Pergi ke kandungan

Pelita Brunei/1956/11/1

Daripada Wikisumber
3459Pelita Brunei, 1956, 11 — 1 November 1956
Tahun 1. No. 18
DITERBITKAN OLEH PEJABAT PENERANGAN
KERAJAAN BRUNEI
DUA KALI SABULAN
1 NOVEMBER, 1956.

PEMBUKAAN BANGUNAN2 BAHARU SEKOLAH2 MELAYU

"PELAJARAN - PENDIDEKAN SHARAT YANG MUSTAHAK BAGI FAEDAH

KEHIDUPAN MASHARAKAT" - DYMM SULTAN

DULI YANG MAHA MULIA SULTAN, Sir Omar Ali Saifuddin telah menyempornakan pembukaan rasmi 5 buah bangunan2 baharu Sekolah2 Melayu diDaerah2 Brunei, Tutong dan Kuala Belait pada bulan October yang lalu dan 2 buah lagi bangunan2 baharu Sekolah2 Melayu pada bulan November ini.

Pada pagi hari Sabtu 27 October, Baginda telah membuka bangunan2 baharu Sekolah Melayu Orang Kaya Ali Wanika Setia Diraja, Kupang (bekas Sekolah Melayu Kupang); dan Sekolah Melayu Muda Hashim, Tutong (bekas Sekolah Melayu Bukit Bendera). Pada hari Ahad 28 October, Baginda telah membuka bangunan baharu Sekolah Melayu Sungei Liang, Daerah Belait; manakala pada hari Ithnin 29 October, Baginda telah membuka bangunan baharu Sekolah Melayu Datu Gandi dan Batu Marang, Daerah Brunei; serta bangunan2 baharu Sekolah2 Melayu Layong dan Rambai, Daerah Tutong pada hari Sabtu 3 November, 1956.

Ketika memberi uchapan diMajlis2 tersebut, Baginda telah menegaskan bahawa, "Pelajaran dan pendidekan adalah satu sharat yang sangat mustahak, baik pun bagi faedah kehidupan persaorangan, bagi kaum keluarga, mau pun bagi faedah bangsa dan bangsa-bangsa, seraya berharap bahawa bangunan2 baharu Sekolah2 yang chantek itu akan dapat mengeluarkan beneh2 Melayu yang baik dan subor".

Kapada kanak2 yang sedang dan akan belajar diSekolah2 tersebut, Baginda berharap supaya kanak2 itu akan belajar rajin2 dan bersunggoh2 menerima pengajaran yang diajarkan oleh Guru2 mereka, dan menasehatkan kapada kanak2 itu, "Ta'atilah dan berbudi bahasa yang baiklah kamu pada kawan2 kamu yang tertua daripada kamu, pada semua Guru2 kamu, pada ibu bapa kamu dan sanak saudara kamu.

"Dengan perasaan rajin belajar, kamu akan mendapat berbagai2 Ilmu pengatahuan, dan itu akan mendatangkan kebajikan bagi kamu pada masa kamu besar nanti. Tetapi yang saya harap benar2, salain dari kamu rajin2 menuntut pelajaran guna faedah hidup kamu yang akan datang, maka yang lebeh2 mustahak dari samasa kamu kanak2 ini lagi, mahulah kamu melateh diri kamu berperasa'an ta'at dan mengikut atas segala ajaran Guru2 kamu yang baik, pada kawan2 kamu yang lebeh tua, pada ibu bapa kamu dan Guru2 kamu, kerana dengan berbuat demikian kamu melateh diri kamu menjadi saorang manusia yang berperangai baik dan budi pekerti yang halus.

"Ingatilah benar2, kamulah kanak2 yang ada masa ini akan menjadi pemuda2 dan pemudi2 Bangsa Melayu yang akan datang, dan

kamulah yang akan ...

kamulah yang akan bertanggong jawab bagi memajukan dan mengharumkan nama Negeri Brunei.

" Jika kamu mulai dari kechil lagi melateh diri berperi bahasa yang halus, berbudi perangai yang baik, ta'dapat tidak Brunei yang akan datang lebeh2 banyak mempunyai pendudok2 yang halus budi bahasanya dan berperangai yang baik.

" Berbudi bahasa dan berperangai yang baik itu adalah menunjokkan Bangsa itu tinggi kutu kehidupan dan adab tertibnya. Semuanya itu adalah menjadi chermin perbandingan bangsa2 yang sudah bertamaddun. Kasar dan kurang adab, bahasa dan perangai kita adalah menunjokkan kehidupan bangsa kita ".

BAHASA MENUNJOKKAN BANGSA

Selanjutnya Duli Yang Maha Mulia Sultan menasehatkan kapada kanak2 sekolah tersebut bahawa, "Guru2 kamu, saya perchaya selalu mengajar dan menyebut-nyebut, 'BAHASA ITU MENUNJOKKAN BANGSA', tunjokkanlah kapada orang lain bahawasanya, walau pun kamu maseh kanak2 lagi, tetapi kamu juga pandai dan mempunyai budi bahasa yang baik, yang menunjokkan kamu warith bangsa Melayu yang bersopan santun ".

Terhadap ibu bapa pula, Baginda berseru supaya mereka sakalian, "Pimpinlah, tunjok ajarilah, anak2 tuan2 supaya mereka jangan tertinggal dibelakang. Melateh anak2, memberi pengajaran dunia dan akhirat, melateh mereka berperangai baik, menjaga kesihatan dan keselamatan, adalah kewajipan kita sabagai saorang bapa atau ibu yang tahukan kewajipan dan tanggongan kita mempunyai anak ".

Kapada Guru2 sakalian, Duli Yang Maha Mulia Sultan berharap supaya mereka tunaikanlah kewajipan masing2 dengan ikhlas dan dengan mengikut peratoran2 yang diberi oleh Pejabat Pelajaran. Mudah2an dengan kerjasama antara Guru2 dan ibu2 bapa kanak2, tegas Baginda, maka pelajaran dan kemajuan2 diSekolah2 diNegeri ini akan bertambah2 baik dan terator serta akan menchapai kejayaan yang memuaskan.

