengan mengadakan perayaan2 sechara besar2an di-beberapa Da'erah pada Hari Ahad 6 hbl. October, 1957.

Salain daripada mengadakan Majlis2 Berzikir dan Kenduri di-Mesjid2, Perarakana juga di-adakan pada tahun ini sabagaimana yang telah di-jalankan pada tahun2 yang lalu.

Perarakan Laut di-Bandar Brunei telah di-langsongkan pada malam 4 hbl. Cetober, manakala Perarakan Derat pula pada petang Hari Ahad 6 hbl. October, 1957. 7 pasokan2 dari Kampong Ayer telah mengambil bahagian dalam Perarakan. Laut dan 36 pasokan2 telah mengambil bahagian dalam Perarakan Darat.

Hadiah2 kapada pasokan2 yang berjaya dalam kedua2 perarakan tersebut dan juga un tok sambutan2 yang meriah di-Mesjid Pekan Brunei telah di-sampaikan oleh Pemangku Al-Sultan, Yang Teramat Mulia Seri Paduka Duli Pengeran Bendahara salepas selesai dilangsongkan perarakan darat di-Padang Pekan Brunei pada petang Ahad 6 hbl, October.

Sebelum menyampaikan hadiah2 tersebut, sharahan2 telah pun di-lapadzkan oleh pensharah2 yang terkemuka, termasok Yang Ter-amat Mulia sendiri. Yang Berhormat Pengeran Ali bin Pengeran Haji Mohammad Daud, Setia Usaha Peraya'an terma'lum telah juga mela-fadzkan kata2 yang berharga manakala Tuan Haji Othman bin Haji Mohammad Sa'id, Pengelola dan Penyusun Sekolah2 Ugama bagian seluroh Negeri Brunei telah melafadzkan sharahan-nya berkenaan/perjuangan Nabi Mohammad untok memajukan Ugama Islam. Buat penutup hari yang bersejarah itu Do'a Selamat telah di-bachakan oleh Pehin si-Raja Khatib. Pada pagi hari Ahad 6hbl. October, Darjah2 Ugama Pusat Latehan Guru2 Melayu Brunei dan Sultan Omar Ali Saifuddin College telah mengadakan satu majlis sambutan hari yang berbahagia itu di-bawah pimpinan guru Darjah2 mereka Che'gu Abdul Rahman bin Haji Hashim bertempat di-dewan SOAS College.

Kedua2 Pemangku2 Al-Sultan, Yang Teramat Mulia Seri Paduka Duli Pengeran Bendahara dan Yang Berhormat Mulia Tuan Kadzi Besar Negeri Brunei telah hadzir bersama2 di-majlis itu.

Ketika memberi uchapan di-majlis itu, Yang Teramat Mulia itu berkata, "Bahawa dengan sempana hari yang bertuah dan bersejarah ini, saya dengan perasa'an yang gumbira dan hati yang tulus ikhlas mengambil peluang. terutama-nya menguchapkan shukor ka-hedzrat Ilahi atas lempah rahim-nya, maka dapat-lah kita bersama2 meraikan pada hari yang bersejarah ini, ia-itu pada tarikh 12 Rabbi'el-Awal, yang mana telah di-ketahui oleh umat Islam seluroh-nya ia-lah hari Lebaran yang bersejarah bagi hari jadi Junjongan kita Nabi Mohammad SAW.

"Maka di-sini juga saya mengambil peluang menguchapkan terima kaseh kapada guru2 dan murid2 Sultan Omar Ali Saifuddin College dan juga Pusat Latehan Guru2 Melayu Brunei yang mana telah sudi menjemput bersama2 mera'ikan bagi menyambut hari yang sangat2 bersejarah bagi Junjongan kita Nabi Mohammad.

"Saya berharap dan berdo'a kapada Tohan Rabbul 'Alamin semoga peraya'an2 sambutan yang di-adakan pada hari ini mudah2an akan dapat lagi di-adakan pada tahun2 yang akan datang akan berjalan saterus-nya.

"Dengan rasa yang penoh gumbera, saya menguchapkan terima kaseh kapada guru2 dan murid2 SOAS College dan juga kapada Penuntut2 Pusat Latehan Guru2 Melayu Brunei yang mana telah berkerja sama dan bersatu padu bagi mengadakan sambutan hari yang sangat2 bersejarah bagi Junjongan kita Mohammad yang sangat2 di-gemari ini. Sekian lah uchapan saya di-sudahi sa-kali lagi dengan menguchapkan ribuan terima kaseh."

