Pergi ke kandungan

Lesen BSD

Daripada Wikisumber
Lesen BSD yang telah diubah suai.

Hak cipta © <tahun>, <pemegang hak cipta>

Pengedaran semula dan penggunaan dalam bentuk sumber dan perduaan, sama ada dengan pengubahsuaian atau tanpa pengubahsuaian, adalah dibenarkan dengan syarat-syarat berikut:

  • Pengedaran semula kod sumber mestilah mengekalkan notis hak cipta di atas, senarai syarat ini dan penolak tuntutan yang berikut.
  • Pengedaran semula dalam bentuk perduaan hendaklah menghasilkan semula notis hak cipta di atas, senarai syarat ini dan penolak tuntutan yang berikut dalam dokumentasinya dan/atau bahan-bahan lain yang dibekalkan bersama edaran tersebut.
  • Nama <organisasi> atau nama penyumbang-penyumbangnya tidak boleh digunakan untuk mengendors atau mempromosikan produk-produk terbitan daripada perisian ini tanpa kebenaran bertulis yang spesifik.

PERISIAN INI DIBEKALKAN OLEH <pemegang hak cipta> DALAM KEADAAN "SEDIA ADA" DAN SEBARANG TUNTUTAN WARANTI YANG NYATA ATAU TERSIRAT, TERMASUK, TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA, WARANTI-WARANTI NYATA BAGI KEBOLEHDAGANGAN DAN KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU ADALAH DITOLAK. <Pemegang hak cipta> TIDAK BERTANGGUNGJAWAB UNTUK SEBARANG GANTI RUGI KEROSAKAN LANGSUNG, TIDAK LANGSUNG, SAMPINGAN, KHAS, TELADAN ATAU LANJUTAN (TERMASUK, TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA, PEMEROLEHAN BARANG ATAU PERKHIDMATAN PENGGANTI; KERUGIAN GUNA, DATA ATAU KEUNTUNGAN; ATAU GANGGUAN PERNIAGAAN) YANG BERLAKU DENGAN APA CARA SEKALIPUN DAN PADA APA JUA TEORI LIABILITI, SAMA ADA DALAM KONTRAK, LIABILITI KETAT, ATAU TORT (TERMASUK KECUAIAN ATAU SEBALIKNYA) YANG TIMBUL DALAM APA JUA CARA DARIPADA PENGGUNAAN PERISIAN INI, MESKIPUN SETELAH DINASIHATI TENTANG KEMUNGKINAN KEROSAKAN TERSEBUT.