Dibawah ini kita siarkan pati2 uchapan2 yang telah dilafadzkan diupachara2 istiadat pembukaan rasmi bangunan2 baharu Sekolah2 Melayu tersebut.

Che' Gu Abdul Wahab bin Mohamed, Guru Besar Sekolah Melayu Orang Kaya Ali Wanika Setia Diraja, Kupang, ketika memberi uchapan berkata, "Daulat Tuanku, dengan menguchapkan satinggi2 keshukoran kahadzrat Tohan yang maha pengaseh dan penyayang kapada sakalian hambanya, kerana dengan limpah rahmatnya, bahawa pada hari ini telah selamat dan sempornalah pembukaan rasmi Sekolah diKampong ini yang dilakukan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

" Patek2 sakalian diKampong ini a'amnya menguchapkan beribu2 shukor kahadzrat Tohan Rabul'alamin kerana dengan limpah kemurahan Duli Tuanku berangkat dan berchemar duli Tuanku bagi menyempornakan pembukaan Sekolah yang tersebut. Patek2 tidaklah dapat merupakan bagaimana rasa hati patek2 yang penoh dengan kesukaan bahawa pada hari ini ialah hari yang bersejarah – hari yang bertuah – hari yang penoh beruntong bagi patek2 diKampong ini.

" Pada hari ini juga termeterilah nama Sekolah ini kapada nama Sekolah Melayu Orang Kaya Ali Wanika Setia Diraja, Kupang – saorang Ketua Kampong yang terkenal, iaitu dengan limpah kemurahan Duli Yang Maha Mulia, bagi memperkenankan diatas permohonan Jawatan Kuasa Sekolah ini.

" Patek2 sebagai anak buahnya berasa megah, kerana patek2

ma'lom bahawa inilah ...

ma'lom bahawa inilah baharu sahaja nama Sekolah2 Melayu diNeberi ini yang bernamakan ketua kampongnya yang maseh ada didunia ini – ini adalah sejarah yang gilang gemilang bagi patek2 diKampong ini – maka patek2 menadah dua belah tangan keahadzrat Tohan Yang Maha Besar, dan memohonkan shafa'at Nabi Besar kita Muhammad S.A.W., serta menjunjong barkat daulat Duli Tuanku Yang Maha Mulia, semoga Sekolah ini akan mendapat beneh yang paik buat feedah Negeri Brunei selurohnya yang ta'at setia kapada Kerajaan Duli Tuanku, sebagai ra'ayat Negara Brunei yang penoh beresi dengan aman ".

Diantara uchapannya itu, Che' Gu Abdul Wahab berkata bahawa dengan hati yang tulus ikhlas, perlu jua beliau menyebut diMajlis tersebut, iaitu dengan kemurahan hati bekas Pegawai Pelajaran Negeri, Mr. James Pearce, yang telah mempersetujukan pendudok2 diKampong Kupang itu bagi membangunkan Sekolah kajang yang lama dan juga memberi bantuan2 terhadap Sekolah kajang itu dan sebagainya.

Beliau juga menguchapkan terima kaseh atas kesudian pehak Jabatan Pelajaran Negeri yang telah memberi bantuan terhadap pembangunan bangunan yang baharu Sekolah tersebut serta juga bagi memperbaiki rumah2 Guru, sambil menguchapkan terima kaseh atas kedatangan Duli Yang Maha Mulia Sultan; Wazir Yang Pertama Negeri Brunei, Yang Teramat Mulia Duli Pengiran Bendahara; Wazir Yang Kedua Negeri Brunei, Yang Teramat Mulia Duli Pengiran Pemancha; Pemangku Pegawai Pelajaran Negeri, Mr. P. Spicer; Pengetua Pusat Latehan Guru2 Melayu Brunei, Mr. James Pearce dll.

Che' Gu Abdul Wahab juga telah menguchapkan terima kaseh bagi pehak Guru2 dan pendudok? dikampongnya kapada pehak Kerajaan Negeri ini atas pemberian minuman perchuma kapada murid2 diSekolahnya.

" Jadinya ", kata beliau lagi, "patek2 semua tiadalah apa-apa buat membalasnya, hanyalah patek2 sakalian berdo'a kahadzrat Tohen Rabul'alamin, barang dilanjutkan usia Duli Tuanku selamat semporna kekal memerintah Negeri Brunei Darussalam ".

SEKOLAH BAHARU – LAMBANG MENUJU PSMBANGUNAN PELAJARAN

Pada masa dilakukan istiadat pembukaan rasmi bangunan baharu Sekolah Melayu Muda Hashim, Tutong, satu uchapan bagi pehak Jawatan Kuasa Sekolah itu telah dilafadzkan oleh Inche' Ghazali bin Omar, dalam mana beliau telah menguchapkan satinggi2 terima kaseh diatas keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan bagi pehak Ahli2 Jawatan Kuasanya, kerana kesudian Baginda berchemar duli dalam Majlis pembukaan rasmi bangunan baharu Sekolah itu.

" Bagi pehak Jawatan Kuasa Sekolah Melayu Muda Hashim ini, adaleh kami menyampaikan perasaan terima kaseh diatas kehadziran Tuan2 pada hari ini. Kami yakin, behawa kita pada selurohnya hari ini adalah berbangga kerana terdirinya Sekolah baharu ini, sebagai satu Lambang dalam menuju pembangunan pelajaran ra'ayat Negeri Duli Tuanku.

" Tidak lupa kami selurohnya menyampaikan perasaan terima kaseh Kami kapada Kerajaan yang telah berusaha dan mengambil berat diatas serba serbi dalam lapangan pelajaran ".

