Pergi ke kandungan

Pelita Brunei/1956/7/1

Daripada Wikisumber
Pelita Brunei, 1956, 7
1 Julai 1956
1645Pelita Brunei, 1956, 7 — 1 Julai 1956

DYMM SULTAN KEMBALI KA BRUNEI DARI MALAYA PESUROH JAYA TINGGI MELAWAT BRUNEI BRITISH RESIDENT YANG BAHARU TIBA DI BRUNEI CHIEF JUSTICE YANG BAHARU BAGI BRUNEI BRITISH RESIDENT MELAWAT SEKOLAH2 PELAJARAN PERCHOMA COLOMBO PLAN KURSUS LATEHAN MASHARAKAT BAGI KETUA2 KAMPONG DAN KAUM DARI KUALA BELAIT WAKIL BRITISH COUNCIL YANG BAHARU BAGI SARAWAK ENUNTUT 2 YANG BAHARU BAGI SEKOLAH PERTUKANGAN B.M.P. SERIA 78 ORANG PENUNTUT 2 MENANG HADIAH2 B.M.P. LATEHAN 5 MURID SEKOLAH DIJUMPAI MATI DALAM SUNGEI 5 PERKEMBANGAN PERIKANAN DI BRUNEI RANCHANGAN PELABOHAN MUARA KERAJAAN BRUNEI MENGALAMI KEKURANGAN BATU BANGUNAN YANG BAHARU BAGI TUKANG 2 PERAK DI BRUNEI 6 7 7 7 HARGA2 BUAH KAWANG DAN LADA KAPAL KERAJAAN BRUNEI YANG BAHARU "M/L BOLKIAH" KAPAL PERANG H.M.S. DAMPIER TIBA DI BRUNEI 8 8 9 KAPAL PERANG PERANCHIS TIBA DI BRUNEI 9 UNDANG2 BAHARU MAJLIS UGAMA DAN 'ADAT ISTIADAT BRUNEI 10 PERTUNJOKAN WAYANG GAMBAR PEJABAT PENERANGAN BRUNEI PERKHIDMATAN BUS KERAJAAN BRUNEI DIMULAI 12

12
Tahun 1 No. 10
DITERBITKAN OLEH PEJABAT PENERANGAN
KERAJAAN BRUNEI
DUA KALI SABULAN
1 JULY, 1956.

DYMM SULTAN KEMBALI KA BRUNEI DARI MALAYA

 Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei, Sir Omar Ali Saifuddin akan kembali ka Brunei dari Singapura pada hari Thalatha 3 July, 1956 satelah menjalankan lawatan tidak rasmi di Singapura dan di Persekutuan Tanah Melayu.

 Duli Yang Maha Mulia Sultan telah berangkat dari Brunei pada 11 June yang lalu bersama Putera Baginda yang sulong, Pengiran Muda Hassanal Bolkiah dan Puteri Baginda yang sulong, Pengiran Anak Puteri Masnah, serta diiringi oleh Wazir Yang Pertama Negeri Brunei, Yang Teramat Mulia Duli Pengiran Bendahara dan Setia Usaha Sulit Baginda, Pehin Dato' Haji Ibrahim bin Jahfar.

 Baginda telah belayar dari Singapura ka Labuan dengan kapal "Darvel" pada 29 June dan akan belayar dari Labuan ka Brunei dengan kapal "Bolkiah" pada 3 July. Terlebeh dahulu Juru Iring kapada Baginda, Pengiran Anak Omarali bin Pengiran Bendahara Anak Abdul Rahman telah berangkat ka Labuan untok menemui Baginda disana.

 Persediaan telah dijalankan untok mengadakan satu Barisan Kehormatan kerana memberi hormat kapada Baginda pada masa Baginda tiba dengan kapal "Bolkiah" di Tambatan Bandar Brunei pada hari yang tersebut, dalam mana Yang Berhormat British Resident Brunei; Ahli2 Majlis Mashuarat Negeri dan Ketua2 Pejabat2 Kerajaan akan hadzir bersama.

PESUROH JAYA TINGGI MELAWAT BRUNEI

Tuan Yang Terutama Pesuroh Jaya Tinggi Negeri Brunei dan juga Pegawai Yang Mentadbirkan Kerajaan Sarawak Yang Berhormat Mr. J. H. Ellis, C. M. G., telah tiba di Brunei dari Kuching, Sarawak pada 30 June, 1956 dengan kapal Kerajaan Sarawak "Zahora" dalam satu lawatan yang rasmi.

Tuan Yang Terutama itu akan kembali ka Sarawak pada hari Khamis 5 July, 1956 dan pada masa berada di Brunei, beliau akan tinggal di Muara Lodge, Muara.

BRITISH RESIDENT YANG BAHARU TIBA DI BRUNEI

Mr. D.C. White O.B.E., British Resident Brunei yang baharu, telah tiba di Brunei dari Sibu, Sarawak pada petang hari Thalatha 19 June, 1956 dengan kapal Kerajaan Brunei, "Sultan".

Mr. White sekarang memangku jawatan British Resident Brunei pada masa Mr. J.O. Gilbert berchuti panjang. Sebelum memangku jawatannya yang baharu itu, Mr. White telah menjadi Resident Sibu, Sarawak.