Yang Berhormat Mulia Pengeran Haji Mohammad Salleh, Tuan Kadzi Besar bagi Negeri Brunei, salah sa-orang Pemangku2 Al-Sultan telah menyatakan di-Majlis sambutan Mauludun-Nabi tersebut bahawa murid2 yang menjadi penuntut2 di-SOAS College dan guru2 mereka telah berjaya pada pagi itu mengadakan keramaian kerana menyambut hari yang mulia memperingati ulang tahun hari Jadi Junjongan Umat Muslimin, Nabi Mohammad SAW, sambil menguchapkan sa tinggi2 tahniah kapada para penuntut dari Pusat latehan Guru2 Melayu Brunei dan juga penuntut2 SOAS College itu, serta juga kapada sagenap lapisan kaum muslimin dari seluroh Negeri Brunei yang telah berkerja sama bagi menjayakan tamasha peraya'an Mauludun-Nabi pada tahun ini, dan mudah2an dengan kerja sama itu mereka akan mara ka-hadapan, bersatu melangkah ka-arah kemajuan dan kemulia'an yang di-redza'i oleh Tohan.

"Saya perchaya murid2 yang belajar di-College ini bukan-nya lagi di-dalam lengkongan kanak2, ia-lah telah meningkat jadi pemuda dan pemudi yang akan bertanggong jawab terhadap tanah ayer dan bangsa-nya. Oleh sebab itu menurut kapada sabda Junjongan kita, tuntut-lah ilmu walau ka-Negeri China," Yang Berhormat Mulia menambah kata.

Selanjut-nya Yang Berhormat Mulia itu menegaskan Bahawa SOAS College itu telah ada guru Ugama-nya yang mengajar dan mendidek murid2 yang berUgama Islam, akan tetapi jangan-lah para penuntut berpuas hati dengan 'ilmu yang mereka memperolehi disekolah, kerana 'ilmu pengetahuan di-sekolah itu hanya sabahagian sahaja daripada 'ilmu pengetahuan yang amat luas dan dalam, dan sudah barang tentu-lah penuntut2 itu membacha kitab2 yang berguna dan juga jangan-lah di-cheraikan 'ilmu itu dengan jalan Ugama.

Akhir-nya, Beliau telah menasehatkan kapada kaum Muslimin ia-itu Qoran yang Mulia dan Sunnat(h) perjalanan Rasul Allah itu kedua2-nya pesaka yang di-tinggalkan oleh Rasul-ul Allah ada-lah menjadi hak warith umat Muslimin. Jika sekira-nya mereka mengerti dan menggunakan-nya dengan baik, maka mereka akan memperolehi dengan selamat-nya, tetapi jika tidak, rugi-lah mereka.

PERTEMUAN WAKIL2 PARTAI RAKYAT BRUNEI DENGAN SETIA USAHA NEGARA DI-LONDON

Yang Amat Berhormat Tuan Setia Usaha bagi Tanah2 Jajahan, Mr Alan Lennox Boyd telah bertemu dengan satu Rombongan dari Partai Rakyat Brunei pada petang Thalatha 1 hbl, October, 1957. Demikian menurut satu siaran resmi yang di-terima oleh pehak Keraja'an Brunei daripada Mr Alan Lennox Boyd sendiri.

Rombongan itu ada-lah mengandongi Inche' A.M. Azahari (President Partai Rakyat Brunei), Inche' Jassin Affandi dan Inche' Zaini Haji Ahmad. Pertemuan di-antara Partai Rakyat Brunei dengan Tuan Setia Usaha Negara itu telah di-adakan di atas shor daripada Duli Yang Maha Mulia Maulana Al-Sultan, Sir Omar Ali Saifuddin.

Mr Walter Raeburn Q.C. telah menghadziri pertemuan tersebut sebagai Penasehat Perlembagaan Partai Rakyat Brunei.

***

PEMBUKA AN RESMI PEJABAT TELEPHONE AUTOMATIC DI-BANDAR BRUNEI

Pemangku Al-Sultan, Yang Teramat Mulia Seri Paduka Duli Pengeran Bendahara telah menyampornakan istiadat pembuka'an resmi bangunan Pejabat Telephone Automatic di-Bandar Brunei yang telah berlangsong pada hari Sabtu, 5 hbl October, 1957.