RAJA YANG SENTIASA MENGAMBIL BERAT
MENGENAI PELAJARAN RA‘AYAT

Inche' Ghazali menyatakan lagi dalam uchapannya itu, "Untok menchapai tujuan pembangunan yang dichita2 oleh tiap-tiap pendudok negara yang ramai dan ma'mor ini rasa shukor dan terima Kaseh itu adalah terutama sekali kapada Duli Yang Maha Mulia senliri, kerana Bagindalah saorang Raja yang sentiasa mengambil berat dalam hal urusan pelajaran ra'ayat dan Negeri ini.

" Jasa dan limpah ...

"Jasa dan limpah kurnia Duli Tuanku adalah menjadi satu Lambang kapada ra'ayat Duli Tuanku yang menchintai diDaerah ini, yang menchintai kedaulatan negara dibawah bimbingan Duli Tuanku ".

Mengenai kemajuan Sekolah tersebut, Inche' Ghazali menegaskan bahawa Jawatan Kuasa Sekolah itu rasa adalah terpulang kapada kebijaksanaan Guru2 yang ditugaskan sebagai pendidek anak2 pendudok2 diKampongnya itu, kerana Guru2 adalah juga mengambil peranan yang penting dalam menuju so'al perkembangan Negeri ini.


SAMBUTAN HARI ULANGAN KEPUTERAAN NABI MUHAMMAD DIBRUNEI

Beribu2 orang Islam telah mengambil bahagian dalam temasha perarakan2 yang telah dilakukan dengan sechara besar2an diBandar Brunei dan diKuala Belait pada hari Thalatha 16 October, 1956 dalam upachara sambutan Hari Ulangan Keputeraan Junjongan Kita Nabi Muhammad S.A.W.

Perarakan diBandar Brunei telah diadakan dibawah anjoran Persatuan Kesatuan Islam, Brunei; dan perarakan diKuala Belait telah diadakan dibawah anjoran Persatuan Ikhwanul Muslimin, Kuala Belait.

Perarakan diKuala Belait telah dilakukan pada sabelah pagi hari tersebut, manakala perarakan diBandar Brunei pada petang hari itu. Keadaan chuacha diKuala Belait adalah panas belaka, sebaleknya diBandar Brunei pula hujan telah turun dengan lebat pada masa perarakan itu sedang mengelilingi kawasan bandar ini. Meskipun begitu, beribu2 orang yang mengambil bahagian dalam perarakan diBandar Brunei kelihatan riang dan gembira berbaris disepanjang jalan sambil menjalankan kewajipan masing2.

UPACHARA SAMBUTAN DIBANDAR BRUNEI

Sebanyak 41 pasokan2, terdiri dari pasokan2 Pejabat2 Kerajaan, Police, Kampong2, Murid2 Sekolah Lelaki dan Perempuan, Pasokan Pusat Latehan Guru2 Melayu Brunei dan lain2nya, telah mengambil bahagian dalam perarakan tersebut.

Tiap-tiap pasokan itu telah mengusong pemidang2 ditulis dengan chogan2 yang bersesuaian dengan hari yang bersejarah itu. Ada juga pasokan2 yang telah mengusong chontoh bentok bangunan Masjid Bandar Brunei yang baharu yang sedang dibinakan dan sebagainya.

Sasudah pasokan2 itu, yang panjangnya kira2 sabatu, mengelilingi kawasan Bandar Brunei mulai dari Padang Bandar Brunei dan balek ka Padang itu, maka satu upachara memberi uchapan dan menyampaikan hadiah telah dilangsongkan di Padang tersebut dengan dihadziri oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan; Wazir2 Yang Pertama dan Yang Kedua Negeri ini; Kathi Besar Negeri Brunei; Setia Usaha Sulit kapada Duli Yang Maha Mulia Sultan; Juru Iring kapada Baginda dllnya.

Penerangan berkenaan dengan riwayat hidup Junjongan Kita Nabi Muhammad S.A.W., telah dilafadzkan oleh Setia Usaha Agong Jawatan Kuasa Sambutan hari yang bersejarah itu bagi Bandar Brunei, Pengiran Ali bin Pengiran Haji Md. Daud.

Duli Yang Maha Mulia Sultan telah memberi satu titah yang menarek hati, memperingatkan hari Ulangan Keputeraan Junjongan Kita Nabi Muhammad, seraya menyatakan bahawa Baginda berasa sukachita melihat chogan2-kata yang dibawa oleh pasokan2 katemasha itu.

Keputusan peraduan2 perarakan

Keputusan peraduan2 perarakan tersebut adalah saperti di-bawah ini: Hadiah untok pasokan yang terbaik sekali dan juga hadiah perisai Duli Yang Maha Mulia Sultan telah dimenangi oleh Pasokan Kampong Kianggeh. Hadiah yang kedua dimenangi oleh Pasokan Pusat Latehan Guru2 Melayu Brunei, dan hadiah yang ketiga dimenangi oleh Pasokan Kampong Lama.

Pasokan2 Sultan Omar Ali Saifuddin College, Bandar Brunei dan Sekolah Melayu Sultan Muhammas Jemal-ul-Alam, Bandar Brunei Bahagian Lelaki telah bersama2 mendapat hadiah yang pertama, iaitu piala perak pusingan Pengiran Kerma Indra sebagai pasokan2 Sekolah2 yang terbaik sekali; diturut oleh Sekolah Melayu Laila Menchanai dan Sekolah Melayu Sultan Muhammad Jemal-ul-Alam, Bahagian Perempuan.

Hadiah untok chogan-kata yang terbaik sekali dimenangi oleh Pasokan Sekolah Melayu Sultan Muhammad Jemal-ul-Alam, Bahagian Lelaki dan Pusat Latehan Guru2 Melayu Brunei.

Segala hadiah2 tersebut telah disampaikan oleh Yang Teramat Mulia Duli Pengiran Pemancha.

