Pergi ke kandungan

Page:Anchaman Komunis kapada Persekutuan Tanah Melayu.djvu/14

Daripada Wikisource
Laman ini telah dibaca pruf

penerbitan kita ada-lah menjadi darah daging kapada tapak asas pendirian ini …… tidak akan di-benarkan badan² penerbitan berjalan untok kepentingan badan² yang tersebut itu sahaja. Bahan² politik dan ajaran² Komunis yang terkandong dalam sa-sabuah buku itu ia-lah jiwa buku itu dan kandongan serta mutu-nya pula menentukan peranan atau tujuan buku itu. Hasil² sastera tua dan baharu yang berasal dari dalam negeri atau luar negeri hendak-lah disusun dengan peratoran yang sempurna. Kita mesti-lah berbuat segala apa jua untok menentukan supaya ia memberi pandangan yang betul dan jangan-lah kita membenarkan ia memutar-belit, serta menggunakan chogan membiarkan berbagai² aliran fikiran berhujah untok menimbulkan fikiran pembangkan dari gulongan pertengahan dan untok menghalang pelaksanaan dasar dengan sempurna-nya.

“Ch’en K’e-han telah juga berseru supaya badan² penerbitan di-perkuatkan supaya menjadi 'merah dan pakar' dan bekerja untok menghapuskan faham kaum modal dan memajukan aliran fikiran orang ramai seluroh-nya supaya menjadi sa-imbang dengan tuntutan berkehendakkan perubahan yang tidak putus². Pada akhir-nya beliau menegaskan bahawa kita mesti-lah tundok dan bergantong kapada pimpinan Parti dan dengan penoh keperchayaan meletakkan perusahaan penerbitan di-bawah kelolaan dan Panduan Parti.”

Petekan² ini menunjokkan dasar Parti Komunis di-negeri China itu dengan jelas-nya bahawa semua bahan² yang di-terbitkan termasok buku² sastera tua (kelasik) dan terjemahan² atas berbagai chiptaan mesti-lah di-pergunakan untok memperjuangkan tujuan² Parti dan Pergerakan Komunis ‘am-nya.

25. Telah beberapa tahun lama-nya penjual² buku di-Persekutuan telah menyerahkan tugas memileh buku² dan lain² penerbitan untok di-bawa masok ka-negeri ini Kapada pejabat² dan perwakilan² di-luar negeri. Dalam tempoh itu pula jumlah buku² yang di-terbitkan di-Negeri China yang di-bawa masok ka-Persekutuan telah bertambah banyak-nya. Angka² yang tepat tidak boleh di-dapati tetapi, kalau tidak termasuk majallah² dan akhbar², ada-lah di-taksirkan lebeh 13 juta penerbitan dari semua puncha telah di-bawa masok ka-Persekutuan pada tahun 1958, ia-itu bertambah kira² sa-puloh peratus dari angka bagi tahun 1957. Sa-lain daripada buku² yang di-terbitkan dalam bahasa China maka buku² di‘ayah dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu Indonesia pula telah bertambah banyak di-kirim keluar dari Negeri China. Semua buku² itu di-terbitkan oleh Lembaga Penerbitan Bahasa² Asing di-Peking yang banyak memakai pekerja² yang terdiri dari orang² asing.

12