CHIEF JUSTICE YANG BAHARU BAGI BRUNEI

Tuan Yang Terutama Pegawai Yang Mentadbirkan Kerajaan Sarawak yang juga menjadi Pesuroh Jaya Tinggi Negeri Brunei; dan Governor Borneo Utara telah dengan sukachitanya, dengan menggunakan kuat kuasa yang diberi kapada mereka, melantek Yang Berhormat Mr. Justice L.B. Smith memangku jatawan Chief Justice (Hakim Besar) bagi Negeri Sarawak, Borneo Utara dan Brunei, mulai dari 1 haribulan June, 1956 pada masa Yang Berhormat Chief Justice ketiga negeri ini berchuti.


BRITISH RESIDENT MELAWAT SEKOLAH2

Mr. D.C. White, British Resident Brunei, telah melawat Sultan Omar Ali Saifuddin College, Brunei; Sekolah Melayu Sultan Mohamad Jamalul Alam, Brunei dan Rumah Tumpangan Penuntut2 Perempuan di Bandar Brunei pada hari Thalatha 26 June, 1956.

Beliau telah diiringi dalam lawatan2 tersebut oleh Pegawai Pelajaran Negeri, Mr. H.J. Padmore dan lain2 Pengawai2 Pelajaran.


PELAJARAN PERCHUMA COLOMBO PLAN

Inche' Mohamed Ali bin Awang Besar, Timbalan Penolong Pemungut Hasil2 Tanah Negeri Brunei, telah diberi hadiah Pelajaran Perchuma Colombo Plan oleh Kerajaan Australia untok mempelajari Kursus Nilaian Tanah dianatara 6 dan 9 bulan di Australia.

Beliau telah berangkat ka Kuhcing pada 23 haribulan June yang lalu dan akan tinggal disana selama dua minggu kerana membiasakan dirinya mengenai hal ehwal nilaian tanah di Pejabat Tanah Kerajaan Sarawak.

Selepas itu, beliau akan kembali ka Brunei dan berangkat ke Australia dengan kapal terbang dalam bulan ini.


KURSUS LATEHAN MASHARAKAT BAGI KETUA2 KAMPONG DAN KAUM DARI KUALA BELAIT

Seramai 21 orang Ketua2 Kampong dan Kaum dari Kuala Belait, mengandongi orang2 Melayu, China dan Iban telah mengambil bahagian dalam suatu Kursus Latehan Masharakat ("Civics Course") mulai dari hari Thalatha 26 June yang lalu.

Kursus tersebut yang dianjorkan oleh Kerajaan Brunei, akan diteruskan hingga ka hari Khamis 5 July, 1956 dalam mana "penuntut2" itu dibawa melawat ka Pejabat2 Kerajaan menyaksikan chara2 perjalanan pertadbiran Negeri ini, ka Sekolah2, Rumah Sakit, Padang Kapal Terbang, dan ka lain2 tempat yang mustahak dimana mereka diberi penerangan2 oleh pehak2 yang berkenaan.

Penuntut2 itu telah tiba di Bandar Brunei pada hari Ahad 1 July dan upachara pembukaan rasmi Kursus Latehan Masharakat itu bagi Daerah Brunei dijalankan oleh Yang Berhormat British Resident Brunei, Mr. D.C. White.

Dalam uchapannya itu, Mr. White telah menguchapkan selamat datang ka Brunei kapada kesemua penuntut2 tersebut dan begitu juga beliau telah menguchapkan terima kaseh kapada mereka yang telah datang menemui pegawai2 Kerajaan disini dan mendengarkan penerangan2 yang diberi oleh pehak2 yang berkenaan.

Selanjutnya beliau berkata, "Saya tahu tuan2 semuanya adalah orang yang banyak kerja dan lawatan tuan2 ini telah mengorbankan fa'edah tuan2 sendiri untok fa'edah orang2 ramai yang tuan2 wakili itu.

"Saya sangat hargai lawatan2 tuan2 ini, terutama sekali ialah tuan2 boleh mempelajari serba sedikit dasar yang telah ditetapkan oleh Duli Yang Maha Mulia untok perkembangan dan memakmorkan ra'ayatnya. Tuan2 akan mendengar semasa tuan2 pergi mengelilingi berbagai2 Pejabat itu apa yang telah dibuat kerana menjalankan dasar ini dan apa yang diranchangankan hendak dibuat. Saya harap tuan2 akan bertanya apa yang tidak terang kapada tuan2, kerana tuan2 boleh mengerti apa yang telah berlaku, dengna terangnya lagi tuan2 boleh menyatakan kapada anak buah tuan.

"Keduanya tuan2 boleh melihat sendiri apa yang dibuat oleh berbagai2 Pejabat Kerajaan itu, dan pada masa2 yang akan datang tuan2 akan tahu dimana akan pergi kerana meminta nasehat dan pertolongan yang tuan2 dan akan buah tuan2 kahendakki, dan yang Kerajaan ini akan beri.

"Satu daripada perkembangan2 yang mustahak yang saya suka hendak berchakap sapatah dua ialah chadangan akan menubohkan Kerajaan Tempatan.

"Ini ialah satu langkah yang mustahak, dan yang mana saya perchaya akan disambut dengan gembira apa bila sahaja ma'nanya yang penoh telah difahami, kerana Kerajaan tempatan ini memberi kapada orang2 di Bandar dan di Kampong, melalui wakil2 mereka, kuasa mengurus sabahagian hal ehwal mereka.