UPACHARA SAMBUTAN DIKUALA BELAIT

Sabagaimana diBandar Brunei, begitulah ramainya orang2 Islam yang tinggal diDaerah2 Kuala Belait dan Seria telah mengambil bahagian dalam perarakan sambutan Hari Ulangan Keputeraan Junjongan Kita Nabi Muhammad S.A.W., yang telah dilangsongkan diKuala Belait pada pagi hari Thalatha 16 October, 1956.

Adalah difahamkan bahawa perarakan sambutan Hari Ulangan Keputeraan Junjongan Kita bagi Daerah2 Kuala Belait dan Seria akan diadakan diSeria pada tahun hadapan dan pada tahun 1958 diKuala Belait, dan seterusnya bergilir2.

Pasokan2 yang mengambil bahagian dalam perarakan itu adalah terdiri dari Pasokan2 Pejabat Kerajaan; Pasokan Police Negeri Brunei dan Pasokan Police dari Malaya yang sedang berkhidmat diSeria; Murid2 Sekolah dan lain2nya.

Pasokan Nong Hadzrah dari Kuala Belait telah berjaya memenangi hadiah yang pertama dalam perarakan tersebut. Hadiah yang kedua dimenangi oleh Pejabat Kerja Raya, Sungei Liang; dan Pasokan Pejabat Kerja Raya, Kuala Belait telah mendapat hadiah yang ketiga.

Hadiah2 telah disampaikan oleh Pegawai Daerah, Kuala Belait, Yang Mulia Pengiran Abu Bakar bin Pengiran Omarali selepas diadakan upachara perarakan tersebut, dalam mana sharahan dan bachaan Koran Alkarim telah diperdengarkan oleh beberapa orang, diantaranya ialah sharahan oleh Puan Zalinah Lawi, Tuan Imam Sharbini telah membacha Do'a Selamat didalam bahasa Melayu.

KERA'IAN DI S.O.A,S. COLLEGE

Murid2 Darjah2 Ugama diSultan Omar Ali Saifuddin College, Bandar Brunei telah mengadakan satu Majlis Sambutan Hari Ulangan Keputeraan Nabi Muhammad diMaktab itu pada pagi hari Thalatha 16 October, 1956 dibawah kelolaan Guru Ugama Maktab itu, Che' Gu Abdul Rahman bin Haji Hashim.

Diantara yang hadzir diMajlis itu ialah Wazir Yang Pertama Negeri Brunei, Yang Teramat Mulia Duli Pengiran Bendahara; Wazir Yang Kedua Negeri Brunei, Yang Teramat Mulia Duli Pengiran Pemancha; Pengetua Sultan Omar Ali Saifuadin College, Mr. L.A. Bradshaw

dan lain2nya ...
dan lain2nya.

Uchapan2 telah dilafadzkan diMajlis tersebut oleh Yang Ter— amat Mulia Duli Pengiran Pemancha, Che' Gu Abdul Rahman bin Haji Hashim, Inche' Abdul Aziz bin Omar, dan Inche' Ali bin Daud; ma- nakala bachaan Koran Alkarim telah diperdengarkan oleh Inche’ Ar- pan bin Mohamed dan Jusnani binte Lawi.


JANGANLAH UMAT ISLAM MENJADI SAPERTI "SERIGALA BERBULU KAMBING" — TITAH DYMM SULTAN

Duli Yang Maha Mulia Sultan, Sir Omar Ali Saifuddin telah memberi satu uchapan yang menarek hati dihadapan beribu2 orang diPadang Bandar Brunei sabelum hadiah2 kapada pasokan2 yang meng- ambil bahagian dalam perarakan sembutan Hari Ulangan Keputeraan Junjongan Kita Nabi Muhammad disampaikan oleh Yang Teramat Mulia: Duli Pengiran Pemancha pada petang hari Thalatha 16 October,1956.

Diantarea titehnya, Baginda berkata bahawa dengan sempana hari menyambut kedzahiran Nabi yang kita lakukan dengan chara be- sar2an dan dengan penoh semangat Islam pada hari itu, mudah2an kita semua akan dibarkati Allah Ta'ala dan beramal dalam perkara kebajikan bagi menegakkan sinaran chahaya Islam untok kesejahte- raan Umat Islam dan Negara serta Ra'ayat sakalian.

Baginda telah berseru supaya Umat Islam sakalian, "Bersa- tulah, bertulong2anlah, perkukohkanlah, dan berbaik2lah kita da- lam ikatan suchi Ugama Islam, Mudah2an dengan persatuan yang ku- koh yang bersendikan semangat Islam, keselamatan dan kebahgiaan chita2 kita akan tersusun dan terlaksanalah keinginan kita semua. Umat Islam, ingatlah satu ayat yang berbunyi, "Waktasimu bihablil- lahi jami‘tan wala tafaraque", ertinya, "Berpeganglah kamu dengan jalan Allah dan janganlah kamu berpechah belah",

Selanjutnya Duli Yang Maha Mulia bertitah bahawa tidakiah shak lagi yang Ugama Islam itu membawa kajalan kebahgiaan dan, ke- sempornaan dan semangat Islam yang kukoh. Hanya sanya perasaan demikian tidak akan kukoh iman seseorang jika mereka tidak mempe- lajari dan mendalamkan ajaran Ugama Islam.

Sasaorang yang bijak, cherdek, pitah berkata2, yang chuma tinggi dan bernilai dalam segi pengatahuan dunia adalah baik, te- tapi adalah menjadi satu kekurangan yang mustahak baginya dalam menjalankan pekerjaan dan kerap kali mendatangkan kekeliruan dan kegelapan bagi mereka itu jika tidak diea menchintai dan mendalam- kan ajaran Ugamanya, bagi kita ialah Ugama Islam.

Baginda juga telah memperingatkan kapada Umat Islam selu- rohnya bahawa dengan tidak berdasarkan ajaran2 Ugama Islam, sa- saorang itu kerap kali terpesong dan berlawanan dengan dasar Uga- ma. Oleh sebab perasaan takbor, ria, ujub dan dengki yang diper- olehnya dari asohan perasaan yang tidak berdasarkan Ugama, kerap kali pula terdapat mereka itu Saperti "SERIGALA BERBULU KAMBING".