Di-antara ramai para hadzirin dalam upachara tersebut, termasok-lah Tuan British Resident, Yang Berhormat Mr J.O. Gilbert, Ahli2 Mashuarat Negeri dan Pegawai2 Kerajaan.

Sasudah Yang Teramat Mulia melangsongkan istiadat yang bersejarah itu, maka Pehin Tuan Imam pun membacha Do'a Selamat.

Kemudian Pengarah Jebatan Telecom Negeri, Yang Amat Mulia Pengeran Kerma Indra menjemput Yang Teramat Mulia Pemangku Al-Sultan, Yang Berhormat Tuan British Resident dan lain2-nya melawat ka-seluroh tempat dalam bangunan Telephone Automatic yang baharu itu.

***

PASOKAN2 YANG BERJAYA DALAM PERADUAN2 YANG TELAH DI-ADAKAN KERANA SAMBUTAN MAULUDUN-NABI TAHUN INI DI-BRUNEI

Perarakan Laut yang telah di-langsongkan pada malam Sabtu, 4 hbl. October, 1957 — Hadiah yang pertama terpulang kapada Kampong Pemancha Lama; kedua Kampong Tamoi Tengah; ketiga Kampong Pandai Besi; keempat Kampong Saba Ujong; kelima Kampong si-Raja Muda dan pemenang yang keenam Kampong Sungai Kedayan.

Perarakan Darat yang telah berlangsong pada petang Ahad 6 hbl. October, 1957 — Hadiah yang pertama terpulang kapada Kampong Kianggeh (pemenang tahun lepas); kedua Kampong Pemancha Lama dan Maktab Guru2 Melayu Brunei yang telah mendapat markah yang sama. Oleh yang demikian hadiah yang ketiga telah tidak di-sampaikan. Hadiah yang keempat di-menangi oleh Kampong Tamoi Tengah; kelima Mata-mata Brunei Jati; keenam Kampong Pekan Lama; ketujoh PWD Workshops; kedelapan Mata-mata Brunei; kesembilan Kampong Sumbiling dan yang mendapat hadiah kesepuloh ia-lah Kampong Peramu.

Hadiah2 khas untok murid2 sekolah dalam Perarakan Darat; yang merebut hadaih pertama ia-lah Sekolah Melayu Sultan Mohammad Jamal-ul-Alam (lakai2); kedua Sekolah Melayu Sultan Mohammad Jamal-ul-Alam (perempuan) dan hadiah yang ketiga terpulang kapada Sultan Omar Ali Saifuddin College.

Kampong Pekan Lama telah berjaya mendapat hadiah pakaian yang terbaik sakali, dan Kampong Kianggeh pula memperolehi hadiah untok chogan kata yang terbaik sakali.

Sambutan yang meriah di-Mesjid Pekan Brunei, yang mendapat hadiah yang pertama ia-lah PWD Workshop, kedua PWD bahagian Bangunan dan hadiah yang ketiga terpulang kapada Jabatan Municipal.

***

PEJABAT PENDAFTARAN KERANA MENCHARI KERJA

Sa-buah Pejabat untok memberi peluang kepada orang2 yang ingin hendak menchari kerja dan juga kapada orang2 yang berkehandak menchari pekerja2 untok bekerja dengan mereka, telahpun di-buka di-Bandar Brunei baharu2 ini bertempat buat sementara di-sa-buah bilek yang berhampiran dengan Bilek Mahkamah.

Pejabat tersebut ada-lah di-bawah kelola'an bekas Sergeant Major Ibrahim bin Nudin. Beliau ini akan mendaftarkan nama dan kehendak2 baik orang2 yang menchari kerja ataupun orang2 yang berkehendakkan pekerja2.

Barang siapa yang ingin hendak mendaftarkan nama-nya untok salah satu dari pekerja'an Pejabat ini sila-lah berhubong dengan Pehak Yang Berkuasa.

***

linestyle-dashed

Pemangku Al-Sultan, Yang Teramat Mulia Seri Paduka Duli Pengeran Bendahara dan Tuan British Resident, Yang Berhormat Mr J.O. Gilbert telah menghadziri Persidangan kali Yang Kedelaipan Perwakilan Kawasan2 Brunei, Sarawak dan Borneo Utara yang telah di-langsongkan di-Jesselton, Borneo Utara baharu2 ini.