"Maka dengan jalan itulah orang belajar memegahkan kebersehan dan kaindahan bandar2 dna kampong2 mereka serta meranchangkan kebaikan2, mereka akan belajar membinchangkan perkara2 dalam Majlis Mashuarat, ada dengan bahath membahath barangkali, tetapi menerima keputusan sabulat suara, mempelajari asas2 ka'wangan, menjaga kaki tangan serta menegohkan iman, dan diantara semua, mereka akan menerima latehan dalam hal ehwal orang ramai yang menjadikan mereka itu chalon yang layak bagi menjadi ahli Majlis Mashuarat yang lebeh tinggi pada masa yang akan datang.

"Tuan2 tentu hairan dari manakah akan datangnya wang untok pembayar pekerjaan yang akan dibuat di Bandar tuan2 itu.

"Tuan2 tahu yang chukai2 adalah sekarang dibayar dengan hukuman Resident, dan lesen2 adalah dibayar untok perkara2 seperti meja bela, kedai2 kopi dan lain2. Chikai2 ini telah ditetapkan oleh British resident, tetapi pada masa yang akan datang Majlis ini akan menetapkan chikai2 itu, serta membayar belanja pekerjaan2 seperti membersehkan jalan, tandas2 menggunakan kuasa ayer, dan lain2 perkara, serta menjaga pegawai2 yang menjalankan pekerjaan2 itu.

"Hasil2 Majlis2 itu akan didapati dari puncha2 itu ditambah dengan pemberian daripada Kerajaan. Majlis itu tidak boleh menchari wang selain daripada dengan jalan yang ditetapkan dalam Undang2 itu.

"Saya harap tuan2 akan mendapat kesuka'an dari lawatan2 tuan2 ini serta beroleh fa'edah dari apa yang tuan2 dengar dan lihat. Sakali lagi saya uchapkan terima kaseh kerana kedatangan tuan2 itu".


WAKIL BRITISH COUNCIL YANG BAHARU BAGI SARAWAK

British Council mema'lumkan bahawa Mr. John Goatly, saorang Wakil British Council bagi Negeri Sarawak samenjak tahun 1950, telah dilantek menjadi Wakil Daerah British Council di Bombay, India.

Mr. Goatly dan Mem Goatly serta anak2 mereka, adalah dijangkan akan bertolak dari Kuching pada bulan October akan datang. Mr. R.I.H. Davies dari British Council, yang akan menggantikan tempat Mr. John Goatly akan tiba di Kuching bersama Mem Davies pada bulan September hadapan.

Mr. Davies, berumor 36 tahun telah berkhidmat dengan Pejabat British Council di London, England selama dua tahun pada tahun 1949 dan telah berkhidmat di Hungary dan di Israel sebagai Penolong Wakil British Council dari tahun 1951 hingga tahun 1953.

Pada masa Peperangan Dunia Kedua, Mr. Davies telah menjadi saorang ahli Pasokan Tentera Diraja British, "The Royal Artillery", dalam mana beliau telah mengambil bahagian dalam Peperangan di Afrika Utara dan di Negeri Italy sebagai saorang Pegawai dan kemudian menjadi Air Observation Pilot di Holland dan Germany.

Mr. Davies telah menerima pelajaran di Bromsgrove School, Worcestershire, England dan telah mendapat kelulusan "Master of Arts" dari Oxford University.


PENUNTUT2 YANG BAHARU BAGI SEKOLAH PERTUKANGAN B.M.P. SERIA

Pejabat Pelajaran Negeri Brunei mema'lumkan bahawa 23 orang murid2 dari Sekolah2 Kerajaan akan belajar dengan perchuma di Sekolah Pertukangan, British Malayan Petroleum Company Limited, Seria.

Sembilan orang murid2 yang telah masok pepereksaan untok memileh bakal penuntut2 Sekolah Pertukangna dari Brunei telah berjaya dan 14 orang lagi telah masok pepereksaan itu dari Seria.

Murid2 dari Brunei itu ialah saperti yang berikut: Tengah bin Ibrahim; Md. Said bin Ismail, Awangku Ali bin Pengiran Kerma Inderam Abdul Hamid bin Bakar, Ahmad bin Yusof dan Abdul Hamid bin Hita, sakeliannya dari Sekolah Melayu Sultan Mohamed Jemalul Alam, Bandar Brunei; Md. Husain bin Muhammad, dari Sekolah Melayu Danau; Lideh bin Diman dari Sekolah Melayu Sungei Liangl dan Salim bin Marsal dari Sultan Omar Ali Saifuddin College, Bandar Brunei.

Murid2 yang telah masok pepereksaan tersebut dari Seria dan telah berjaya dalam pepereksaan itu ialah: Masri bin Ja'afar, Mahmud bin Dee, Md. Ali bin Md. Noor, Abu Bakar bin Ali, Md. Noor bin Taha, Awang Besar bin Muhammad, Abu Bakar bin Puteh, Julaihi biin Pawai, Ahmad bin Damit, Awangku Damit bin Pengiran Wahab, Ibrahim bin Muhammad, Haris bin Bidin, Mohsin bin Md. Tahir dan Jamuddin bin Sa'ad.