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

BALU MERHUM SULTAN AHMAD TAJUDDIN

HILANG HAK2 ISTIMEWA DIBRUNEL

Satu Ma'lumat Kerajaan Brunei yang dikeluarkan dengan pe- rentah dari Duli Yang Maha Mulia Sultan menyatakan bahawa gela- ran 'TENGKU AMPUAN NEGERI BRUNEI" yeng dianugerahkan kapada Teng- ku Rihani, balu kapada Almerhum Sultan, Sir Ahmad Tajuddin Akha- zul Khairi Weddin, dan segala hak2 istimewa serta pendapatan2 ber- hubong dengan gelaren itu tidaklah boleh digunakan lagi oleh Teng- ku Rihani, apabila ia berkahwin sekali lagi, iaitu pada bulan Au- gust tahun ini.

Almerhum Sir Ahmad Tajuddin, Sultan Brunei Yang ka 27 te- lah mangkat diRumah Sakit Besar, Singapura pada bulan June, 1950 dalam masa perjalanan Baginda ka England, dan samenjak beberapa tahun yang lalu, Tengku Rihani, saorang Puteri kapada Almerhum Sultan Selangor, dan saorang saudara kapada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sekarang ini telah tinggal diMalaya.

Tengku Rihani, yang pada masa ini berusia 47 tahun telah verkehwin dengen Raja Kamaruddin bin Raja Haji Harun, berumor 38 tahun, saorang Ahli Kerabat Diraja Negeri Perak, diIstana Bu- kit Kota, Klang, Selangor pada 18 August yang lalu.

Perentah Diraja yang dikeluarkan tersebut adalah mengikut kepada ‘Adat Isriadat Melayu yang telah dilekukan diNegeri Brunei samenjak beberapa tahun yang lalu.


PEGAWAL2 KERAJAAN DILARANGKAN MENGAMBIL BAHAGIAN YANG CHERGAS -- DALAM PHRGHRAKKAN POLITIK DIBRUNEI

Dalam satu Ma'lumat yang dikeluarkan kapada Pegawai2 Ke- rajaan baharu2 ini, pehak Kerajaan telah memberi AMARAN melarang- Kan Pegawai2 Kerajaan Negeri ini daripada menganbil sebarang ba- hagian yang chergas @alam sebarang pergerakkan politik diBrunei.

Amaren itu berbunyi bahawa sabilangan Pegawai2 rupanya ti-dak fahamkan sharat2 yang terkcndong dalam satu Ma'lumat Kerajaan yang telah dikeluarkan beberapa bulan yang lalu dengan perentah dari Duli Yang Maha Mulia Sultan dalem Majlis Mashuarat Negeri, melarangkan Pegawai2 Kerajaan daripada mengambil sebarang baha- gian yang chergas dalam sebarang pergerakkan politik, atau pun telah tidak fahemkan dengan sajelasnya kandongan Ma'lumat itu.

Ma'lumat itu berbunyi lagi bahawa adalah mustehak iaitu Perkhidmatan Awam dari sebarang negeri tidak bersangkut paut de- ngan hal ehwal politik, dengan itu, melarangkan Ahli2 Per- khidmatan Awam daripada mengambil sebarang bahagian yang chergas dalam sebarang pergerakkal politik.

Begaimana pun, perk-taan ‘bahagian yang chergas' itu tidak-lah termasok ahli2 biasa, tetapi adalah mengenai sebarang Pegawai yang berkhidmat sebagai Ahli Jawatan Kuasa atau menjadi saorang Ahli Jawatan Juasa Kechil dari sebarang pergerakkan politik. Pe- gawai itu juga dilarangkan daripada mengambil bahagian dalam per- arakan2, persidangan2 dan perjumpaan menunjok perasaan, daripada membuat uchapan2, menambahkan ahli2 baharu atau pun mengutip yu- ran2 atau derma2, dan juga daripada memberi sebarang bantuan un- tok melaksanakan anakan dasar2 dan tujuan2 sebarang pergerakkan politik.

Selanjutnya amaran tersebut menyatakan bahawa pehak Kera- jaan akan menjalankan tindakan yang berpatutan kepada sebarang

Pegeawai Kerajaan yang ...
Pegawai Kerajaan yang tidak menurut perentah yang dikeluarkan

itu, dan juga pehak Kerajaan tidaklah akan menerima jawapan da- ri sebarang Pegawai Kerajaan yang menyatakan bahawa ia tidak faham akan perentah yang dikeluarkan itu,

Perenteh yang dikeluarkan oleh Duli. Yang Maha Mulia Sul- tan dalam Majlis Mashuarat Negeri beberapa bulan yang lalu, da- lam mana tiap-tiap Pepawai Kerajaan telah diminta untok menurut- kannya, memberi amaran bahawa;

Sasaorang Pegawai Kerajaan tidaklah boleh mengadakan se- barang mashuarat awam untok mmerundingkan atas sebarang perkara yang dikeluarkan oleh Kerajaan, atau pun mengambil bahegian da- lam perundingan awam yang diadakan kerana maksud itu.

Perentah itu menyebut lagi bahawa sebarang Pegawai adaleh dilarangkan daripada menjadi saorang Ahli Jawatan Kuasa dari sebarang pergerakkan politik atau memegangkan jawatan pertadbiran pertubdohan po- litik itu, atau menjalankan dengan terang atau se- baleknya sebagai Scorang Wakil politik pergerakkan itu atau kerana sebarang ahlinya,

Sasaoreng Pegawai Kerajaan adalah dilarangkan juga membe- ri sharahan disebarang perjumpaan awam yang mengenai pergerakkan itu dan juga daripada mengambil sebarang bahagian awam untok me- ngembangkan dasar pertubogan politik itu,


Saseorang Pegawai tidaklah boleh menjadi pembahagi siaran2 politik atau semboyan atau menanda tangan kapada sebarang aduan mengenai tindakan atau chadangan pehak Kerajaan.