***

LAWATAN MENTER TANAH JAJAHAN KA-BRUNEI

Yang Amat Berhormat the Earl of Perth, Menteri Hal Ehwel Jajahan Ta'lok British dan isteri-nya Lady Perth telah tiba di-Brunei baharu2 ini dari Sarawak dengan Kapal Terbang Tentera Udara di-Raja British satulah menghadziri temasha sambutan Malaya Merdeka di-Kuala Lumpur. Beliau telah di-iringi oleh Setia Usaha Sulit-nya, Mr J.N.A. Armitage Smith; sa-orang Pegawai Tentera Udara di-Raja British Squadron Leader Thompson dan Setia Usaha Yang Kanan Negeri Sarawak, Yang Berhormat Tuan J.H. Ellis.

Tatkala Tuan Earl of Perth dan Rombongan-nya akan berangkat balek beberapa orang pembesar2 Brunei telahpun berada di-Bangunan Kapal Terbang kerana memberi selamat pergi kapada beliau. Di-antara-nya termasok-lah Yang Teramat Mulia Seri Paduka Duli Pengeran Bendahara, Yang Berhormat Tuan British Resident, Tuan Penulong British Resident, Tuan Pengarah Pesuroh Jaya Perkembangan Negeri yang juga menjadi Pengarah Penerbangan Awam, Pegawai Penyimpan Wang, Pegawai Police yang Kanan Negeri Brunei dan lain2-nya.

Sabelum bertolak, beliau telah menyatakan kapada wartawan2 dari Jabatan Penerangan Keraja'an Brunei dan dari Akhbar Borneo Bulletin serta Berita Brunei Kuala Belait dalam satu Persidangan Akhbar di-Bilek Pelawat2 Khas di-Bangunan Padang Kapal Terbang Brunei bahawa. beliau sangat-lah gemar melehat ke'ada'an Negeri Brunei dan burasa sangat sukachita melehat bangunan2 yang chantel2 di-Brunei ini yang di-dirikan di-bawah Ranchangan Perkembangan di-Negeri ini, saperti Bangunan Mesjid Pekan Brunei, SOAS College, Padang Kapal Terbang Brunai, Rumah sakit Keraja'an dan sabagai-nya.

Dalam persidangan tersebut beliau menegaskan kapada wartawan2 Jabatan Penerangan Keraja'an Brunei dan Akhbar Borneo Bulletin setta Berita Brunei bahawa beliau dan isteri-nya berharap akan dapat lagi datang ka-Brunei pada masa hadapan, dan tinggal di-Brunei lebeh lama dari lawatan-nya yang pertama ini. Waktu itu-lah nanti, kata beliau, ia akan dapat menyaksikan kemajuan2 yang akan di-perolehi berkena'an dengan hal ehwal Perkembangan dalam Negeri.

***

TUJOH ORANG CHINA DI-TANGKAP KERANA MEMPUNYAI CHANDU

Satu Rombongan Pegawai2 Custom Negeri Brunei yang di-ketuai oleh Inche' Sahari bin Idris telah merampas masok ka-sa-buah rumah yang di-punyai oleh orang2 China di-Kampong China, Bandar Brunei pada pagi hari Khamis 30 hbl. October, 1957. Mereka telah berhasil merampas beberapa banyak chandu dan alat2 mengisap chandu.

Lima orang China dan termasok sa-orang perampuan telah di-bawa ka-Balai Police dan kemudian di-da'wa kerana mempunyai chandu.

Pada pagi itu juga sa-orang China telah di-tangkap kerana menyimpan chandu oleh sa-orang Pegawai Custom di-Jetty Custom di-Bandar Brunei.

Samentara itu dua orang Pegawai 2 Custom Brunei telah menangkap sa-orang China di-sa-buah kedai kopi di-Banda Brunei pada 4 hbl. October yang lalu juga kerana mempunyai chandu. Ia telah di-bawa ka-Balai Police dan di-da'wa atas perkara di-atas.

***

PERMINTAAN MENGGUNAKAN WANG NEGERI ASING PADA TAHUN 1958

Ada-lah di-kehendaki bahawa semua orang yang membawa masok barang2 dari luar negeri ka-Negeri ini (kechuali Sharikat Brunei Shell Petroleum) hendak-lah menghantarkan kapada Pengarah Jabatan Custom dan Excise Brunei keterangan yang tersebut di-bawah berkena'an dengan perkara perminta'an menggunakan "hard currency" atau pun wang dari negeri asing pada tahun 1958.