78 ORANG PENUNTUT2 MENANG HADIAH2 B.M.P.

Seramai 78 orang penuntut2 sekolah dari Sekolah2 Melayu dan Inggeris dalam Bandar Brunei, Bahagian Brunei, Bahgian Tutong, dan Bahagian Belait telah berjaya memenangi Hadiah2 Tahunan Sharikat Minyak, British Malayan Petroleum Company Limited, Seria yang diberi kapada murid2 yang terbaik sekali dari semua sekolah2 di seluroh Brunei.

Bilangan tersebut mengandongi seramai 32 orang penuntut2 dari Skeolah2 Bahagian Brunei; 20 orang dari Sekolah2 Bahagian Belait termasok Serial 18 orang dari Bahagian Tutong dan 6 orang dari Sekolah2 Bandar Brunei.

Hadiah2 kapda penuntut2 di Bandar Brunei, Bahagian Brunei dan Bahgian Tutong akan disampaikan oleh saorang Wakil dari Sharikat Minyak tersebut, Inche' Abdul Samad bin Johari, menekala hadiah2 kapada penuntut2 dari Bahgaian Belait akan diatorkan oleh pehak B.M.P., dan Pegawai Pelajaran Daerah disana.


MURID SEKOLAH DIJUMPAI MATI DALAM SUNGEI

Serudin bin Damit, saorang murid dari Sekolah melayu Laila Menchanai, Bandar Brunei telah dijumpai mati dalam sabuah sungei yang penoh dengan lumpur berdekatan Kampong Tamoi, Bandar Brunei tidak berapa lama dahulu. Kanak2 itu berumor 12 tahun, menekala ibu dan bapanya telah meninggal dunia. Ia tinggal bersama saudaranya di rumah Timbang bin Munap.

Saorang kanak2 dari Kampong tersebut yang mula melihat badan Serudin, mula2 menyangka bahawa Serudin sedang mandi. Tetapi, apa bila ia tidak bangun beberapa sa'at, maka kanak2 itu terus pergi katempat tersebut dan mendapati Serudin telah mati.

Berhubong dengan kematian tersebut, Pejabat 'Adat Istiadat, Ugama dan Kebajikan Negeri telah mengeluarkan hadiah sebanyak $ 50 dan wang itu telah diberikan kapada suadara kanak2 yang mati itu sebagai perbelanjaan menanam mayat.


PERKEMBANGAN PERIKANAN DI BRUNEI

Pesuroh Jaya Perkembangan Negeri Brunei, Mr. E.R. Bevington mema'lumkan bahawa dalam bulan August tahun 1955, Majlis Mashuarat Negeri Brunei telah bersetuju meluluskan sabuah ranchangan yang dishorkan oleh Jawatan Kuasa Perkembangan, iaitu memberi pertolongan kapada penangkap2 ikan di Brunei.

Majlis itu juga telah bersetuju supaya Kerajaan menjemputkan saorang Pegawai Perikanan Melayu dari Malaya untok berkhidmat di Brunei dan menunjokkan kapada penangkap2 ikan di Brunei mengenai chara2 menangkap ikan yang digunakan oleh penangkap2 ikan di Malaya, terutama sekali di Kuala Terengganu dimana penangkap2 ikan ditempat itu telah dapat menambahkan mata pencharian mereka dengan sechara menangkap ikan.

Kerajaan juga telah menguntokkan perbelanjaan bagi membeli kapal menangkap ikan yang dapat digunakan dilaut sebagai mana yang digunakan di Malaya supaya Pegawai Perikanan itu dapat menunjokkan kegunaan kapal2 penangkap ikan itu.

Meskipun usaha telah dijalankan oleh Keajaan hendak memperolehi saorang Pegawai Perikanan dari Malaya, tetapi sangatlah payah hendak mendapat Pegawai itu untok datang ka Brunei. Jawatan Kuasa Perkembangan telah pun diberi tahu mengenai perkara ini dan mereka telah membuat chadangan bahawa eloklah pehak Kerajaan Brunei menghantarkan penangkap2 ikan dari Brunei ka Malaya untok mempelajari sendiri hal ehwal menangkap ikan disana.

Perjanjian telah dibuat diantara Kerajaan2 Brunei dan Malaya pada 23 June, dalam mana Kerajaan Perekutuan Tanah Melayu telah meminta Kerajaan Brunei menghantarkan rombongan yang pertama penangkap2 ikan ka Penang untok mempelajari kursus menangkap ikan mulai dari 9 July, 1956.

Kursus itu akan mengambil masa 3 bulan dengan Pejabat Perikanan dimana penangkap2 ikan itu akan diajar chara2 menangkap ikan di Malaya, chara2 menggunakan dan memperbaikki kapal2 menangkap ikan dan jentera2nya serta lain2 perkara mengenai hal ehwal menangkap ikan.

Kemudian rombongan penangkap2 ikan dari Brunei itu akan berangkat ka Kuala Trengganu dimana mereka akan tinggal selama 6 minggu untok menyaksikan chara2 yang digunakan bagi menangkap ikan di sama.

Kerajaan Brunei berharap hendak membeli kapal2 yang baharu untok kegunaan penangkap2 ikan dari Negeri ini satelah mereka balek dari Malaya ka Brunei.