MENTERI2 DAN POLITIK BRUNEI

Duli Yang Maha Mulia Sultan, melalui Pegawai 'Adat Isti- adat, Ugama dan Kebajikan Negeri telah mengeluarkan satu peren- tah melareng kesemua Wazir2, Chatria2 dan Menteri2 daripada men- ae ahli2 sebarang persekutuan atau pertubohan yang berdasarkan politik.

Ketetepan ini telah dipersetujukan dalam satu mashuerat Peneasehat2 'Adat Istiadat Negeri yang telah dilangsongkan di- Lepau, Bandar Brunei pada 29 October yang lalu.

Perentah itu telah melarang bahawa barang siapa yang me- langgarnya akan diluchutken daripada jawaten masing2 dan juga eon gelaran2 dan pendapatan berhubong dengan jawatan2 ter- sebut.

PINDAKAN KAPADA PEGAWAI2 UGAMA

Samentara itu, Pegawai ‘Adat Istiadat , Ugama dan Kebaji- Kan Negeri telah mengeluarkan satu Hulcuman Diraja dari Duli Yang Maha Mulia Sultan dalam Majlis Mashuarat Ugama, melarang sebarang Pesawai Ugama daripada menjadi ahii sebareng pergerakkan politik.

Duli Yang Maha Mulia perchays bahawa untok menyelamatkan pengajaran Ugama Islam diBrunei daripada bersangkut paut dengan sebarang pergerakkan bolitik, adalah sangat mustahak behawa ti- daklah boleh sascorang Pegawai Ugama Islam, Guru2 Ugema Islam atau sebarang ahli dari Pejabat *Adat Istiadat, Ugama dan Keba- jikan Negeri mengambil sebarang bahagian yang chergas dalam se- barang pergerakkan atau persekutuan yang berdasarkan politik, atau menjadi ahli bergerakkan atau persekutuan itu. Barang Sia- pa yang melangsarkan Hukuman Diraja tersebut akan dipechatkan dari jawatan masing-masing.

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

LANTEKAN BAHARU PHGAWAL2 KERAJAAN NEGERI BRUNEI

Mr. M.Jd, Caldwell telah dilantek sebagai Juru-tera Ayer, Brunei mulai dari 13 September, 1956.

Miss E.M. Ward telah dilantek sebagai saorang Nursing Sis- ter diRumah Sekit Kerajaan diBandar Brunei mulai deri 19 Septem- bar, 1956.

Pengiran Omar Ali bin Duli Pengiran Bendchsra Anak Abdul Rahman, bekas Pegawai diPejabat Tanah, Bandar prunei, yang telah memegang jawatan Pemangku Juru Iring kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan, pada masa Inche' Abbas bin Haji Ibrahim, Juru Iring ka- pada Baginda berangkat ka England. kerana.mempelajari Kursus Per- tadbiran sedikit hari dahulu, pada masa ini sedang menjalankan satu pekerjaan yang khas diIstana Darul Hana sahingga akhir ta- hun ini.

Mr, D.B. MeGilligan, yeng telah memangku jawatan sebagal Tinbalan Penaseéhat Undeng2, Brunei pada masa perchutian Mr. G. V.c. Young, telah berhenti memegang jawetan itu mulai deri 28 September, 1956.

Mr. G.V.C. Young telah mulai memegang jawatanny2 semula sebagai Timbalan Penasehat Undang2, Brunei mulai dari 7 October, 1956.

Mr. S.J. Clark telsh dilantek memangku jawatan sebagai Pe-gawai Pembahagian Barang2 dan juga sebagai Pengawas Gudange Kera— jaan Brunei mulai dari 15 October, 1956. Beliau telah menggantikan jawatan2 Mr. J.S, Montgomery yeng telah bersara salepas berkhidmat selama beberapa tahun diNegeri ini.

Mr, B.R.P. Edwards, Officer-in-Charge Police District, bagi Desroh Belait telah dilantek menjalankon pekerjaan Mr. T.F. Stone sebagai salah saorang daripada Pegawai2 Police yang berkuasa untok menerima dan mendaftarkan penyata dalam masa menjalankan peny aes tan Police, Mr. T.F. Stone ialah bekas Officer-it—-Charge Police District, Belait.

Mr. S.D, Buckingham telah dilantek menjadi Penolong Control— ler of Telecomminications, Brunei mulai dari 8 October, mengganti kan jawatan Mr. M. Steel yang teleh berhenti dari jawatan itu mula dari 17 September, 1956.

Inche' Sunny bin Ahmat telah dilantek sebagai Penolons Cont- roller of Labour, Brunei mulai dari 20 October, 1956. Beliau telah menjadi Pegawai Daerah Seria pada satu masa dahulu sabelum ditukar- kan ka Bandar Brunei, Adalch difahamkan behawa Inche’ Sunny akan memegongkan jawatannya yang baharu itu sahingga masa Controller of Labour, Brunei yang pada masa ini sedang menyempornakan chuti panjang, menjawat jewatannya itu semula.

Tuan Haji Othmen bin Haji Mohamed Sa'id telah dilantek se- begai Pengelola Sekolah2 Ugema Negeri Brunei mulai dari 18 October, 1956. Beliau ialah saorang bekas Pegawai dari Pejabat Ugama. Negeri Johore, dan pade masa ini sedang mengetuai 9 orang Guru2 Ugama da- ri Malaya yeng telah tiba diBrunei untok mengajar pelajaran Ugama Islam diSekolah2 Melayu den Inggeris diNegeri ini.


PENDAPTARAN SHARIKAT2 YANG BAHARU DIBRUNE

Pegawai Pendaftaran Pertubohan2 Negeri Brunei telah meluluskan pendeftaren 2 buah persekutuan2 yang baharu, iaitu Kedai Iktisad Kampong Pekan Lama, Brunei; dan P.W.D. Workshop Sports Club, Brunei.