Perminta'an ini mesti-lah di-buat dengan sachukup-nya dan tidak ada jaminan yang boleh di-beri bahawa kebanyakkan daripada wang yang terma'lum akan dapat di-perolehi.

Orang2 yang hendak membuat perminta'an ada-lah di-ma'lumkan bahawa keterangan2 itu hendak-lah sampai di-Pejabat Pengarah Jabatan Custom dan Excise, Brunei sabelum 20 hbl. October, 1957.

***

PEMANGKU PEGAWAI DA'ERAH BRUNEI-MUARA

Mr Patrick MacAfee telah di-lantek untok memangku jawatan sabagai Pegawai Daerah Brunei dan Muara menggantikan tempat Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Shahbandar Haji Ahmad bin Daud yang pada masa ini sedang berada di-luar negeri. Lantekkan tersebut bermula pada 1 hbl, September, 1957.

***

SEKITAR LAWATAN DYMM SULTAN KA-EROPAH

Duli Yang Maha Mulia Maulana Al-Sultan, Sir Omar Ali Saifuddin dengan rombongan-nya, sa telah menghadziri temasha Peraya'an Malaya Merdeka di-Kuala Lumpur, telah pun bertolak ka-England dan telah tiba di-padang kapal terbang London dengan selamat-nya pada 25 hbl. September, 1957 yang lalu.

Ketika tiba di-padang kapal terbang itu, Baginda telah di-temani oleh Mr E.E.F. Pretty, Bekas British Resident Brunei, yang kini menjadi Wakil Kerajaan Brunei di-United Kingdom dan oleh Sir Whitely dari Pejabat Jajahan Ta'lok British di-London.

Ke-esokkan hari-nya Baginda berada di-England, ia telah memulakan lawatan-nya dengan melawat ka-Pejabat Jajahan Ta'lok di-London di-mana Baginda telah bertemu dengan Tuan Pemangku Setia Usaha Negara. Kemudian Baginda telah melawat ka-Pejabat Wakil Keraja'an Brunei di-United Kingdom dan bertemu dengan Wakil2 Pergerakkan Pengakap Negeri Brunei yang telah menghadziri Perkhimahan Pengakap2 sa-Dunia di-England.

Pada 7 hbl. September Baginda telah menghadziri satu Majlis Jamuan Minuman atas jemputan oleh Wakil Keraja'an Brunei di-United Kingdom di-Claridges.

Di antara saramai 140 orang para hadzirin di-majlis itu termasok-lah beberapa orang Pegawai2 kanan dari Pejabat Jajahan Ta'lok British di-London; Pesuroh Jaya Tinggi Malaya di-United Kingdom, Datok Nik Kamil; Mr E.E.F. Pretty sendiri dan Mr W.J. Peel, kedua-nya bekas British Resident di-Brunei; Mr E.R. Bevington, Pesuroh Jaya Perkembangan Negeri Brunei yang pada masa ini sedang dalam perchutian-nya dan isteri-nya dan Bekas Tuan Gobarnor Borneo Utara, Sir Ralph Hone dan Mem-nya.

Antara lain Baginda telah juga melawat dan memereksa antara satu dari dua buah rumah dan halaman-nya yang bertempat di-Crawly guna untok di-beli. Rumah yang terpileh itu nanti akan di-beri nama "Brunei House" dan akan di-gunakan untok tempat tinggal penuntut2 dari Brunei yang belajar di-England. Baginda juga telah berkesematan melawat ka-Kilang membuat roti yang bernama Huntley & Palmers di-Reading bersama2 dengan Pengiring2-nya dari Brunei dan Tuan E.E. F. Pretty.

Tatkala berada di-sana Baginda telah di-temui oleh Pengurus Umum kilang itu dan telah mengatakan bahawa itu-lah dia salah satu kilang roti yang terbesar di-Eropah yang mempunyai 6,000 orang pekerja2 dan boleh membuat sabanyak 12 ton roti pada satu hari atau pun ton roti pada tiap2 satu jam.

Baginda telah juga berpeluang melawat ka-tempat penyiasatan penyakit dan musoh tanam2an di-Woodstock Farm di-Da'erah Kent, London. Tempat ini ia-lah sa-buah tempat penyiasatan berbagai jenis penyakit dan musoh tanam2an yang tumboh di-negeri2 yang berhawa panas. Tempat ini ada-lah di-punyai oleh Shell Company.