RANCHANGAN PELABOHAN MUARA

Dua orang Juru2-tera dari sharikat Code and Partners, iaitu Mr. C.P.B. Redlich dan Mr. Elliot telah tiba di Brunei baharu2 ini untok menjalankan pekerjaan berhubong dengan Ranchangan Pelabihan Muara. Mr. Elliot, saorang dari Juru2-tera yang kanan dari sharikat itu telah menghadziri upachara pembukaan rasmi bendungan ayer yang amat besar di Iraq oleh Raja Negeri Iraq baharu2 ini.

Perlu disebutkan disini bahawa sharikat Juru2-tera tersebut telah bertanggong jawab bagi membena bendungan ayer di Iraq itu, lengkap dengna terusan ayernya dan dapatlah memberi pertolongan yang besara kapada negeri itu yang telah mengalami benchana ayer bah yang sangat merosakkan daripada Sungai Tigris.

Dua buah rumah2 kajang telah dibena di MUara untok Juru2-tera itu, kerana mereka akan berada disini selama beberapa bulan bagi menjalankan penyiasatan2 berhubong dengan Pelabohan Muara.


KERAJAAN BRUNEI MENGALAMI KEKURANGAN BATU

Kerajaan Brunei pada masa ini sedang mengalami kekurangan batu dalam Negeri ini dan tidaklah dapat meneruskan pekerjaan berhubong dengan Ranchangan Perkembangan bagi membena jalan2 raya dan bangunan2, dan Kerajaan sedang berusaha dengan saberapa segera bagi memperoleh batu2 itu.

Oleh kerana kekurangan batu2 itu, pekerjaan2 bagi membena jalan2 raya dan bangunan2 tidaklah dapat diteruskan dan pehak Kerajaan pun terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak serta menggendalakan pekerjaan.

Juru2-tera Negeri ini telah memereksa kawasan2 bagi memperolehi batu2 di Batu Gading, di Sungai Baram dan di Sipitang, Borneo Utara, tetapi tidaklah ada sasabuah sharikat contractor pun yang telah membuat permintaan kapada Kerajaan menaksirkan perbelanjaan bagi membawa batu2 itu ka Negeri ini.

Pekerjaan bagi membena jalan2 raya sahaja berkahendakkan sebanyak 1,600 persegi ela batu2 pada sabatu dan Kerajaan berkahendakkan dengan saberapa segera sekurang2 1,000 persegi ela batu2 pada tiap2 bulan dan lebeh banyak lagi daripada batu2 yang dibeli pada masa sekarang.


BANGUNAN YANG BAHARU BAGI TUKANG2 PERAK DI BRUNEI

Sabuah bangunan tiga tingkat bagi tukang2 perak di Negeri ini akan dibena oleh sharikat Sino-Malayan Engineers (Borneo) Limited, di Jalan Roberts, Bandar Brunei dan pekerjaan menanam tiang2 asas bangunan itu sedang dijalankan pada masa ini.

Tukang2 perak di Negeri ini akan menubohkan sabuah perkumpulan yang akan didaftarkan sebagai sabuah pertubohan dibawah Undang2 Pertubohan Negeri Brunei. Satelah perkumpulan itu ditubohkan, Kerajaan akan memberi pinjaman wang sebanyak $ 133.000 kapada perkumpulan tukang2 perak itu, iaitu perbelanjaan yang akan digunakan bagi membena bangunan itu.


HARGA2 BUAH KAWANG DAN LADA

Controller of Customs, Brunei telah menetapkan harga2 buah2 kawang dan lada untok kegunaan mengutip chukai mulai dari 2 July, 1956 adalah saperti berikut:

Buah2 kawang $ 30.75 sapikul; Lada puteh $ 88.39 sapikul dan Lada hitam $ 69.27 sapikul.


KAPAL KERAJAAN BRUNEI YANG BAHARU "M/L BOLKIAH"

Suatu isti'adat menamakan Kapal Kerajaan Brunei yang baharu, "M/L Bollkiah" telah dilangsongkan oleh salah saorang dari dua orang Pemangku2 Raja Negeri Brunei, Duli Pengiran Pemancha di Tambatan Bandar Brunei pada pukol 5 petang hari Ithnin 18 June, 1956 dalam mana Yang Maha Mulia telah memechahkan sabuah botol yang berisi dengan ayer limau kaatas haluan kapal itu.

Diantara ramai orang yang menyaksikan isti'adat tersebut ialah saorang lagi Pemangku Raja, Pengiran Maharaja Laila; Pemangku British Resident Brunei, Mr. E.R. Bevington dan Mem Bevington; Pemangku Penyimpan Wang Negeri, Mr. R.H. Morris dan Mem Morris; Pemangku Penolong Resident Brunei, Mr. G. Lloyd-Thomas dan Mem Thomas; Setia Usaha Sulit kapada British Resident Brunei, Inche' Mohamed Taib bin Awang Besar; Pegawai Daerah Brunei, Pehin Orang Kaya Shahbandar Haji Ahmad bin Daud; Ahli2 Majlis Mashuarat Negeri Brunei dan Ketua2 Pejabat2 Kerajaan.

Salepas dilangsongkan isti'adat tersebut, Yang Maha Mulia Pemangku2 Raja Brunei telah menaikki kapal Bolkiah itu, diturut oleh kesemua ahli2 jemputan dengan didahului oleh Pegawai Marine Negeri Brunei, Captain J.K. Corrigan. Merek telah dijamu dengan minuman teh dan kueh diatas kapal itu sebagai mera'ikan isti'adat yang telah dilangsongkan itu dan kemudiannya mereka dibawa belayar ka keliling Pulai Sibongor di Sungei Brunei.

