Pergi ke kandungan

Page:Anchaman Komunis kapada Persekutuan Tanah Melayu.djvu/15

Daripada Wikisource
Laman ini telah dibaca pruf

26. Semenjak perusahaan penerbitan di-negeri China di-beri tugas berkhidmat kerana kepentingan² Parti Komunis maka pengaroh Parti itu yang terjalin dalam buku² yang di-bawa masok ka-Persekutuan Tanah Melayu ada-lah ternyata berkesan-nya kapada negeri ini. Buku² dalam bahasa China yang di-datangkan dari puncha² bukan Komunis ada-lah terhad banyak-nya dan tiada dapat menandingi harga buku² dari puncha² yang di-kuasai oleh Komunis. Dengan yang demikian ada-lah bilangan besar buku² dalam bahasa China yang di-bawa masok ka-Persekutuan Tanah Melayu datang-nya daripada puncha² yang terakhir itu.

(b) Akhbar.

27. Peranan akhbar dalam usaha mengembangkan faham Komunis telah di-terangkan dalam sa-buah berita lain dalam perwakilan berita New China News Agency bertarikh 21 September, 1957:

“Pengarah Lu Ting-yi dari Jabatan Di‘ayah Jawatan-kuasa Pusat Parti Komunis China telah membuat suatu uchapan yang mustakah. Lu Ting-yi menyatakan bahawa ilmu kewartawanan ada-lah merupakan suatu senjata bagi perjuangan tingkatan hidup. Perwakilan berita New China News Agency ada-lah suatu daripada senjata² bagi perjuangan tingkatan hidup itu sa-bagaimana juga hal-nya dengan Kerajaan, Pasokan² Bersenjata, Mahkamah², surat² khabar dan sekolah². Itu-lah senjata-nya yang di-gunakan oleh kaum pekerja dan ra‘yat jelata negeri kita untok menggulingkan faham kaum modal dan membena faham sosialis. Perkataan yang berpuloh² ribu patah yang di-terbitkan oleh perwakilan itu pada tiap² hari ada-lah bertujuan hendak mendidek dan menyatukan orang ramai, melemah dan menewaskan pehak musoh. Lu Ting-yi menegaskan bahawa ilmu kewartawanan mesti-lah mengikut perkembangan siasah. Lapangan kewartawanan ia-lah suatu jurusan pengetahuan yang penoh dengan kepentingan siasah dan memisahkan-nya dari ada-lah chara kaum modal yang tidak boleh di-turuti. Perkara lambat atau chepat-nya hendak di-terbitkan sa-suatu berita atau ada-kah ia hendak di-tahan sama sa-kali itu hendak-lah di-pertimbangkan dari segi kepentingan siasah. Sa-tengah² berita harus-lah di-terbitkan dengan segera dan yang lain²-nya pula di-lewatkan. Dengan yang demikian wartawan ada-lah perlu mempunyai pengetahuan siasah dengan chukup dan soal siasah mesti-lah di-utamakan keranan kepintaran kewartawanan yang tiada di-gunakan untok berkhidmat dalam lapangan siasah itu tiada-lah mempunyai erti sama sa-kali.”

28. Sa-bagai suatu jalan yang lain untok menubohkan surat² khabar yang di-kuasai Parti di-saberang

13