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

JAWATAN KUASA PENGADILAN MAJLIS UGAMA NEGERI BRUNEI

Duli Yang Maha Mulia Sultan, telah dengan sukachitanya melan-~ tek beliau2 dibawah ini menjadi Jawatan Kuasa Pengadilan Majlis Ugama, dibawah Undang2 Majlis Ugama dan ‘Adat Istiadat Negeri Bru- nel, 1955:

Ahli2 biasa: Pehin Dato’ Perdana Menteri Haji Ibrahim bin Jahfar dan Pengiran Kerma Indra Mohamed.

Ahli2 tambahan: Yang Teramat Mulia Duli Pengiran Bendahara ; Pengiran Mohamad Yusuf bin Pengiran Haji Abdul Rahim; dan Pehin Udana Khatib Haji Metassin.

Duli Yang Maha Mulia Sultan telah melantek 9 orang sebagai Ahli2 Jawatan Kuasa Undang2 Majlis Ugama dan ‘Adat Istiadat Negeri, dibawah Undang2 tersebut juga saperti berikut;

Yang Teramat Mulia Duli Pengiran Bendahara; Pengiran Haji Mohamed Salleh bin Almerhom Pengiran Anak Haji Mohamed (Chief Ka- thi Brunei); Abang Razalli bin Haji Zainuddin (Kathi Belait);Pehin Dato' Imam Abang Abu Bakar; Pehin Tuan Imam Haji Sa'ad; Tuan Haji Othman bin Heji Mohamed Sa'id; Pehin Khatib Metalli; Inche' Ahmad Merzukki bin Haji Sirat; dan Awang Omar bin Randah.


JULONG2 PERKHIDMATAN KAPAL TERBANG "DAKOTA" MENDARAT DIBRUNEI

Julong2 kapal terbang "Dakota" kepunyaan Sharikat Malayan Airways Limited unrok mulai menjalankan perkhidmatan penerbangan diantara Brunei dan tahah besar, menghubongkan Jesselton, diBorneo Utera; Sibu dan Kuching, diSarawak; dan Singapura telah mendarat diPadang Kapal Terbang Brunei pada pagi hari Khamis 1 November, 1956.

"Dakota" itu bernama "Hawk", telah dipandu oleh Captain J.Bates, Sabelum mendarat, kapal terbang itu telah melintas beberapa kali diatas Padang Kapal Terbang itu. Ia telah membawa seramai 15 orang penumpang2, mengandongi 13 orang ke Brunei, saorang penumpang yang hendak pergi ka Kuching dan saorang lagi ka Singapura.

Satu perhimponen yang ramai telsh kelihatan diPadang Terbang itu pada masa tersebut, diantaranya ialah beberapa orang Pegawai2 Kerajaan, iaitu British Resident Brunei, Yang Berhormat Mr. D.C. White; Controller of Civil Aviation, Mr. E. R. Bevington; Penyimpan Wang Negeri, Mr. E.W. Gousens; Penolong Resident Brunei, Mr. D.L, Bruen; dan Controller of Telecommmications, Pengiran Kerma Indra Mohamed.

Satelah mengisi minyak daripada sabuah kereta yang telah dibawa Khas ka Brunei untok kegunaan kapal terbang itu, maka kapal terbang itu telah berangkat ka Singapura, melalui Sibu dan Kuching satengah jam kemudian, dengan membawa 13 orang penumpang2, iaitu 4 orang ka Sibu, 3 orang ka Kuching dan 6 orang ka Singapura.


HARGA2 BUAH ENGKABANG DAN LADA

Controller of Customs, Brunei telah menetapkan harga2 Buah Engkabang (atau Buah Kawang) dan Lada untok kegunaan mengutip chu- kai mulai dari 29 October, 1956, iaitu;: Lada Puteh $ 93.61 sapikul; Lada Hitem $ 67.45 sapikul; dan Buah Engkabang $ 30.75 sapikul.

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

UNDANG2 BAHARU MAJLIS UGAMA DAN 'ADAT ISTLIADAT NEGERI BRUNEI

( Sambongan dari PELITA BRUNEI No. 17 )

Mana2 perempuan yang dengan senghaja tidak mahu menurut ; sebarang perentah yang dibuat oleh suaminya mengikut Hukom Shara’ aken bersalah; Hukomea denda $10, atau didalam perkara kesala- han itu berlaku bagi kali yang kedua, atau pun berulang2, ia akan dihukom penjara ringan salama 7 hari atau denda 50.

Mana2 orang lelaki Islam yang didapati bergurau senda dan berhampiran yang mendatangkan shak dengan saorang perempuan wa- lau pun perempuan itu berugama Islam atau tidak, salain daripada saorang perempuan yang ditegah diatasnya, bernikah mengikut Hu- kom Shara’ oleh kerana adek beradek, sadaging sadarah atau lain, hendaklsh menjadi salah kerana berkhaluat: Hukoman penjara sala- ma sabulan atau pun denda saratus ringgit, atau didalam perkara kesalahan itu berlaku bagi kali yang kedua atau berulang2, dengan penjara salama dua bulan atau denda dua ratus ringgit.

Mana2 orang perempuan Islam yang bersabahat pada melakukan kesalahan berkhaluat yang boleh dihukomkan dibawah perkara ter- sebut aken bersalah: Hukoman penjara ringan salama empat belas hari atau denda sebanyak lima puloh ringgit; atau didalam perka- ra kesalahan itu berlaku bagi kali yang kedua atau berulang2 dengan penjara ringan selama satu bulan atau denda sabanyak seratus ringgit.