Kapal Bolkiah itu, panjangnya 110 kaki, adalah mengandongi 5 buah bile2 klas pertama dan 80 tempat2 dudok klas dua. Ia dapat belayar salaju 12 knot pada sajam dan belayar biasa 10.5 knot pada sajam. Kapal itu akan digunakan untok membawa penumpang2 dan surat2 yang dihantar menerusi Pejabat Post diantara Brunei dan Labuan, serta juga akan digunakan utnok memereksa rumah2 api dan pelampong2 dan menggantikan M/V Sultan bilamasa perlu.

Kapal tersebut telah dibawa ka Brunei dari Hongkong oleh Pegawai Marine Negeri, Captain J.K. Corrigan dan 15 orang ahli2 dari Pejabat Marine Brunei. Mereka telah berlepas dari Brunei ka Hongkong dengan kapal terbang pada 24 May yang lalu dan tiba disana pada petang hari itu juga. Kapal itu telah mula belayar keliling Pulau Hongkong pada 28 May, dalam perchobaannya kali yang pertama dan telah belayar ka Brunei pada 1 haribulan June. 48 jam kemudian ia telah tiba di Manila, Filipina. Oleh kerana angin tersangat kenchang pada masa itu, ia tidaklah dapat hendak meneruskan pelayarannya dan telah berlaboh di Telok Manila pada pukol 6 petang hari itu.

Meskipun kapal Bolkiah itu telah menchoba hendak belayar ka Brunei pada kaesokan harinya, tetapi oleh sebab chuacha tersangat burok, maka kapal itu tidaklah dapat hendak belayar lagi dan terpaksalah berlabih sahari lagi di Telok Manila.

Akhirnya pada pukol 5 pagi hari kedua ia berada di Manila, ia dapatlah belayar ka Brunei satelah mengisi minyak dan sebagainya di Telok Manila dan telah tiba di Brunei pada pukol 5 pagi hari Ithnin 11 June, dalam mana ia telah belayar 10 knot pada sajam.


KAPAL PERANG H.M.S. DAMPIER TIBA DI BRUNEI

H.M.S. Dampier, iaitu sabuah Kapal Perang Tentera Laut Diraja British yang telah menjalankan pekerjaan mengukor dalamnya perayaran2 di pelabohan2 dan dikawasan2 pantai Brunei samenjak bulan April yang lalu, telah tiba di Sabo Point, Brunei pada pagi hari Ithnin 18 June yang lalu.

Sabuah pasokan mengandongi saorang Pegawai dan delapan orang ahli2 Tentera Laut Diraja British dari Kapal Perang itu telah mendapat di Muara pada pagi hari tersebut dam telah menjalankan pekerjaan menyukat dalamnya Simspon Channel berhadapan Pulau Chermin.

Kapal Perang itu telah belayar ka Miri pada 19 June untok mengambil minyak baig kegunaannya dan telah kembali semula ka Brunei pada 22 June. Sabuah pasokan yang baharu pula telah mendarat di Muara pada hari itu untok menyelesaikan pekerjaan mereka yang dijalankan oleh pasokan yang akan digantinya.

Selat yang baharu dijumpa

Samentara itu kita mendapat faham bahawa Pasokan Penyukat dari Kapal Perang H.M.S. Dampier tersebut telah berjumpa sabuah Selat yang baharu diantara Pulau Chermin dan Pulau Kiangaran yang dapat dilalui oleh kapal2 dengan tidak payah melalui keliling lantera2 laut ("beacons") di Pulau Chermin.

Pasokan tersebut juga telah mengakui benar ketakutan iaitu Selat Simpson itu sedang terkambus.

Selat yang baharu dijumpa itu akan ditanda dengan lantera2 laut dan juga akan ditanda di peta untok kemudahan kapal2. Adalah difahamkan bahawa dengan melalui selat yang baharu itu, kapala2 dapatlah datang ka Brunei terus diantara kedua pulau2 tersebut.

Hal tersebut adalah dianggap memberi sangat keuntongan kapada Negeri ini dan adalah diharap bahawa sabelum ahli2 Tentera Laut Diraja tersebut menyelesaikan pekerjaan menyukat perayaran2 yang ditugaskan kapada mereka, beberapa banyak lagi kenyataan2 dapatlah diperolehi.


KAPAL PERANG PERANCHIS TIBA DI BRUNEI

Sabuah Kapal Perang Peranchis, "Commandant Duboe", mengandongi 6 orang Pegawai2 dan 82 orang kelasi2, dengan diketuai oleh Captain Doppler, telah tiba di Brunei dari Saigon, French Indo China, melalui Labuah sedikit hari dahulu dan telah belayar ka Madagascar, melalui Borneo Utara satelah berada disini selama sahari.

Kapal Perang itu telah dibawa rapat di Tambatan Bandar Brunei oleh Pengiran Sabtu bin Pengiran Osman dari pejabat Marine, Brunei.