Ketika tiba di-tempat itu, Baginda serta pengiring2-nya telah di-sambut oleh Pengelola sharikat itu dan telah di-bawa dan di-tunjokkan bermacham2 tempat penyiasatan.

Baginda kelihatan sangat gemar mengetahui berbagai2 jenis2 tumboh2an dan musoh-nya serta chara melawan berbagai2 penyakit tunboh2an, istimewa pula dalam satu penyiasatan melawan dan membunoh nyamok dan lalat.

Satelah melawat beberapa bahagian dalam Pejabat itu, Baginda telah di-jemput menghadziri satu Majlis Jamuan makan tengah hari di-"Ye Olde Bull" di-Sitting Bourne, sa-buah tempat makan. Bangunan ini telah di-bena 600 tahun dahulu dan pada satu masa yang lampau telah pernah di-gunakan oleh puak Saxon, waktu England di-bawe pemerentahan Keraja'an Rome.

Mr W.M. Moore, bekas Managing Director, mendiang British Malayan Petroleum Company Seria salama 6 tahun, telah juga hadzir dalam jamuan tersebut.

***

KEBAKARAN DI-BANDAR BRUNEI

Satu kebakaran telah berlaku di-bangunan Power Station di-Bandar Brunei yang berdekatan dengan Studio Radio Brunei pada sabelah petang 9 hbl. October, 1957. Beratus2 orang telah datang menyaksikan-hya.

Kebakaran itu bermula dari sa-buah tangki yang berisi minyak sabanyak 100 gallon dalam bangunan itu pada pukul 3.18 petang itu. Pada masa kebakaran itu sedang berlaku api telah memunchak naik lebeh daripada 20 kaki ka-atas. Akibah-nya switch gear dan sa-buah jentera telah rosak,, dan kira2 dua jam seluroh Bandar Brunei tidak mempunyai api eliktrik. Semasa api mulai bermaharaja lela, Pasokan Domba dan Pasokan2 Police dengan di-ketuai oleh Chief Police Officer, Mr T.S. Anderso telah berkejar ka-tempat yang berlaku kebakaran itu dengan serta merta dan satelah bekerja keras melawan api itu dalam tempoh kira2 20 minit maka api itu pun dapat di-tewaskan. Samentara itu Pasokan Police juga telah berjaga di-kawasan Power Station itu untok menyelamatkan sabarang kemalangan yang mongkin berlaku di-kalangan orang2 ramai yang hendak menyerbu masok ka-dalam kawasan yang marabahaya. Tidak ada apa2 kemalangan berlaku.

Satelah api itu dapat di-tewaskan dengan sechukup-nya, maka anggota2 Power Station pun terus memereksa dan memperbaiki mana2 saloran eliktrik yang telah di-putuskan dan dalam tempoh dua jam sahaja salepas berlaku peristewa tersebut, pembahagian eliktrik to dapat di-adakan saperti biasa.

Samentara itu pula, pehak Kerajaan Brunei sedang membuat perhubongan dengan sa-buah sharikat di-Singapura yang telah memasang jentera Power Station di-Bandar Brunei untok menghantarkan wakil-nya ka-Brunei bagi memereksa dan juga memperbaiki jentera yang telah rosak akibah kebakaran itu.

***

PERSEKOLAHAN ORANG2 DEWASA DI-ADAKAN DI-BRUNEI SEKARANG

Darjah Pelajaran menulis dan membacha Bahasa Melayu untok orang2 dewasa yang tidak dapat peluang belajar pada masa yang lalu sekarang sedang di-adakan di-Brunei.

Darjah ini bertempat di-banguna2 sekolah pada masa murid2 sekolah tidak menggunakan darjah-nya masing2, dan guru2 yang akan mengajar ada-lah guru2 yang terlateh.

Orang2 ramai yang ingin memasoki peluang ini, hendaklah berumor tidak kurang dari 16 tahun atau yang berumor lebeh dari 5 tahun. Keraja'an tidak akan mengadakan sebarang bayaran kapada penuntut2 darjah ini; buku2 pelajaran juga akan di-beri perchoma oleh pehak Keraja'an.

Penghulu2, Ketua2 Kampong dan lain2 orang yang tertarik hati bagi memulakan darjah2 tersebut hendak-lah membuat perhubongan dengan saberapa segera kapada Tuan Pegawai Pelajaran Negeri, di-Pajabat Pelajaran Negeri Brunei yang bertempat di-Bandar Brunei.

***