Pergi ke kandungan

Page:Pelita Brunei - 1 Mac 1956.pdf/5

Daripada Wikisource
Laman ini telah dibaca pruf

4

Ahli2 Jawatan Kuasa sebarang pertubohan politik atau pun mengambil bahagian2 yang mustahak dalam hal ehwal pertadbiran politik dalam Negeri ini. Demikian menurut perentah yang telah dikeluarkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei dalam Majlis Mashuarat Negeri baharu2 ini.

Perentah tersebut menyebut lagi bahawa sasaorang Pegawai Kerajaan tidaklah dibenarkan menganjorkan sebarang perjumpaan untok merundingkan atas sebarang tindakan yang dijalankan oleh Kerajaan mengenai hal ehwal politik dalam Negeri ini, atau pun mengambil bahagian dalam perjumpaan orang2 ramai untok membinchangkan atas tindakan Kerajaan sebagaimana tersebut.

Sasaorang Pegawai Kerajaan tidaklah juga dibenarkan menjadi pembahagi buku2 mengenai politik atau menandatangani sebarang surat yang dibuat oleh orang2 ramai untok membantah atas tindakan2 atau chadangan Kerajaan mengenai hal ehwal politik dalam Negeri ini.


PEMBAYARAN PERBEKALAN ELEKTRIK DI BRUNEI DIKURANGKAN

Pendudok2 diseluroh Brunei, terutama sekali orang2 yang menggunakan pesawat2 elektrik dirumah masing2, telah dapat mengurangkan perbelanjaan mereka pada bulan February yang lalu dan seterusnya pada tiap2 bulan, kerana mulai dari bulan February, 1956 Kerajaan Brunei telah mengurangkan pembayaran kegunaan lampu elektrik dari 30 sen ka 25 sen untok tiap2 "unit" dan dari 10 sen ka 8 sen untok menggunakan kuasa pesawat elektrik bagi tiap2 "unit".

Ranchangan mengurangkan pembayaran2 tersebut supaya pendudok2 diseluroh Brunei membayarnya dengan sama rata, telah dishurkan oleh Jawatan Kuasa Perkembangan Negeri ini dan telah diluluskan oleh Majlis Mashuarat Negeri pada bulan October yang lalu. Undang2 itu telah berjalan dengan kuat kuasanya mulai dari 1 February tahun ini.

Sebab pun Kerajaan telah menjalankan ranchangan tersebut ialah kerana pada masa sekarang dua jentera2 elektrik yang besar sudah pun dipasangkan di Power Station, Pekan Brunei.

Power Station di Tutong akan siap tidak berapa lama lagi dan satu lagi Power Station akan dibinakan oleh Kerajaan di Daerah Temburong sabelum akhir tahun ini.

Sunggoh pun kekurangan pembayaran perbekalan elektrik dalam Negeri ini telah menyebabkan sedikit kerugian terhadap pehak Kerajaan, tetapi Kerajaan berharap kerugian itu akan dapat dielakan pada masa kehadapan apabila banyak orang di Negeri ini menggunakan pesawat elektrik.


PAKAR BAHAGIAN TANAH DARI AUSTRALIA TIBA DI NEGERI BRUNEI

Dr. C.G. Stephens, Ketua Bahagian Tanah dari sabuah Lembaga Penyiasatan Ilmu Bumi dari Negeri Australia telah tiba di Brunei pada bulan February yang lalu atas jemputan dari Kerajaan Brunei.

Tujuan lawatan Dr. Stephens ka Negeri ini ialah kerana memberi nasehat kapada Kerajaan Brunei berkenaan dengan chara2 untok menjalankan penyiasatan bagi menentukan tanah yang paling subur dalam Negeri ini.

Kerajaan telah mendapati …