UNDAANG2 BAHARU MAJLIS UGAMA DAN 'ADAT ISTIADAT BRUNEI

(Sambongan dari PELITA BRUNEI No.9)

Undang2 baharu Majlis Ugama dan 'Adat Isti'adat Negeri Brunei telah berjalan kuat kuasanya mulai dari 1 haribulan February tahun ini daln Undang2 ini telah kita siarkan dalam beberapa keluaran PELITA BRUNEI yang lalu.

Undang2 yang baharu ini adalah didasarkan kepada sabuah Undang2 Ugama yang sedang berjalan kuat kuasanya di Negeri Kelantan, Persekutuan Tanah Melayu, dan telah dipersetujukan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei, Sir Omar Ali Saifuddin dalam Persidangan Majlis Mashuarat Negeri Brunei. Berbagai2 perkara telah diubahkan dari Undang2 yang asal itu oleh pehak yang berkuasa Negeri ini supaya Undang2 itu bersesuai dengan keadaan dalam Negeri Brunei.

Pada keluaran bilangan2 yang lalu, kita telah menyiarkan perkara2 berhubong dengan Sembahyang Juma'at; Minum minuman yang memabokkan; Makan, minum dan sebagainya dalam bulan Puasa pada siang hari; Zakat dan Fitrah; Ajaran Ugama; Perkara mengenai membangun Masjid; Kegunaan ayat2 Koran di Sandiwara; Mengeji Penguasa2 Ugama; Lantekan Mufti; Fetua2; Jawatan Kuasa Kehakiman; Jawatan Kathi Besar bagi Negeri Brunei; Mahkamah Kathi Besar; Permohonan mengulang bichara; Pengesah Wasiat; Bahasa yang digunakan didalam Mahkamah2 Kathi; Perlantekan Pegawai2 Masjid dan lain2nya.

Dibawah ini kita siarkan lagi sambongan Undang2 Ugama tersebut:

Maka hendaklah menjadi kewajipan Majlis Ugama menyembahkan kepengetahuan Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei mengenai apa2 kelakuan yang keji yang dilakukan oleh mana2 Pegawai Masjid, sama ada berthabit dengan jawatannya atau lain2 perkara dan membuat shor2.

Hendaklah Pegawai Masjid bagi mana2 Masjid mempunyai kuasa2 dan kewajipan2 yang akan ditetapkan didalam Taulian masing2 dan selanjutnya:

Pengawai Masjid hendaklah bertanggong jawab kerana menjaga perjalanan dan atoran yang baik bagi Masjid itu;

Pegawai itu hendaklah bertanggong jawab kerana menjaga kesopanan Anak Mukim Masjid itu dalam perkara2 berthabit dengan Ugama Islam;

Hendaklah Pegawai itu memberi tahu dengan segera kapada Majlis Ugama itu mengenai segala perkara yang berlaku didalam Mukim masing2 dan yang berkahendak pertolongan dari Majlis Ugama itu.

Kehadziran di Masjid

Anak Mukim bagi mana2 Mukim Masjid hendaklah lazimnya hadzir sembahyang di Masjid didalam Mukim itu, akan tetapi Imam bagi Masjid itu boleh memberi kebenaran diatas sebab2 yang menasabah kapada mana2 orang menghadziri sembahyang di Masjid yang lain dan jika Imam itu enggan memberi kebenaran yang demikian itu, maka bolehlah Jawatan Kuasa Pengadilan memberi kebenaran atas nama dan bagi pehak Majlis Ugama itu.

Perkahwinan dan Percheraian

Sharat bahagian ini hendaklah terpakai hanya kapada perkahwinan2 yang kedua2 pehak itu berugama Islam, dan yang dijalankannya mengikut Hukum Shara'.

Bolehlah Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei, dengan kenyataan didalam Warta Kerajaan melantek mana2 orang yang layak dan menasabah menjadi Pendaftar2 Nikah Cherai Orang2 Islam bagi mana2 tempat.

Kathi Besar dan ciap2 Kathi akan menjadi Pendaftar2 Nikah Cherai Orang2 Islam yang berjawatan bagi kesemua kawasan dalam mana mereka mempunyai kuasa2 jenayah dan awam.

Imam bagi tiap2 Masjid hendaklah menjadi Pendaftar Nikah Cherai Orang2 Islam yang berjawatan bagi Mukim Masjid-nya.

Pendaftar2 Nikah Cherai Orang2 Islam hendaklah berkuasa dan mempunyai hak2 padanya dan menjalankan kewajipan2 yang boleh diberi atau diletakan kaatasnya oleh Undang2 ini atau mana2 peratoran yang diperbuat dibawahnya.

Pendaftar2 Nikah Cherai Orang2 Islam hendaklah disifatkan menjadi pekerja1 awam dengan mengikut sebagaimana yang terkandong didalam Undang2 Jenayah.

Jikalau mana2 orang, sama ada dengan perchakapan atau tulisan, dan sama ada dengan sendirinya atau menerusi saorang tengah, telah membuat perjanjian pertunangan mengikut Hukum Shara', dan kemudian enggan hendak berkahwin dengan tidak mempunyai sebab2 yang sah dan pehak yang satu lagi bersedia berkahwin dengannya, maka orang yang enggan berkahwin itu, jika lelaki, akan membayar kerugian jumlah Maskahwin yang patut dibayar serta juga lain2 perbelanjaan yang patut dibayar bagi persediaan perkahwinan, atau, jika perempuan, maka hendaklah dipulangkan balek pemberian2 pertunangan jika diterima, pun harga barang2 mengenainya dan membayar sebagai kerugian jumlah lain2 wang sebagaimana yang telah diterangkan, dan tuntutan wang itu bolehlah diperbuat didalam Mahkamah.

