Pergi ke kandungan

Page:Pelita Brunei - 1 Mac 1956.pdf/6

Daripada Wikisource
Laman ini telah dibaca pruf

5

Kerajaan telah mendapati bahawa sabilangan tanah2 dalam Negeri ini tidaklah subur dan tidaklah dapat mengeluarkan hasil tanaman yang baik. Oleh kerana Kerajaan hendak mengetahui tanah2 yang subur bagi menjalankan ranchangan2 penempatan pendudok2 di tanah2 yang baharu, adalah mustahak diketahui segala hal ehwal berkenaan dengan tanah itu.

Semasa berada di Brunei, Pakar Tanah tersebut telah melawat ka Daerah2 yang berkenaan dan telah menjalankan kewajipan2nya, menekala hasil dari penyiasatannya itu telah disampaikan ka pada pehak Kerajaan sabelum beliau berangkat ka Australia pada penghujong bulan February.


PAKAR UNDANG2 DARI AUSTRALIA DI BRUNEI

Mr. P. Brett, saorang Pakar Ilmu Undang2 dari Melbourne University, Australia telah tiba di Brunei pada bulan February yang lalu untok merangkakan Undang2 Tanah bagi Brunei.

Beliau adalah mempunyai pengalaman yang luas dalam hal ehwal Undang2 Tanah dan dalam masa berada di Brunei beliau telah sebok menjalankan berbagai2 penyiasatan berkenaan dengan Undang2 Tanah Negeri Brunei.

Mr. Brett sudah pun berangkat kembali ka Australia dimana beliau akan menubohkan sabuah Jawatan Kuasa untok merangkakan Undang2 Tanah yang akan disampaikan kapada Kerajaan Brunei untok pertimbangan.

Adalah dijangka bahawa hasil dari penyiasatan Mr. Brett itu akan siap kira2 pada awal bulan June tahun ini dan salepas itu beliau akan tiba sekali lagi di Brunei untok menunaikan kewajipannya pula.


PELAWAT2 PENGADILAN UNTOK PENJARA2 DI BRUNEI

Kerajaan Brunei telah melantek seramai 26 orang dari berbagai2 bangsa, mengandongi 14 orang dari Brunei dan 12 orang dari Kuala Belait menjadi Ahli2 Lembaga Pelawat Pengadilan bagi Penjara2 di Brunei dan di Kuala Belait pada tahun ini.

Beliau2 itu adalah saperti dibawah ini:-

Brunei: Dr. J. Pozdar, Mr. Chua Kong Soon, Pengiran Abu Bakar bin Pengiran Omar Ali, Sheikh Osman bin Sheikh Hanif, Pengiran Maharaja Laila, Mr. Kong En Choi, Pengiran Abdul Rahman bin Pengiran Haji Abdul Rahim, Mr. George Newn Ah Foott, Pehin Dato' Temanggong Towkay Lim Cheng Choo, Inche' Suhaimi bin Haji Amin, Pehin Orang Kaya Di-Gadong, Pengiran Ahmad bin Pengiran Haji Mohamed Yassin, Mr. B.S. Andrews dan Mr. J.K. Corrigan.

Kuala Belait: Pehin Orang Kaya Shahbandar Haji Ahmad bin Daud, Inche' Abdul Ghani bin Hassan, Inche' Sunny bin Ahmat, Mr. Tan Poh Seong, Mr. Sim Yin Su, Mr. Clement Chia, Mr. V.T. Cherian, Mr. E. Buma, Mr. D.S.H. Reddish, Mr. J.L. Atherton, Dr. A.W. Johnson dan Orang Kaya Paduka Setia Diraja Abang Haji Bujang.