Sebarang orang perempuan Islam jika didapati bergurau senda dan berhampiran yang mendatangkan shak dengan mana2 laki2 yang bukan Islam hendaklah dihukomkan dengan sama jalannya saperti yang tersebut,

Mana2 orang yang telah mencheraikan isterinya menurut Undang2 telah balek baik pula dengan isterinya dengan tidak merojok menurut Undang2 akan bersaleh: Hukoman penjara salama sabulan atau dengan denda sabanyak saratus ringgit; atau sakiranya itu tidak tahu pada masa laki itu balek dengannya yang ia itu telah dicherai, hen- daklah dihukomkan dengan penjara salama dua bulan atau dengan denda Sabanyak dua ratus ringgit.

Mana2 perempuan yang bersabahat dengan mana2 kesalahan yang boleh dihukomkan dibawah perkara tersebut akan bersalah: Hukoman penjara kerja ringan salama tujoh hari atau denda sabanyak dua pu- loh lima ringgit.

Barang siapa yang bersetuboh dengan mana2 orang yang silaki2 atau perempuan itu tahu atau sebab2 boleh perchaya yang silaki2 atau perempuen itu ditegahkan bernikah oleh Ugama Islam, akan bersalah: Hukoman bagi orang laki2, penjara salama lima tahun; dan orang pe- pembuan, penjara salama satahun.

Melainkan dalam perkara yang tersebut, maka barang siapa yang didapati salah kerana bersetuboh yang haram, walau pun pehak yang satu lagi itu berugema Islam atau tidak, akan bersalah: Hukoman pen- jara salama 6 bulan atau pun denda sabanyak lima ratus ringgit.

Barang siapa yang tertanggong diatasnya pada memberi tahu kapada pendaftar darihal mana2 nikah atau cherai dengan senghaja laai atau mungkir daripada memberi tahu perkara itu akan bersalah; Hukoman denda sabanyak saratus ringgit.

Barang siapa yang menjadi tanggongannya pada memberi tahu kapada pendaftar darihal mana2 perkahwinan atau cherai dan apakala ‘dikehendaki oleh pendaftar itu memberi apa-apa kenyataan atau mem- buat atau menanda tangan mana2 surat mengikut Undang2 mustahak bagi maksud pendaftaran itu, dengan senghaja lalai atau mungkir menurut kehendak itu akan bersalah: Hukoman denda sabanyak dua puloh lima ringgit.

(BERSAMBONG )

MA'LUMAT YANG KHAS KAPADA BAKAL2 JEMA'AH2 HAJI


Pejabat ‘Adat Istiadat, Ugama dan Kebajikan Negeri telah menerima khabar daripada Pegawai~yang-Menjaga hal ehwal Jema‘ah2 Haji diPejabat Kedutaan British diJeddah bahawa Kementerian Luar Negeri Saudi Arabia telah meminta kapada bakal2 jema‘ah2 Haji, iaitu janganlah mereka membawa bersama2,barang2 yang banyak yang tidak mustahak pada masa mereka berangkat ka Tanah Suchi pada tahun hadapan.

Kementerian Luar Negeri Saudi Arabia telah menasihatkan behawa bekal2 jema'tah2 Haji hendaklah membawa hanya dengan saberapa sedikit sahaja barang2 yang perlu digunakan dalam masa pe- layaran mereka itu.

Ma'lumat itu menambah-kata, bahawa bakal2 jema'ah2 Haji hendaklah menulis dengan terang diatas bungkusan2 mereka, nama2 dan alamat2 masing2, dan juga chara2 kenderagn yang akan diguna- kan bagi membawa barang2 mereka itu, supaya dapatlah barang2 itu tiba ditempat yang ditujukan diSaudi Arabia.


WAKTU_MENGIRIMKAN SURAT2 UDARA DIPEJABAT2 POST

Mulai dari 4 November, 1956 waktu yang akhir sekali bagi mengirimkan surat2 udara diPejabat2 Post Bandar Brunei, Seria, dan Kuala Belait adalah saperti berikut:

Bandar Brunei

Surat2 udara untok Labuan, Borneo Utara, Sibu, Kuching danSingapura: Pada tiap-tiap hari Ithnin, Rabu dan Sabtu, pukol 8.15 pagi. Surat2 udara untok Sibu, Kuching dan Singapura sahaja pada pukol 9,00 pagi tiap-tiap hari Thalatha, Khamis dan Juma'at. Su- rat2 udara untok Singapura pada tiap-tiap hari Rabu sekali lagi pada pukol 12.00 tengah hari.

Surat2 udara untok Kuala Belait dan Seria: Pada tiap-tiap hari Ithnin, Rabu dan Khamis pada pukol 12.00 tengah hari. Pada tiap-tiap hari Thalatha dan Juma'at pada pukol 4.00 petang.

Surat2 udara untok Borneo Utara pada tiap-tiap hari Thalatha dan Sabtu pada pukol 12.00 tengah hari. Pada hari2 Khamis dan Juma'at pada pukol 3.00 petang.

Seria

Surat2 udara untok Sibu, Kuching dan Singapura: Pada tiap-tiap bari Ithnin, Thalatha, Rabu, Khamis, Juma‘at dan Sabtu pada pukol 11.00 pagi.

Surat2 udara untok Bandar Brunei, Labuan dan Borneo Utara: Pada tiap-tiap hari Ithnin dan Rabu pada pukol 4,00 petang: Pada tiap-tiap hari Thalatha, Khamis dan Juma'at pada pukol 11.00 pagi; jan pada hari Sabtu pada pukol 12,00 tengah hari.

Kuala Belait

Surat2 udara untok Sibu, Kuching, Singapura, Labuan dan Borneo Utara: Pada tiap2 hari Ithnin, Thalatha, Rabu, Khamis dan Ju- ma'at pada pukol 4.00 petang, Pada hari Sabtu pada pukol 12.00 tengah hari.

Surat2 udara untok Bandar Brunei; Pada tiap-tiap hari Ithnin, Thalatha, Rabu, Khamis, Juma'at dan Sabtu pada pukol 12,00 tengah hari. Pada tiap-tiap hari Thalatha dan Juma'at sekali lagi pada pukol 4.00 prtang.