Kuasa Mengakadkan Nikah

Sebarang nikah bolehlah diakadkan oleh mana2 orang yang diberi Tauliah oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei dan diberi kuasa kapadanya bagi mengakadkan nikah, dan sebarang nikah itu bolehlah diakadkan oleh mana2 orang yang diberi kebenaran dibawah Hukum Shara' bagi menjalankan nikah itu diperbuat dihadapan Pendaftar itu dan dengan kebenarannya.

Sebarang orang tidaklah boleh mengakadkan nikah, kechuali mengikut sharat2 tersebut.

Dengan sharat jika mana2 nikah yang diakadkan itu tidak mengikut sharat2 ini, tetapi mengikut sharat2 Hukum Shara', pernikahan itu akan didaftarkan dibawah sharat2 Undang2 ini.

(BERSAMBONG)

PERTUNJOKAN WAYANG GAMBAR PEJABAT PENERANGAN BRUNEI

Dibawah ini kita siarkan tarikh pertunjokan Wayang Gambar Pejabat Penerangan Kerajaan Brunei bagi bulan July, 1956:

Daerah Brunei: 7 July, Dewan Pejabat Penerangan Kerajaan, Bandar Brunei; 9 July, dibelakang Pejabat2 Kerajaan, Bandar Brunei; 10 July, Kampong Pengiran Pemancha Lama, Brunei; 11 July, Sekolah Melayu Masin, Brunei; 14 July, dikawasan Rumah Sakit Kerajaan, Bandar Brunei; 21 July, Dewan Pejabat Penerangan Kerajaan, Bandar Brunei; 23 July, Sekolah Melayu Sungei Hanching, Brunei; 24 July, Sekolah Melayu Batu Marang, Brunei; 26 July, dikawasan Penjara Jerudong, Brunei; 30 July, dibelakang Pejabat2 Kerajaan, Bandar Brunei; dan 31 July, Sekolah Melayu Kilanas, Brunei.

Daerah Tutong: 2 July, Sekolah Melayu Birau, Tutong; 3 July, Sekolah Melayu Kiudang, Tutong; 4 July, Sekolah Melayu Lamunin, Tutong; dan 28 July, Sekolah Melayu Sinaut, Tutong.

Daerah Temburong: 16 July, Bandar Bangar, Temburong; dan 17 July, Sekolah Melayu Puni, Temburong.

Daerah Kuala Belait: 3 July, Sekolah Melayu Tumpuan Telisai, Belait; 4 July, Sekolah Melayu Sungei Liang (Orang Kaya Rimba); 5 July, Sekolah Melayu Sungei Lumut, Belait (Ketua Anak Adom); 7 July, Padang Kechil Kuala Belait; 9 July, Sekolah Melayu Kuala Balai (Penghulu M. Noor); 10 July, dikawasan Resthouse, Labi (OKSD M. Daud); 11 July, Sekolah Melayu Labi (Che' G Bol Hassan); 12 July, Sekolah Melayu Rampayoh (Ketua Bawin); 13 July, Kampong Ratan, Labi (Penolong Penghulu Abang Razali); 14 July, Bukit Puan (Pertunjokan kapada Anggota 2 Pejabat Kerja Raya); 16 July, China, Kuala Belait; 17 July, Ward Batok Kering (Rumah Sakit British Malayan Petroleum Company Limited, Seria) Kuala Belait; 18 July, Field Force, Kuala Belait; 21 July, Rumah Sakit Kerajaan, Kuala Belait; 23 July, Sungei Taraban, Jalan Miri (Bahagian Belait); 24 July, Sekolah Melayu Bukit Sawat (Che' Gu M. Said); 25 July, Sekolah Melayu Sukang (DMS Dian); 26 July, Kampong Malilas (Ketua Kana); dan 28 July, dikawasan Ibu Pejabat Police, Kuala Belait.

Daerah Seria: 2 July, Pejabat Kerajaan Seria; dan 30 July, Sekolah China, Seria.


PERKHIDMATAN BUS KERAJAAN BRUNEI DIMULAI

Perkhidmatan bus Kerajaan Brunei diantara Bandar Brunei dan Kuala Belait akan dimulai dari hari Ithnin 9 July, 1956.

Bus itu akan bertolak dari Bandar Brunei dihadapan Pejabat2 Kerajaan pada pukol 8 pagi tiap2 hari Ithnin, Rabu dan Juma'at, serta balek ka Brunei pada tiap2 hari Thalatha, Khamis dan Sabtu pada masa tersebut juga dari Pejabat2 Kerejaan Kuala Belait.

Sebagaimana masa yang lalu, perkhidmatan bus itu akan dikhaskan bagi kegunuan Pegawai 2 Kerajaan dan Pekerja2 Kerajaan yang berulang alek diantara kedua2 tempat ini. Orang2 yang hendak menumpang bus itu adalah dikahendakki membuat permintaan melalui Pejabat Setia Usaha kapada Resident di Bandar Brunei dan melalui Pejabat Penolong Resident di Kuala Belait 24 jam terlebeh dahulu.